Daisypath Anniversary tickers

aww, birds :)

Tuesday, September 29, 2009

weiii,

weii korang, aku baru perasan yang aku ........ pendek !

watta, farrina is almost as tall as me, i mean, ALMOST. but still, it shows that im not growing taller and taller, eee sedihnya :( peeps, ada idea how to grow tall xcept makan sayur ? itu memang tah tak boleh laa, hahaha ;P

antara geng kitorang berlima, aku paling pendekk, okay at least takde la pendek yang pendek sangat sangat ( still nak defend, hahaha ). okay dah lali telinga aku orang ejek aku pendek, hahaha. and i dont know why, ukur kat rumah lain, ukur kat sekola lain -___- annoying gilaa kut, cis nak tinggi jugakk !

tadi masa balik, masa dalam kelas and hanya ada aku, haziqah h and farrina jea. farrina kept saying ' zie look ! aku tinggi aku tinggi ', hahaha, nasib baik aku sayang kau farrina (: ( okay aku taw kau bangga kan bile bace ? hahaha xD )


takpelah, dah takdir aku tinggi macam ni untuk umur 13 tahun, bersyukur aku masih cukup lengkap fizikal, alhamdulillah (:




saya ni tinggi perempuan asia okay, tinggi saya dah cukup, kalau awak tinggi dari tinggi saya ni nanti awak susah cari pakwe, haa padan muke - puan afida



Monday, September 28, 2009

anak ikan anak biawak, saya suka awak,
sungai penuh ikan puyu, iloveyou !
lepak sungai tangkap katak, awak rindu saya tak ?
main lumpur tepi paya, awak sayang saya ?
waktu lepak makan mee, you miss me ?
hari jadi sambut sakan, awak cinta saya kan ?
main pasir baling batu, I SAYANG KAT YOU ! :)



aww, tenkiu awak ;DD



waa,

woot :)


hari nie hari pertama sekolaa, setelah seminggu cutii, sumpah aku tk ready lagii, haha masih mood bercuti terperap dalam otak, haha. harini TERbangun agakk lambat, 6.30 baruu bangun, dahla tk bangun sahur, adoii. harini plan nak puasa dgn dorang so nasib baikk dah niat. kelam kabut siap semua, tetibe tingtong rumah bunyii, aaa ammar dah sampai ! ee cepat gila kott die datang, and sebab dia datang awal sangat, tudung aku teruk dan aku tertinggal jam aku. hahaha,

perhimpunan harini agak best kot ? sebab kitorang menyanyi memekik kat belakang, hahaha. masa nyanyi tuu, aku, khai dgn mariam sumpah tk taw malu sampai nk pecah perut aku gelakk, tetibe anis syafiqah join, woo lagi gempak weii. haha konon konon semangat patriotik, belahh ;P

then masuk kelas, bm as usual. math harini best kott, ala math memang everytime best kecuali part kena denda dan spotcheck kuku, hahaha. rehat harini agak confusing, kejap kata blok D, kejap kata kantin. pening weii . and kabut jugak sebab mase rehat tuu otak tengah superduper berputar untuk menghafal dalil yang ustazah bagii, nasib baik dapat hafal sekali dengan gerak gerak semua, alhamdulillah :) and waktu rehat tu, aku dengan mariam berkejar pergi toilet, sebab perut aku rasa macam kena cucuk. rupa-rupanya super best friend datang melawat, tak jadi aku puasa untk harinii.


masa agama, semua tk belajar tapi semua kena habiskan pafa and ayat hafazan, since aku tkleh baca ayat aku habiskan pafa jea. dulu tk sempat habis, aku sempat buat mengucap dua kalimah syahadah jea, harini aku habiskan terus sampai istinjak ! alhamdulillah, habis pafa form 1 dalam masa 1 hari :)


english kena buat summary. and kitorang kecoh agih-agihkan hamper yang dimenangi. hahaha, aku rasa cikgu terpaksa bagi kat kitorang sebab tk banyak kelas yang hias sempena bulan kemerdekaan kot, wahaha. then terus gerak pegi lab science, wuu dalam keadaan basah, buat aku rase nak lelap jea dalam lab, nasib baik ade notes kena salin. kitorang balik 10 minit lambat, sebab tk dengar bunyi loceng, hahaa. balik kelas dulu since hujan lebat tahap gila, lepak kat kelas jap. ade la drama scene berlaku . then aku tumpang mariam balikk, sebab masih sikit sikit hujan .


balik, mandi makan . lepas tertidur, hahaha, adik aku tidur aku pun join sekali xD then susu kejut, suh datang rumah kak anis. babe, sorry taw tak datangg :( sebab abang pegi kolej and adik tinggal dengan bibik, so tkleeeh. lepas iddin sms, suh jumpa die kat tempat tuition, 2 rumah away jea. pegi sana lepak dengan iddin, kak nawal and sufi. lepastu balik rumah mandi tengok tv lepastu online.

eee mesti bosan kan kalau orang update blog camtu ? cam tkde ape nak bace. ceh jahatnye aku, macam la blog aku bagus sangat.


anyway masa dalam kelas tadi, tetibe anis jerit kat aku, dia cakap die buat pantun, haha, so bacalah dan hayatilah :


banyak buaya di sungai buaya,
banyak paku di pokok paku,
hari ini kita dah lama beraya,
bila kau nak mintak maaf dengan aku ?


haha okies agak merapu, but not bad ! die pandai buat pantun okies, aku try banyak kali masih tk lepas, wahaha. tpai sumpah merapu pantun dia cuma best baca, gelakgelak aku baca balikk. anis, aku taw ko baca blog aku so jangan la kembang lebih lebih ehh, wahaha anyway congrats ! :)



till then, off to kitchen.

Friday, September 25, 2009

somehow,

sometimes, i really do miss my past. myself, my life, my family, my frens, and yea, i do miss my seniors. and sumpah, i really do miss THIS :


' antara semua senior, akakla yang paling kenal dan faham awak. mungkin awak kata tak but i know i do '


you know you are the one. mula-mula dia cakap, memang tak caya, tapi lama-lama, aku percaya lebih dari seratus peratus. yea, die kenal aku paling baik sangat antara semua. die dapat baca pemikiran aku, die dapat selami hati aku, dan seterusnya memahami diri aku. die seperti merangkumi setengah diri aku, macamtu la istimewanya dia padaku, dan di hatiku.


sape senior paling rapat dengan aku, and cakap dengan aku guna awak ? to you, i really do miss you, the old you perhaps. akak, saya harap sangat-sangat kite jadi macam dulu, sekarang nie, ade ke share stories berbukit bumbung timbun banyak macam kite selalu buat dulu ? we're going the separate ways, perasan tak ? orang tak paksa kalau akak dah tak kisah, cuma ini luahan hati yang ikhlas. iloveyou,

Wednesday, September 23, 2009

perjalanan jauh tk kurasa,

assalamualaikum :)


yaww, im back in kl ! wohoo happy weii. wahaha okaaay nak update pasal raya nie, so it might be a long post, are you ready ? shall we ?


title di atas ade sedikit menipu, wahaha. sebab kitorang bertolak balik hari jumaat, pukul 11. sebabnye, mama and abg ngah nak tengok cerita nur kasih dulu, so habis pukul 10. then nak bertolak, abah pulak tidur, wahaha. so 11 laa jawabnye. masukkan beg dalam kereta, siap2 kunci pintu, salam abah then off to kuala pilah. penat perjalanan kali ni sebab baby gaga tanakk tidur, and mama pulak penat. so macam, semua stress la kott. stop tidur kejap, beli air then gerakk. sampai kuala pilah pukul 3.

sampai jea, ingat nak terus tidur, tapi kang kalau tidur dulu sumpah sure tk bangun sahur, xD so terus makan, kemas-kemas sikit, ended up tidur pukul 4. tapii tuu pn tk tidur sangat, masa smpai rumah, baby gaga dah tidur tapi bila letak die atas katil, die nangis-nangis. so mama tidur, kitorang jage dia. gilir-gilir jaga dia. sekali tuu aku dh tak tahan sangat, aku baringkan die meniarap, aku garu belakang dia, last-last dia khayal baru dia tidur. wahaha pelikk jea budak kecik nie, adoii.

bangun pagi, mama abang ngah and kaklong dah pegi pasar, pukul 8. so aku mandi and jaga adikk, kemas-kemas sikit. dorang balik dari pasar pukul 11, gilaa kot 3 jam kat pasar, wahaha. then sapu mop masak and stuff, habis tengah hari. masa tuu semua dah penat, habis tertido. wahaha xD







lepastu, lepas berbuka, semua rush tengok berita. wahaha xD saksikan saksikan !





malam tuu pegi rumah makcik hayati, yang hanya dipanggil sebagai mak :) pegi ruma mak pukul 9, lepak makan borak gelak guling lompat kentut sampai la pukul 12. balikk pun sebab baby gaga dahh ngantukk. but actually memang nak tunggu smpai pukul 12, sebab dorang nak bakar mercun. abang hariz, suami nana beli sekotak, ade 6. so kitorang bakar pukul 12. HOYEAH ! xD
saksikan video di bawah :




WOHOOO ! xDD





yang nie nampak cahaya die, wahaha.



semua cam kecoh nak tutup telinga masa tuu. kesian kepada 2 orang baby yang entah mcm mane tutup telinga, wahaha xD tapi kecoh aa lari lintang pukang. tapi sumpah, ini paling best untuk tahun ini :)

aku tidur pukul 2 dengan kaklong, tengok tv xD pagi tuu punyela liat nak bangun, wahaha. tapi bangun jugak, mandi then siap-siapkan kuihh, lepak tengok tv. around 10 camtuu, mak and family datang. so bermula lah kita semua sesi bermaaf-maafan. and yea, aku berjaya takk nangis. hoyeah hoyeahh ! :) lepastu sesi makan-makan ramai-ramai.






lepastuu semua gerakk pegi rumah makk, raya sane pulak. ingat nak pegi ruma cik mad, anak angkat wan, tpi die tkde kat ruma. nak pegi ruma tokchu, tokchu pulakk raye kat rumah nekngah kat bukit jelutong, haa so pegi ruma mak jela. lepak kat situ, snaps, makan, then balikk rehat. and so the rest of the day went normal as usual :)



baju die mengalahkan baju aku, haha.

takde motif, haha.






prasan hensem xD





esoknye, dalam tengah hari macam tu, makteh ran datang, untuk urut kitorang. kitorang tuu consist of mama, kaklong, aku, wan dan atukk. kaklong tah kenapa, dekat rahim dia sakit sangat sampai perut die bengkak, mama sakit pinggang and belakang, wan and atukk, biasalah orang tua sengal-sengal. aku takde pape sbenarnye, tapi mama suh urut jugakk, sebab aku banyak berlari, so selalu pinggang aku macam salah pusing or something, tah macam mane nak terangkan, wahaha. so start urut dengan kaklong, aku tengok die urut jea aku dah macam takut, sakit sangat kott sampai kaklong nangis. lepas kaklong, aku pulak kene, adoii. masa die urut tuu aku tk nangis langsung, aku tergelak sampai nak pecah perut sebab aku geli gilaa, aku pantang orang pegang en, mesti gelii. sebab tu lesbos aku suke SANGAT SANGAT cucuk perut aku, wahaha. then makteh ran pijak belakang, and pusingkan pinggang and kaki aku, haa yang tu baru rase nak nangis, wahaha. lepastu urut mama, wan and atukk.


dekat-dekat nak maghrib, acu and family sampai. dorang raya kat melaka dulu, family sebelah pakcu lepastu baru raya sini. mintak maaf and stuff, lepastu lepak tengok tv. tengok cerita jangan lupa lirik raya punye. yang artis dia siti nurhaliza, saiful apek, adibah noor and amy mastura. wahaha semangat GILA GILA kitorang SEMUA nyanyi lagu sekali dengan artis tu sekali, hahaha sangat lawak dan gembira :)

hari raya ketiga, kitorang bertolak balikk kl dalam pukul 11 pagi camtu, singgah kat tempat dialisis atuk dulu, sebab atuk tengah dialisis kat sana, teman atuk, salam atuk then kitorang pegi rumah mak kejap. makan makan kat situ, lepastu gerak balikk kl. on the way balik tu, singgah kampung talang kejap, pegi ruma paklang kott, tak ingat xD lepastu sadiq cakap kampung die kat kampung talang, wahaha tapi die tak raya situ, raya kat muar.

lepas raya kat situ, terus gerak straight to kl. bila dah sampai kat brp, aku rasa macam ade satu feeling, macam bahagia gilaa dah balik rumah, haha, rindunya dekat rumah sendiri. sampai rumah je, masuk bagi salam terus jerit home sweet home ! :)

Friday, September 18, 2009

selamat bakal hari raya !

yaww :)

peeps, im off to kuala pilah sekejap lagi. so i wont be online for like, 4 or 5 days, so rindu i okies ? hahaa, and insyaAllah, sape datang raya awal dapat duit raya, sape lambat, nasib laa ehh, wahaha. and peeps, jangan lupa makan kuih raya and melantak sampai naik at least 5 kg okies ? wahaha, and yeah, aku mintk maaf kalau ade buat salah, yea mesti ade en ? belambak bersepah pulak tuu, to frens, tenkiu for always being there fr me, esp my 4 lesbos :) and seniors, tenkiu for everything, i really do mean everything :) so please forgive all my wrongs, 0-0 ehh ? ily peeps ;DD





SELAMAT HARI RAYA KEPADA SEMUA DARLINGS :)

fireworks,



even this cant make me feel the feelings of hari raya :(

gambar,







tuu laa mama kak in, and itu abah mie. selebihnya kami dan kawan2 abah :(

johor bahru,

hari rabu, lepas balik sekola, aku tidur kejap, then aku dapat call dari mak aku, die cakap, ayah aku kena strok ! aku dah speechless time tu, mama cakap kak in, cousin kitorang call kaklong, die bgtaw kaklong. so plan nak balik malam rabu tuu but since mama ade meeting, kitorang tangguh balik hari khamis.

so lepas sekola hari khamis, balik tuu siap2 kejap, tunggu abah datang, lepastu kitorang off to jb. but bertolak around 3. 30, so smpai pun lambat aa. berbuka dalam kereta, then sampai johor terus pegi makan. lepas makan terus pegi johor specialist hospital, kitorang naik tengok abah mie. abah mie tk taw yang kitorang datang, masa kitorang smpai die tengah tidur, tetiba die terjaga. and kawan dia yang jaga dia, aihh. abah pandang kitorang lepas tu abah senyum. aku salam abah, tapi abah macam susah sbb, abah paralyze sebelah kanan.

aku tk tahan, aku terus keluar dari bilik, nangis kat luar. memang sedih sangat, then kaklong keluar pujuk aku. die suh aku kuatkan semangat demi abah. so aku stop nangis and masuk bilik, kitorang spend time dengan abah. tetibe, abah nangis, aku tk tahan, rasa nak nges tengok :'( kitorang borak-borak, then kitorang suapkan abah biskut butter yang kitorang beli, abah makan :') cuma susah sikit, tersedak, so kitorang bagi dia makan, minum air, jaga dia. lepas tu abah baring kejap,

tengah borak-borak, tetiba mama ai/ mama kak in datang dengan mel, mel bawak kawan2 dia. aww, bila nampak dorang, rase macam, im back to my old life in johor, nampak mel yang dah makin grow up, dah form 4 la katekan, made me feel like crying, cos we used to fight, we used to play wwe mase kat ruma nenek. aku, abang ngah, wan, form 5 now and studying kat sekola teknik and mel. but now, everything changed. aku pun dah lama tk lepak dengan wan and mel, rindunya zaman dulu-dulu. where there is nothing to worry about, all we know is laugh laugh and keep on laughing. kalau duduk rumah nenek, petang-petang pegi jalan naik motor, kejar-kejar ayam and banyak lagi. selalu kena marah dengan papa man :') but now, papa man pun dah pergi, meninggalkan semua yang menyayangi, aku tanak kehilangan abah mie jugak :'( masih tak bersedia untuk semua tu,

lepas tu mama call abang ngah, cakap kitorang dah kena balik. and thats it, its time for goodbye and farewell, kitorang dapat spend time dengan abah around 1 hour 15 minutes macam tu je kot. masa salam abah, aku peluk abah, entah bila lagi nak turun johor, and abang ngah mintak tolong kawan2 abah tengok2 kan abah, aihh, kawan2 dia yang jaga dia :'( aku rase aku tk berguna sebagai seorang anak dia, sebab aku sendiri tk dapat menjaga ayah aku, ayah aku sendiri. kitorang bertolak balik malam tu, sebab esok mama kena keja jugak before balik kampung raya. masa dalam kereta, aku pandang je hospital sampai la keluar, entah macam mana abah sekarang :'( aku memang kesian kat dia, aku nak sangat sangat tolong dia but what can i do ? kalau boleh, aku nak jaga dia, makan minum dia, penuhi kehendak dia. entah kenapa, hilang segala semua kemarahan aku terhadap dia, yang memenuhi hati aku sekarang ialah rasa sayang seorang anak kepada ayah, yang lama tidak bersama.

aihh, harini nak balik kampung kuala pilah, negeri sembilan. raya kat sana, rindunya raya at johor :( and yeah, aku takde semangat raya langsung tahun ni, setakat nyanyi lagu raya je lebih, sebab nothing special pn this year, and somehow, i kinda hate it this year. and yeah now i know why hati asyik tk sedap jea these few days, kaklong and abang ngah pun sama. kitorang dapat rasakan something bad is gona happen to abah.

abah, semoga cepat sembuh, we'll always be with you, in you heart, in our heart, iloveyou :')

Wednesday, September 16, 2009

finally,

yaww :)

harini sangat best kutt ? aha bm buat plbs. pj, as usual, pegi kaa then buat segakk. geo paling best weii :) harini kitorang bincang pasal hutan paya and hutan gunung. nak pecah perut aku gelak kutt, menangis-nangis aku dengan anis gelakk.

1#

cikgu rohayu, fatin, farrina, class


bentuk dia macam kerang, lebih kurang adik beradik la
* bincang - bincang *
ehh boleh makan ke cikgu ?
f, kan td cikgu ckp lebih kurang mcm ketam, mestilaa boleh weii
Ya Allah, ape kamu cakap nie fatin ? hahaha, saya kate macam kerang, yang kamu sesat ketam nie kenapa ?
weii, jauhnye beza ketam dengan kerang
hahahahaa,


tk silap aku dorg cakap pasal lokan rasenye, haha lupa dahh xD


2#

cikgu rohayu, fatin, ygandran, haziq, class


haa, kamu tahu tak mengkuang tu ape ?
tahu. yang buah die putih tu kan ?
oi, itu SENGKUANG laa,
bongok, hahahaha,
hahahahahaha,



3#

anis, mariam


kamu semua penah tengok lumpur ? penah masuk dalam lumpur tak ?
haa, penah kutt, hahaa,
cikgu ! kuala LUMPUR ! hahaha,
weii ngek, sakit perut aku gelak dah weiii,
tahu takpe weh !
oii, hahaha tah hape2 budak2 nie,
hahaha,


4#

kamu tahu takk, buah tuu kalau kamu baling dekat orang, habis gatal-gatal semua badan dia * garu-garu*
habis cikgu, kalau baling dekat mulut dia habis garu2 mulut sampai berlubang
weii anis, kau bayangkan kalau baling dalam mulut, kalau gatal gigi mcm mane nak garu ? hahaha,
hahaha, garu macam ni * menunjukkan aksi menggaru gigi *
hoii, paling bongok. hahaha,
* gelak keluar air mata *


5#

dulu masa saye kecik-kecik, saya pernah ikut ayah saya keluar malam, pegi cari udung, guna lampu suluh, tahu tak ?
semestinya tidakk,
adoii, kamu suluh dekat dalam air, nanti nampak pantulan cahaya dari mata udang tu, so kite tahu kat situ banyak udang. dekat mana banyak udang, dekat situ banyak buaya.
* semua diam *
haa tetibe tengah suluh muncul buaya kat tepi tu ! hahahahaha,
hahahaha,


yang lawaknye pasal haziq tuu, die cakap laju-laju lepastu die gelak sorang-sorang dulu, baru kitorang gelak, hahaha.


6#

haiii lepas ni tak boleh cakap benda pelik-pelik dekat kelas kamu, semuanya tk tahu. ni orang kampung ke orang bandar kamu semua nie ?
KAMDAR !
memang berbaloi ! xD hahaha,
Ya Allah Ya Tuhanku, adoiii,


KAMpung + banDAR = KAMDAR :)
wahahaha,


7#

rumput jenis low's buttercap, ehh, low's batukcup, YA ALLAH ! ape saya merapu nie ? LOW'S BUTTERCUP ! haa baru betul, hahaha,
waaaaa, hahahahaha,


ending dia, aku dengan anis dah meleleh air mata gelakk, paling best geografi period ever :)


hari nie jaga blok C masa rehat, tenga-tengah meronda, tetibe bunyi mercun kuat gila, macam bunyi bom jatuh meletup, aku turun bawah, bahagian court tu, nak tengok, tetibe nampak nina macam pujuk2 fatin raihana, fatin raihana macam nak nangis dah. aku tanye kenapa, lepastu fatin cakap mercun tu meletup sebelah telinga dia, and dia ada sensitif telinga, so telinga dia sakit sangat. kesian aku tengok :( lepas tu aku, nina, fatin raihana, kak ida and ade lagi pegi round seluruh blok, tengok-tengok kalau ade yang disyaki. dorang ni tak penah serik en ? kalau 3 bulan macam ni, alamatnye pekakla aku selepas 3 bulan tu.

lepas rehat terus pergi tadarus dekat surau. baca sampai habis then kena hafal hadis, rmai lagi yang tak hafal so ustazah suruh sambung lepas cuti. balik kelas, pukul 11.15 awang dan ridha dah terpacak depan 1rk2, panggil kitorang keluar, hahaha. lepastu pegi kaa, tunggu eddy, then semua gerak pegi makmal bahasa. pengawas percubaan form 1, daripada puluh, semua drop off. yang tinggal hanya, aku, anis, mariam, khai,azni, alya, priya, thivia,awang, ridha, eddy. eddy sorang budak kaa, awang and ridha dua orang je lelaki from kelas rk. lain semua dah letak jawatan, aish, membazirnya.

bila kitorang dah sampai depan makmal bahasa, kitorang duduk kat luar tuu dulu, sebab takde orang kat dalam. tengah kitorang borak-borak, tetibe ade bunyi mercun meletup, yang sumpah kuatnya, sampai awang melatah. well, aku pun melatah jugak aa xD cuma tak seteruk awang, and ni kali pertama aku nampak awang melatah. yang semua macam ' opocot mak kau ! ' haa rmai cakap mcm tu jea, haha lepas tu aku, awang, mariam and anis dah gelak gelak sampai merah muka sebab tak tahan, hahaha.

then semua masuk dalam makmal bahasa. mummy start dengan ajar pasal etika and adab dalam majlis dulu, lepastu baru mummy start ceramah, kalau mummy yang ceramah, sumpah tk mengantuk and tk kering gusi aku dibuatnya, ade jea lawak mummy, dah tk terkira berapa kali aku gelak, hahaha. and ade satu part nie,


mummy, class


allergic kepada berucap, haa ini bahaya. kalau tetiba die disuruh oleh cikgu untk buat pengucapan awam, dia akan cakap, ALLAHHUAKBAR !!

POOOM !!

haa tengok, dia faham perasaan mummy, ape yang mummy tengah cerita, tu yang die support, hahaha,
HAHAHAHAHAHA!


memang best laa keseluruhannya, ceramah mummy tk akan rasa mengantuk, and ade few peeps kena marah dengan mummy, sebab buat bising yang teramat. haish. then balik, around 1.30 smpai rumaaaah, agak penat aa harini weiii. and harini, dari pagi sampai rehat, aku asyik tk sedap hati. jantung aku berdegup laju sangat sangat, and perut aku macam, nak terkeluar isi perut. dari hari isnin lagi, tak tahu kenapa weii, risau aku :(

Tuesday, September 15, 2009

life,

i dont know why, but im still hoping, still, for you to say iloveyou to me, though its for the last time.
goodbye :'(

taik kucing,

ini merupakan penipuan semata-mata, konon xD


aaa, bosan -___- aku dh tk taw ape nak post aa sekarang nie, life aku, er, makin teruk ? maybe.

hari ni banyak keluar kelas. waktu math keluar jalan-jalan dengan cikgu, pegi cari solid geometry things, lepas tuu waktu sivik pulak keluar lagi sebelah casa putra, berlakon cerita rakyat kat situ. unfortunately, cerita group aku and few groups lagi tk sempat, so maybe lepas naik cuti nak buat kat pentas, tapi tkde orang tengok kut. hope so, weii xD waktu kh, belajar kejap and salin nota, mostly almost tidur, and waktu sains, aku and mariam asyik main air sebab air dia sejuk, best-best ;DD

td pegi kursus pengawas, kat sekola jeaa, penceramah harini nama dia haji abu bakar yahya, and faiz, disuruh oleh cikgu, untk jadi pengacara majlis, so die bagi aa depan, nak greet tn haji abu bakar tuu, entah macam mana, die boleh terpanggil tuan haji tuu.... puan !

