Daisypath Anniversary tickers

aww, birds :)

Tuesday, March 30, 2010

i menyampah okay.

hey hi hello (:



Heh warning, ni post tarak kasi can punya. wa tarak mood la today. like banyak gila orang cari pasal =.= tekankan perkataan banyak. terima kasih.

Pagi pagi awal buta masa aku keluar rumah lagi, dah ada orang buat aku sakit hati. janji tak di tepati. nasib baik boleh difahami. haih. dah dua kali dah. takpe fatin sabar, masih boleh diterima.

Sampai sekolah, cepat cepat tolong mus pegi tukar number pmr dengan spm, aku sampai lambat. ayomakk. Masa perhimpunan okay kot, tapi ade beberapa minah taknak dengar cakap, hamek kau sekali kene sembur. rasa terlepas sikit geram aku. HEEE nasib lah korang en.

Lepas perhimpunan terus masuk kelas. Subjek ehem yang-aku-tak-minati pada waktu pertama. Mula-mula dorang cakap cikgu tak masuk, so kitorang pun cam best ahh wooh pagi pagi takde cikgu masuk en. tetibe lima minit selepas tu cikgu tu masuk, so kitorang pun cam hmp okay la, lagipun kitorang kinda tak suka cikgu ni.

Entah sape tah tanye masa tu, about buku sketch and stuff. tetibe cikgu pusing belakang, tengking kitorang pasal tk bawak buku sketch. dia kata everytime waktu seni kena bawak buku sketch, since takde buku teks for seni. kitorang cam terkedu jap. cos like ramai gila tk bawak. tapi perlu ke die tengking ? dah la tengking depan depan muka masing masing, tengking okay, bukan marah.

Masa mula mula tu pun dia sampai lambat, so taufiq pegila panggil dia. all of sudden taufiq yang kena marah =.= i mean like, bukannye taufiq tu tahu pun why dia lambat, tetibe kena marah. and masa tu, aku dgn adriana pegi bilik guru, sebab nak jumpa pn hema. balik kelas tengok-tengok khairul, budak petang tengah pegang bola, berdiri depan kelas kitorang.

As expected, kena denda dengan cikgu tu.

Dorang cakap bola tu masuk dalam kelas, kerol nak amekla bola tu, tetibe cikgu suruh dia stop and berdiri kat depan. cikgu tengking ( again =.= ) dia and cakap dia takde budi bahasa la ape benda merepek la. dia cakap kalau die perdana menteri, die ada buat some sort of peraturan kalau pelajar tu buat kesalahan atau takde budi bahasa, dia akan sebat pelajar tu depan org ramai. everyone was like, wth ? mariam dah cakap mothereff. amek kau, jarang okay mariam macam tu.

Masa tu dah bunyi loceng, aku yang dah tak tahan ni tolong la bagikan salam bagi pihak taufiq. sebab aku tak suka cara dia handle kitorang, macam terpaksa gila =.= tetibe masa tu dia datang depan AKU, die tengking ( masuk kali ketiga dah =.= ) huisy, panjang lebarla die cakap. aku tengok ramai budak budak lain tak amek peduli pun ape dia cakap. aku ni haa kena mengadap dia sebab dia suh aku berdiri.

Part paling kitorang tak suka, dia memperlekehkan pekerjaan lain. Bukan nak merendahkan martabat guru, tapi guru pun tak patut memperlekehkan pekerjaan lain.

Heh kitorang buat donno je. Lepas die keluar, semua suruh aku bersabar. heh memang hot ah walaupun tak peduli sangat pun.

Masa sains, kitorang buat kerja homework sains yang cikgu labibah dah bagi sebab cikgu tak ade for one week. yeay takyah pegi lab ! hahah kalau pegi lab je, mesti syndrom mengantuk menjenguk =.= lepas sains, buat tatabahasa for bm.

Rehat.

lepas rehat subjek geo. harini tak mengantuk, YEAY ! hahah jarang tak mengantuk waktu geo (: lepas geo, math. Masa tengah tengah buat math tu, tetibe ada budak datang cakap pn afida panggil. so pegi la jumpa pn afida kat bilik guru. HEHEH dapat sebiji gula from cikgu irma murni, ngantuk punya pasal xD

balik kelas je, cikgu suhaila dah keluar, dia keluar awal sikit, ada hal kot. lepas math terus sivik. belajar sivik sikit je, lepastu buat keje sendiri. next week kena berlakon. EH, makin lama kitorang makin okay dengan subjek sivik ni. hahaha.

balik tu dan sampai la ke petang, banyak sangat kes kes nye. tak sakit hati, cuma terasa. huhu menggedik betul aku. haih nak kena off. dah malam, kena tidur.

" online eh tadi ? " - mama.


kan dah kena attack. so baik tidur sekarang, HEEE. maafla post ni menggedik. mintak maaf jugak bagi sesiapa yang terasa, tiada niat untuk membuat sesiapa pun terasa. apa orang kata ? hanya luahan hati.

okies, night ! (:

Monday, March 29, 2010

hiatus.

Truth is, everyone's going to hurt you. You just have to find the ones worth suffering for

Wednesday, March 24, 2010

this is sweet.


and it is truly sweet ;D

hurting someone is a trend, huh ?


yup, its true.
and it hurts more than you think it can be.

Losing someone you love very much, is like losing part of your soul.
When your soul is not perfect, you are not you.

Tuesday, March 23, 2010

mystery is history.


Takde benda best happen hari ni. Takde mood. Demam dan selsema and p pain is still being my bestfriend. oh not to forget migrain, sighs. Hari ni dapat paper Seni and Geo. For the first time kot dapat seni B xD hahah memang tk expect A pun, tk tak expect B jugak sebab tk baca sangat. banyak main taram sajaa.

Geo pulak, for the first time aku dapat A, 92 ^_^ Alhamdulillah.

And takde benda best pun harini. CEH AKU ULANG BALIK =.= oh except kitorang lunch nasi lemak ayam ( yummy xD ) and straight to ictl walaupun lambat masuk. the best thing kat ictl harini hanyalah :


hahah. sekian, salam. Goodnight ^_^

Monday, March 22, 2010

ah, what a day.

hey hi hello (:




Harini teruk. teruk teruk teruk :( okay pagi pagi dah bangun awal. and mandi air sejuk. improvement okay xD get ready pegi sekolah, keluar rumah macam biasa.

Waktu perhimpunan tak selesa. best friend telah datang menjenguk, so sakit perut sampai tak larat nak berdiri =.= tak fokus sangat pun ape benda cikgu bebel kat depan HIHI.

Masuk-masuk kelas je, zulaikha wish congrats. aku pun macam ' huh ? o.0 ' . takde ribut takde taufan, tetibe je wish. tengok tengok atas meja ade kertas exam. Baca Bismillah, baru aku bukak HEHEH cuak. Tapi Alhamdulillah, A ! ^_^

Lepas english subjek bm. heh cuak kot. dorang cakap bm ramai dapat b. bila nama kena panggil untuk amek paper, kaki taknak gerak. aduyai kaki, saje nak gedik gedik kan. takpe takpe tuan anda faham perasaan anda. bila dah amek paper, tengok tengok dapat B. makk nak nangis kot sebab dapat 78%. lagi sikit nak mati dapat A taw :'( huuu takpela kenala terima.

Masa rehat jaga blok D, row form 3. aku tengah buat nota agama masa tu, tetiba madir datang.



madir, fatin, amir amirul,


fatin, fawwaz mana ?

tuu, kat hujung sana.

alaa, jauh sangat la. kau tolong pas kan benda ni kat dia. * letak atas tembok/border (?) *

hmp okay. * pandang benda tu, terkejut * AAAAAAA ! * lari *

hahaha fatin, kau jerit macam perempuanla.

bongek la korang ni. ayomakk.


Kalau lemah jantung, die on the spot maynn.


Lepas rehat sains. tak buat ape sangat, siapkan homework and kerja kerja sikit, tak belajar. lepas tu aku tidur sebab perut sakit nak mampus. Balik kelas, subjek sejaraaaaaah. Cikgu azlina takde so kitorang belajar sendiri.

Lastly agama. ceh serious cuak nak amek paper. First first nama kena panggil, nama ' Fatin Suraya ' =.= EHEM seperti biasa, kena fikir negatif dulu baru bukak paper CEH teruk gila aku. Alhamdulillah, 83 ^_^ tapi cari punya cari, dapat naik lagi 1 markah. walaupun satu, besar nilai tu (:

Waktu balik, makan kat kantin sebab perut dah gastrik. Lepas makan masuk kelas untuk prep. siapkan peka sikit sikit ceh memang teramat sikit pun. Lepastu teman dorang duduk kat pondok. tah kenapa ada cikgu tercirit kat area pokok tu. Bagus la kucing tu, aku salute. sekecik dia pun boleh bagi baja kat pokok . eh taik kucing tu boleh jadi baja ea ? o.0

Ammar dengan segala kejahatan yang terkumpul dalam diri dia untuk kenakan aku, dia bawak kucing tu and baling kat aku. betul betul sebelah aku. menjerit melompat aku lari. almost nangis tapi nasib baik tak. ceh kena cover kan, wakaka xD lepastu punyela sedap die menggelakkan aku. ayomakk.

Balik rumah je bibik kate elektrik takde, satu taman takde elektrik. mak aih aku dah ler demam, flu and migrain. cemane ni cemane ni. orang sume takde kat rumah, keluar. tinggal aku , bibik and sofea je. last last aku bawak sofea masuk kereta mama, on enjin and duduk dalam aircond wakakak xD

bila dah lama sikit, masuk dalam rumah sebab taknak bazir minyak. oleh kerana aku sakit kepala yang teramat, aku boleh tertidur macam tu je. tapi masa tu hujan, so sejukla sikit kan. tapi serious shot rasa macam nak meletup kepala eden.

Abah sampai around 4 something, terus get ready nak pegi amek mama kat klinik gigi, sampai sana mama tak siap lagi, so tunggu kat siap sampai pukul 7 kot o.0 mama kat klinik gigi since 12, bayangkan la betapa penatnye. DAHLA SEJUK DENGAN KONDISI DEMAM AKU NI HOIH MATI =.=

Mama dah habis around 7, terus amek abang ngah kat ktm sebab takde teksi. And pegi makan sebab mama tak makan for the past 7 hours, mama breakfast sikit je. aku makan sebab adik aku nak makan nasi, so aku kena share dengan dia. kalau ikutkan, tak larat dahh.

Haih, rasa bersalah dekat fawwaz sebab tak dengar cakap dia haritu. tengok sekarang dah sakit :( fawwaz fawwaz sory taw :( EH hp dia kena amek, weekends je dapat. huuuuu rindu :'(



Sighs okayla nak siapkan peka sains. rasanya buat mana yang larat je kot. byee peeps, take care (: jangan jadi macam aku, sampai sekarang malas nak makan ubat xD

Sunday, March 21, 2010

:)


ahh girl, its you. i'll never stop loving you.

shine of my life,




HAPPY 3 MONTHNIVERSARRY
SEMOGA KEKAL BERSAMA SUSAH DAN SENANG,
AMIN ! ;D

its about time.

hey hi hello (:





School is gonna start tomorrow. And we're going to do the same routine again. Perhimpunan, kelas, rehat, kelas, balik, prep/ictl, koko. Same routine, different dramas. Hoping for a great one though.

Ahh naik sekolah, exam papers WITH result =.= ISH taknak terima la. suruh cikgu simpan sendiri sendiri boleh ? kalau markah baik je baru bagitahu heeee ^_^ apa-apa pun, cuak nak tahu result sejarah. NAK A NAK A. sape taknak ? xD

Saya masih ada saki daki OPS i mean baki heheh, peka sains yang tak siap lagi. HARUS HARUS disiapkan malam ini juga. CEHH semangat je padahal ramai gila tak siap peka sains. takpe takpe aku baik ( Yee sila lah muntah penuhkan baldi ) ;D

Okay baik aku off since aku merapu melolong tah mende kat sini. Anyway, selamat kembali ke sekolah untuk semua pelajar ;) taknak ucap kat cikgu, sebab mesti cikgu taknak balik sekolah. EH astagfirullah, kau ni mulut main sedap je ek. ampun ampun.

okay okay selamat kembali ke sekolah kepada pelajar dan cikgu cikgu sekalian ;D semoga kita lebih bersemangat untuk belajar dan mencapai cita cita yang harmoni kekal abadi.




AHH FINE AKU OFF BYEBYE

wuuuuuu !


i think this is cute. hahaha.

Thursday, March 18, 2010

Bora Asmara , 16 March '10.

hey hi hello (:




First of all , HAPPY WONDERFUL BIRTHDAY TO FATIMAH OSMAN, MY MUM. Mama genap berumur 44 pada 16 March (: takpe ma, muda lagi tuu. Kalau pergi karaoke dengan kita pun takk penat ;D


So aku dah plan dengan abah nak sambut birthday mama dekat Bora Asmara, dekat area Sg. Penchala. sepatutnya surprise birthday party, tapi tah cemane mama boleh tahu =.= abah lerr ni, hoho sabo jela. takpela, janji sambut jugak kan ^_^


Balik dari mid dah ppukul 6 lebih. Haaa mid ni cerita kejap lagi okay. Balik tu pegi minum kat tanjung kejap, balik rumah dah pukul 7. Mandi solat terus siap siap, cos reservation pukul 8 macam tu. Perempuan : Biru lelaki : Kelabu.

