Daisypath Anniversary tickers

aww, birds :)

Friday, December 11, 2009

You hurt me more than I deserve, how can you be so cruel? I love you more than you deserve, why am I such a fool?

hebatnyaa awak. awak berjaya buat saya nangis sampai mata dah takde rupa mata. awak berjaya buat saya demam panas, yang teramat sangat. awak berjaya lukakan hati saya dengan kata-kata awak. Ehh, awak tahu tak awak hebat ? haa kalau tk tahu, tu saya dah bagitahu.

Awak sorang je yang selalu memahami saya, awak sorangje yang selalu dapat teka apa yang saya akan buat, dapat teka apa perasaan saya and dapat teka ape yang saya fikirkan. Awak sorangje dapat selami hati dan buat konklusi yang selalunya tepat. Awak sorangje yang saya letak sepenuh kepercayaan saya, setelah berbulan-bulan saya hilang kepercayaan dekat orang. Ramai kata saya bodoh sebab percayakan awak dan cintakan awak 100%, awak rasa itu benda bodoh ke ? apa awak rasa kalau saya cakap saya pun rasa itu benda bodoh ? awak sakit hati tak ?

Ohh awak sakit hati kalau awak kisah je kan. tapi gerak hati saya mengatakan, awak tk kesah.

Sumpah, saya mengharapkan benda yang macam, ade yang beberapa org harapkan. saya harapkan hubungan ni berkekalan lama, kalau saya tk harap macamtu kenapa saya bagitahu mama pasal awak ? kenapa saya cerita semua pasal awak dekat mama ? sebab saya nak mama kenal lelaki yang dah amek hati anak dia, kot ? but oh that means nothing to you. its just crap. kan kan ?


bak kata mariam , ' mana pegi hilang perasaan fikir pasal hati org lain sekeliling dia ?'. ha ah eh , mana hilang ? oh ke saya ni awak dah anggap macam binatang KOT.

Sejujurnya, saya rasa tk selamat lagi setelah saya kehilangan awak. Saya kehilangan separuh dari diri saya, saya kehilangan orang yang sentiasa saya habiskan masa bersama setiap hari. Bangun pagi tengok handphone, nama awak. Sebelum tidur tengok handphone, nama awak. Nak marah nak menangis nak tergelak nak menggedik nak bercerita nak gembira nak cari pendapat, semuanya dekat awak. entah awak sedar ke tak, bertapa istimewanya awak kepada saya, saya rasa tak. kalau ye, awak tk akan buat semua ni.

Sayangkan Allah dan sayangkan manusia adalah dua perkara yang berbeza, entah macam mana awak boleh samakan. Lebih banyak dugaan yang kita terima, lebih teguh iman kita.


Ohh lupa nak cakap, awak hebat sebab saya ketepikan ego saya yang memang tinggi melangit, untuk pujuk awak dan terangkan dekat awak. Sebab awak, saya berjaya ketepikan ego saya dan menitiskan air mata, bila awak cakap macamtu. Sebab awak, saya sanggup TERIMA cacian, makian dan cemuhan orang sekeliling, masa kita mula-mula dulu. pergh masa tu, tk thula nak cakap macam mana. tapi saya terima tu semua, disebabkan saya sayang awak. Ye, sebab awak.

Dan sebab awak jugakla, saya post benda ni, takde tujuan untuk malukan awak atau sedarkan awak, cuma harapan masih teguh berdiri di dalam hati. Sebab awak jugakla, saya terjatuh lemah terkulai.

2 comments:

CikMinahSayang said...

Guys , when it comes to girls ,
semua akan jadi bodoh dan bahlul .
Move on kiddo .

Norfatin Suraya said...

yeahh , thank you dear (: