Daisypath Anniversary tickers

aww, birds :)

Friday, December 24, 2010

This is why I love my followers even more :')

Salam (:





Korang ingat lagi tk post ni ? Korang dah tengok gambar kat atas ? Nampak tk perbezaan ? Kalau nampak, tepuk tangan untuk diri sendiri macam budak kecik yeay yeay yeay.


Post yang bertajuk ' Alhamdulillah :') ' tu aku buat dalam dua minggu lepas. Latest earning aku check untuk nuffnang tadi, dah naik 75 sen ! Yeaaaah, Alhamdulillah :') Memang la dalam masa dua minggu korang kata sikit sebab cuma naik 75 sen, tapi kita kena sabar kann ? Sikit sikit, lama lama jadi bukit.

Siapa kata cari duit senang ? - mama

Sooooo, sambil sambil korang asyik post kat blog, online fb, jawab formspring, reblog tumblr, tweet twitter or video call skype sekali pun, duit korang tetap akan masuk kalau ada orang click iklan nuffnang korang ^_^ Benda ni simple dan senang. Just promote iklan tu, tunggu orang klik and bila dah cukup rm 50, dia hantar cheque kat rumah atau bank in the money. All you have to do is be patient. Kan senang kann ? ^_^

Alah even kau tidur mandi makan pun duit tetap masuk wohooo. Tapi kalau ada orang click lah kan tehehe. Jalan untuk mencari duit poket sampingan dah ada, so its up to you nak teruskan atau tknak. Nuffnang is not a bad virus.

Okay okay followers and readers, click lah banyak banyak banyaaaaaaak eh ? :D Tk susah pun, cuma perlu bukak blog ni rajin rajin ( fatin, kalau blog kau cantik takpe jugak nak suruh orang bukak selalu -___-" ), and kalau ada iklan tu just click !

As simple as 123, as easy as ABC. Eh dulu ada kan lagu ni tapi lupa tajuk dia apa sobsob :(

Bayangkan depan mata anda, ada roti canai and teh tarik menunggu :') Bukan senang tauu nak suruh fatin belanja. Kalau dia belanja tu maksudnya fius otak tercabut hehe. Tapi sebab korang click iklan nuffnang, kali ni memang nak belanja. See, im so nice :')


Tapi kena tunggu sampai rm 50 dulu wohooo.


Nanti bila korang dah besar dah ada anak cucu, korang ceritalah kat cucu korang.

" Dulu nenek selalu bukak blog sorang perempuan poyo ni, nenek selalu tekan iklan nuffnang dekat blog dia sebab dia yang suruh nenek tolong, so nenek pun tolong lah. Lagipun dia kata dia akan belanja roti canai dengan teh tarik, lagi bersemangat nenek click iklan tu banyak banyak. Tapi, walaupun sampai sekarang dia tk pernah belanja nenek, nenek tk marah pun sebab nenek tk kesah. Nenek kan baik ? :') "


Alahai, gerenti cucu korang terharu sampai meleleh hingus euwww. Terus dia pun bangga and pergi canang satu kampung pasal kisah nenek dia. Tk pasal pasal nenek tu menang award ' Nenek Paling Baik Seperti Disyorkan Oleh Cucunya di Kampung Terbalik '.

Dahlah korang click iklan blog ni, lepastu dapat pulak cerita benda baik kat cucu, lepastu dapat pulak award. Kan macam sungguh mengharukan perjalanan cerita tu :') Kita kena berpandangan jauh kahkahkah.



Kay bai dah merepek jauh ni. * Psst, click tau ?! * Okay betul betul bye.

Thursday, December 23, 2010

PMR Results

Salam (:


Congrats untuk semua PMR students yang dapat result superb, korang memang layak dapat (Y) K ramai gila dapat straight A's tahun ni o.O Memang salute habisan lah.


Okay sumpah takut gila pmr next year. Daaaaaaaaaaaaaaai. Bai

Sunday, December 19, 2010

Iklan blog :D

Salam, (:


Korang tengah buat apa ? Dah muncitkan perut ? Hehe kalau belum, tunggu nanti duit nuffnang masuk, aku belanja roti canai eh ? :D hehe tak habis habis -.-"

Okay nak tahu apa motif update blog ni ? * drumrolls *

Pada suatu hari.... ish lame gila, tukar tukar. Otak aku yang gila ni tetiba mengeluarkan idea yang ting tong, muahaha. Aku nak buat iklan blog dekat blog tersayang ni ! :')

Kay kay meh aku explain. Contoh macam korang ada any blogshop, or anything yang korang nak promote, such as barang yang korang jual, baju baju yang korang tk guna and nak jual, nak promote blog or facebook korang or anything social network, nak promote number phone korang ke * ehem *, or even nak promote diri korang sendiri. HAHAHA. Its all here ! Korang cakap je apa, nanti aku promotekan :D

Iklan akan melekat selama mana yang korang mahu ^_^ tapi mesti at least 10 jam & ke atas. 1 jam, aku cuma charge seringgit. Murah kan murah kannnn ? :D & after iklan tu melekat for 48 hours, you dont have to pay & iklan tu akan melekat terus kat blog ni forever ! So when anyone view my older posts, they can see you advertisement thousand times :)


Interested ? Do tell me, (:





p/s : apa salahnya saling tolong menolong kan ? I need money and you guys need promotion ^_^

Friday, December 17, 2010

>:D


Honey, its payback time.

This is what you call, LIFELESS.

Salam.

K warning, this is going to be a harsh post. Cos im angry, just like my lovely sister, fara azmi

Semua sedia maklum, saya ada kakak sorang SAHAJA, bernama Norfarani. Tapi ada satu perempuan ni, dia guna gambar kakak aku as profile picture dia. Bukti ?






Nampak tk ? Nama lain, tapi gambar sama macam Norfarani. Tak ke korang pelik ? Lepastu kan lebih aku geli kan, cara dia tulis kat profile tu. Sungguh euwwwwwww -____-" Korang tengok lah sendiri.



name: EREEN EZIQAL
year: pravet HEHEHE
skuwl : smk (p) seri aman
stay: kl , petaling jaye

EEEEEEE memalukan okay. TAKDE SORANG PUN dalam family aku yang guna cara percakapan rempit ni. Macam : hAiii naMewww titeww faTiNnn, namewwww awakzzz caPeeee yewww ? Aku dah loyak tekak ni, baldi alert ! Macam bodoh kan cakap macam tu ? Macam orang tk pergi sekolah, tk belajar abjad ABC. Sorry lah sesiapa yang terasa, tapi aku memang tk suka.

So orang yang guna profile picture kakak aku ni, macam nak samakan kakak aku dengan dia -.- Tolonglah, kakak aku pergi sekolah tadika cukup sampai sekarang Alhamdulillah, sambung dekat University. Tk pernah dia belajar cakap cara macam tu dalam hidup dia, OKAY. Eeee still sampai sekarang tekak aku loya.

Dah guna profile picture kakak aku, lepastu dia boleh add semua orang and bajet macam itu gambar dia. Dah la gambar tu comel nak mati sebab mata mengancam tu kan, so bila orang komen dia comel cantik blabla so whatever, konon dia lah dapat credits tu. Like, tafak ? Boleh pulak tu update status macam ni.





Kau dah guna gambar orang, then nak cakap orang tuduh ? Lepastu main main sumpah pulak, kena makan sumpah baru menyesal. Tu pun kalau sempat menyesal kan. Tolong lah euwww.

Tapi aku paling tk tahan, nak kata gambar kakak aku tu gambar dia, lagi 3 profile pictures dia semua gambar lain.


Nampak tk perbezaan gambar tu semua ? Gambar pertama tu gambar kakak aku, gambar kedua tu, sejak bila kakak aku tetiba jadi kecik ? Gambar ketiga tu, sejak bila pulak kakak aku reti guna beanie and tk pakai tudung ? Gambar ke empat pulak, sejak bila kakak aku pose macam tu ?

EEEEEE kantoi bodoh je namanya ni -____-" Nak menipu tpi tk reti. Lepastu claim tu gambar dia. Plain stupid, lifeless copycat.


gambar daripada fara azmi,,



Tengok ? Berani dia cakap camtu kat the real tuan empunya gambar -.-" Oi, memang lah dalam dunia ni ada 7 orang muka serupa tapi macam kakak aku cakap, perluke semuanya sama ? Perluke gelang jenis baju posing gambar tudung kerongsang cermin mata moisturizer semua sama ? Nak menipu tk reti lagi, macam ni ah jadinya. Eh tengok cara dia reply dekat kakak aku, euww cara dia tulis k bye nak lari pergi toilet muntah. * puked *


So lepas aku dah explain panjang lebar ni, apa pendapat korang ? Weh takkan ah aku nak tipu kann. Punya panjang post aku update ni sampai aku terpaksa tangguhkan waktu makan aku, korang nak kata aku tipu ? Kalau tk percaya jugak, bukak blog fara azmi sendiri.