Pusing punya pusing, sampai Bora Asmara pukul 8.30 kott. Lawa tempat tuu (: Kitorang punya reservation table dekat bahagian atas, tapi mama mintak tukar bahagian bawah sebab bawah luas sikit, senang sofea nak main. Kitorang jea only meja kat bawah, tenang gila ^_^

Kitorang order makanan :

Siakap steam
Butter Creamy Prawn
Tomyam Seafood
Kailan with oyster sauce
Ayam bakar


Sambil sambil tunggu makanan tu, memang surprisingly, semua orang termasuk mama dan abah camwhore. hahah kitorang macam hyper gila, flash sini sana menyala nyala. Yela situ gelap sikit, so tk nampak sangat kalau guna biasa. Sofea yang demam tu pun, terus excited macam orang tak demam xD

Lama jugakla kitorang amek gambar, stop sebab makanan dah sampai jea xD Makan punye makan, pergh memang sedap la. EH Alhamdulillah (: sambil makan tu, ganti ganti jaga sofea sebab dia taknak duduk diam, asyik nak lari tengok fountain. Dia sampai nak masukkan kaki dalam air tu, ayoyo budak kicikkk.

Bila kitorang dah habis makan tu, tiba tiba band menyanyi kat situ datang kat meja kitorang, untuk nyanyi lagu. Sebab memang biasa dia akan pegi meja ke meja nyanyikan lagu untuk tetamu. Best kan ? ^_^ Dia nyanyikan kitorang 6 lagu.

  • Hari ini dan Semalam
  • Happy Birthday
  • Allah selamatkan kamu
  • Sway
  • Wonderful Tonight
  • I love you - BARNEY !

Hahah mula-muka dia nyanyikan lagu Hari ini dan Semalam plus Birthday songs, then abah bagi tips, banyak jugak, so dia add up songs (: lagu Sway dengan Wonderful Tonight tu, abah dedicate kan untuk mama, awwwwwwh how sweeet :')

yang lagu Barney tu, dorang nyanyi sendiri KHAS untuk adik kecik comel faira sofea maisara ;D sebab masa dorang nyanyi nyanyi tu, aku dengan sofea menari kan sebelah. HAHAH finee gelak gelak =.= so rasenye mungkin sebab dia tengok sofea suka, dia pun nyanyikan lagu Barney.

Macam mana dorang agak sofea suka barney ea ? hahah ;P

Lepas dah habis nyanyi kat meja kitorang, dia pegi kat meja atas, meja atas pun sambut birthday (: tu lagi rock, siap bergelek bagai lagi, hahah young peeps, WWWWWILD ;)

Dah kenyang makan and penat have fun, kitorang pun balikk ;D dalam kereta kecoh gila semua mulut berceloteh xD


mama, abang ngah, kaklong, abah


suraya, masa awak menari dengan adik tadi, abg ngah cakap " Habisla gelap masa depan aku " HAHAH.

yelaa. nanti kita jugak yang kena jaga dorang.

HAHAHA. bukan sorang tu, dua adik awak yang awak kena jaga. Apa dia fikri ? gelap masa depan aku. HAHAHA.

weh at least aku dah tolong kau, kau tak perlu jaga aku. kurang sikit gelap masa depan kau. hahaha.



HAHAHA. sampai ke rumah benda ni berlarutan. Apa-apa pun, gambar tak boleh terlepas ^_^

entrance (:

^_^

mama, sofea and abangngah (:

kaklong ^_^


Hearts (:





i love you ! ^_^



awwwwh (:


sofea !




kau kira bintang ke ? - acu


ni meja birthday bahagian atas (:






HAPPY BIRTHDAY TO MY DEAREST MUM,
I LOVE YOU, AND I ALWAYS WILL ! ^_^

Wednesday, March 17, 2010

toys r us ! ;D


hey hi hello (:




WOHHHH lama tarak update belog. malaaaaaas. cuti takde benda baru sangat pun. hari ni esok lusa dok ulang benda sama jahh. Tapi kali ini ada cerita. Huhu.

Haritu, masa malam rabu, satu hari sebelum exam sejarah, mama ajak kitorang pergi OU, nak pegi toys r us, belikan adik toy. saje lame dah tak beli. Jadi aku selaku orang yang paling excited dan kecoh dalam rumah ni, bersetuju dan memujuk semua ahli untuk join, padahal buku sejarah tak habis baca lagi, huuu pandai pandai mekasih.

Nak suruh aku cerita, dah tak ingat ape jadi. yela lama tk update xD so tengok jela gambar yeee.



gambar owner mesti letak dulu xD

ini, kakak owner. hahah.

tengok, sampai jatuh jatuh bawak barney xD


sampai terjatuh, you.




dah pening kepala ape nak buat dah. hahah.

adik ni kan, kesian barney taw xD


sekejap jea curang kat barney, hahah.

bawak dia pusing dalam ni, patah pinggang den.



Lepas beli barang, M A K A N !

Saturday, March 13, 2010

Thursday, March 11, 2010

look at me-me-me , i'm free-free-free !



EXAM HABIS EXAM HABIS !
CUTI DATAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAANG ! ^_^