faiz , tuan haji abu bakar,


err, assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan kepada, err, ape nie ? puan,eh TUAN !
berjanggut macam saya nie awak kata puan ? hahaha,

then dengar dia bagi ceramah, ape parts yang best but mostly mengantukk . aku, mariam, khai, anis tah brape banyak kali cakap perkataan mengantuk . mariam and aku dah memang mengantuk since lepas rehat, tapi aku masih boleh tahan, mariam dah tersengguk-sengguk, wahaha . fatin izzaty yang duduk sebelah mariam pun, mata tutup bukak tutup bukak, hahaha.

yang paling banyak kene puji hari ni ialah kak min ! haha dia berani jawab soalan2, so akhir sekali die menerima tepukan dari kitorang semua, tapi memang agak best, cuma yang aku penat sangat sbb harini tk bangun sahur, minum seteguk air kosong jea sebelum tidur, haus nak mampus -___-.


aaaaaa, esok ade kursus pengucapan awam, public speaking ? entah lepas tah tidak aku nie, haihh. daripada pukul 11 sampai 1.30, the one and only, yang masa dia panjang, sheesh mesti semua kene cakap esok, aaaaaa.

satu hari suntuk nie, dari pagi sampai laa ke habis kursus, mulut aku asyik sebut, taik kucing berjambul elvis presley, haha entah mcm mana aku dapat, pagi tadi bengang sangat dengan zulaikha sebab die drop off pengawas percubaan, so kerana bengang sangat mulut aku main cakap jea. aku rase bazir nak mampus kalau die drop off, semata-mata tkleh pegi kursus, sebab sape tkleh pegi kursus kena drop off, bak kata cikgu. aihh aku rasa banyak lagi alternatif lain die boleh buat. mariam and khai pun marah. and everytime aku sebut tuu, and kalau anis ade berdekatan, mesti die akan buat tarian cucuk bintang. hahaha lawaklawak jea :)

aku rindu pulak nak balik pukul 12.30, balik ramai-ramai, sekarang kursus keluar sekolah jea takde orang, bosan dah lame tk lepak dgn zie, nisa and ad. lame tk tengok mariam kene keja dgn, ehem ehem xD lame aku dgn zie tk tengok drama mariam, lame aku tk cucuk pinggang nisa and zie, lame kitorang tk usha2 orang, lame aku tk sakat zie, lame aku tk beratur dalam barisan masa perhimpunan and gelak-gelak, lame kitorang tk duduk berlima dan bergosip dan bergelak ketawa sampai menangis. aihh sumanya lama lahh, miss those things :(


aku ingat lagi, sekali masa tu, mula-mula aku jadi pengawas percubaan, hari jumaat, waktu terakhir, agama. zie cakap,


' dah penghujung sekola baru aku jumpe kau ? finally '


time tuu aku rase nak nangis dah weii, sbb mase pagi aku tk jumpe die, aku pegi jage barisan and die datang lambat, masa rehat tk jumpa dia, pegi bertugas. so last tu jela jumpa dia, memang agak sedih aa die cakap camtu but ape boleh buat en ? nasib baik laa nenek aku sorang nie tk merajuk dengan aku, aku sayang kau nenekk :)

ehh korang, kejap je en dah 3 minggu puasa ? lagi few days nak sambut raya, but yeah, aku takde semangat raya langsung. raya tahun nie, definitely bosan. ah malas nak cakaaaap, rase tk nak balik kampung pn ada jugak, aihh. aku teringat lirik nie, ' kuih dan muih, jangan lupakaaaan, peninggalan nenek zaman berzaman. asyik bersembang, pakcik dan makcik hai duit raya lupa nak diberi ' wahaha, betul gak ehh ? xD


bile dah post, tk nak stop. bila nak post, tk taw nak cerita apa -___-




taik kucing berjambul elvis presley ;DD !