Sekarang, secara baik aku mintk tolong korang pergi search nama perempuan tu dekat FB and pergi complain pasal dia. No worries, she wont harm you guys. She wont even dare because she is such a lifeless copycat. Tolong lah kay, sebab takut nanti dia memburuk burukkan kakak aku dengan style dia tu, menggedik dengan mamat tah mana mana. Tak pasal pasal memalukan kakak aku kan ? Bayangkan lah kalau ini terjadi pada saudara perempuan anda, apakah yang akan anda lakukan ?


Okay bagi yang dah buat tu, a very big thankyou to you guys ! Tuhan sahaja yang mampu membalas jasa baik korang ^_^






Tuesday, December 14, 2010

Life

Salam.

Life has been mean towards me lately. Im not happy with my life, im not happy with myself, im not happy with my surroundings. I lost confidence in myself. I cry a lot ; such a crybaby. I dont cry the babies type, i cry my heart out. I act like a ^&$%^ lately. Yeah, I do hate myself at times. I have no one to talk to, no one understands my feelings. Everyone is busy with their own commitment. & they act as if my problem is such a shitzy problem. I fight with people a lot ; mouth fight. I hate it when i hurt my mum's feelings with this such &*%& attitude. Yeah, I do swear a lot to express how horrible i am now. Everyone is pushing me around. They thought im strong while the fact is i am not. Yes, be surprised. I am not strong. At times, i rely on people around me to cheer me up instead of asking myself to cheer up. & at times, i prefer being all alone in a quiet surrounding and im comfortable with that, as i hear no one's voice except my heart's. I stare at the ceilling for hours when im in a terrible badmood. I feel like running and running continuously until i fall by myself. Yeah, people say why regret when you only live once ? Its true but have you heard people saying, repent before its too late, the death comes without any warn. I do change, yeah i do change. But dont expect me to be just the new me every single day. There are days when I am super fine and tremendously happy, but not today. That happy day is not today. You cant expect me to be happy every day, I have my own badmood days. But why people always realize me when im in a badmood but people dont realize me when im extremely happy ? Then they blame me and go saying, ' Ah, setiap hari kau badmood. Setiap hari kau marah '. See people ? You choose to see what you want to see. & im seeing myself in the new Fatin. But as i said, i have my own badmood days. People choose to ruin my mood and my day, and thats when i act &*)$%@. I always say this, i dont do things without a reason. I wont simply get angry and sad without reasons. I wont simply act like a ^%$%#%, without reasons. Give me time, & i'll get back to normal on my own. Just dont, push me.



When I was small, I learn that you need to cry your heart out just to fill your heart with laughters.


Haters, please stop spreading rumours about me. You know its rumours, none of them is true. Sebab itu dipanggil fitnah. & this is my blog, i have my own rights to write what i feel in my blog. Stop judging me, people. No one is perfect, i have my own weakness, and so do you. Please please please learn how to accept me, for who i am. Not for who you want me to be. I aint a puppet.

Saturday, December 11, 2010

Alhamdulillah :')

klik untuk lihat dengan lebih jelas,, (:




Alhamdulillah :') Thanks kepada semua readers yang rajinkan jari anda untuk click iklan-iklan nuffnang yang ada kat blog ni ! Tuu, hasil dia kat dalam gambar tu :') Memang lah tk terus dapat banyak, tapi kata orang, sikit sikit lama lama jadi bukit kan ?

Korang teruskan usaha untuk click eh ? Sambil klik, boleh excercise jari bagi kurus wooh wooh xD K seriously thanks, sangat terharu :') Nanti dah cukup duit, teh tarik dengan roti canai mari. Hehe

Times Square


Salam (:









Wohooo, picture explains. Thanks for the great lovely super wonderful day, lovers ! xoxo







" Goodbyes are easy for those who deserves, but bestfriends doesnt " - Norfatin Suraya

Monday, December 6, 2010

Sucks

Salam.

Its 6th of December & I have only one post in December, yet. Aint that sucks ?


I hate holidays. I gained weight -.- I dont think im going to anywhere this holiday, i guess. But i dont want the school to start this soon, Im not ready yet. A big no with a cherry on top.


See, im starving, again. & i hate when i dont have ideas to update. BYE.

Friday, December 3, 2010

Award



berikan satu nickname kepada pemberi award
syaaaaa-wn the sheep. ehh sya, tetiba terfikir xD


ucapan untuk pemberi award
bila nak mai rumah & bawak i pergi jalan ni ? :p


berikan 6 artis yang korang minat
eh entah tk dapat fikir siapa pun o.O


berikan award ni kepada 7 blog yang cun dan cantik
kaklongg
abang ngahh
susuuu
auntie jaaaaf
kak anis
kak tqaa masam :p
tiggerandpooh xD


Monday, November 29, 2010

Sunday, November 28, 2010

Happy Hari Tua ! :D


Nampak tak the handsome man standing in the middle ?


Ehem ehem, memperkenalkan itu adalah Muhammad Fikri bin Norazmi. Abang saya handsome tehee.


Mesti ramai dah kenal dia kan ? Eh tk kata semua tapi ramai. Sapa tk kenal dia, pergi mintak tolong Mr. Google ye, sebab Mr. Google itu sangat pemurah dengan ilmu wah wah :D

Sebenarnye ni post dah terlambat ni -.- Ampun ya pak.

Happy Hari Tua untuk abang ngah on the 26 of November 2010 ! :D :D Ehem sudah tua ye, bukan menginjak ke umur yang muda :p Yeee bak kata cik kak kita lagi sorang yang bernama fara azmi, sila cepat cepat cari kerja dan kahwin. Kahwin isteri jepun eh, mata sepet muka comel comel haha. Nanti anak ikut muka maklang dia, weheee xD

Alamak sorry hadiah simple je tapi menyerlah WOOH WOOH. Penat kaki i nak tercabut pergi mencari tau :') Eh banyak cakap betul aku ni -.-

Okay dah walaupun kaklong buat post lagi awal daripada aku, at least aku buat jugak hehe. OKAY BANG, KINDER BUENO MARI YE. Bahaha.

Tuesday, November 23, 2010

When bestfriends stabs, it hurts more than you could imagine. No words could explain.

I feel so low



Aku rasa hina. Aku rasa malu. Aku rasa bodoh. At times, aku rasa useless. Aku rasa aku tk mampu. Aku tk mampu buat semua benda. Aku rasa aku lemah. Aku rasa uneducated. Aku rasa macam sial. Aku rasa aku pembawa malang. Aku rasa aku ni memalukan. Aku rasa kerdil. Aku rasa aku ni menyusahkan hidup orang. Aku rasa unwanted. Aku rasa asyik nak tutup muka bila keluar rumah. Aku rasa hina, again



Yeap, ini yang aku rasa sejak kebelakangan ni. I feel so, low.


Aku bukan lagi budak yang suka gelak. Aku bukan lagi budak yang suka merepek. Aku bukan lagi budak yang shines everyone's day. Aku bukan lagi budak yang ada keyakinan diri. Aku bukan lagi budak yang sentiasa bersemangat. Aku bukan lagi budak yang banyak cakap. Aku bukan lagi budak yang penuh dengan idea gila gila. Aku bukan lagi budak yang perangai macam orang gila. Aku bukan lagi budak yang sentiasa hyper. Aku bukan lagi, mahyun.



What has got into me ? I HATE THIS, I SERIOUSLY DO HATE THIS FEELING. Can someone bring back the old me ?






pasif...

Tuesday, November 16, 2010

Rayaaa wohooo :D


SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA !
duit raya lagi * kaching $

Haters, just back off if you dont know a single thing. Jangan malukan diri sendiri.

Goodbye form 2

Yo.

Kejapnya masa berlalu kan ? Kejap je dah sampai penghujung 2010. Rasa macam semalam baru daftar untuk form 2, rasa macam semalam baru rasa happy sebab dapat kelas sama macam tahun lepas, rasa baru semalam kitorang tengok kawasan sekolah penuh gila on the first day of school, rasa macam semalam havoc dengan girlfriends usha orang main bola sepak atau bola sepak. Rasanya semua macam baru semalam :')

Rindu. Baru berapa jam meninggalkan waktu persekolahan, dah rindu. Lumrah manusia, apabila dah kehilangan baru tahu erti menghargai :)

Kalau ikutkan hati, memang taknak datang harini. Sebab.. entah. Haha. Tapi kenangkan, its the last day, so datang jelah kan. Saje je siap lambat lambat, dah pukul 7.20 baru keluar rumah. Hoho tengok macam sunyi je, mesti tk ramai datang sekolah ni.

Perhimpunan macam biasa. Tengok students form 5 dapat sumbangan. Then kelas rk 1 & rk 2 gabung, naik kelas 3KAA. Aku dah set target, naik atas terus duduk tepi tingkap sebab nak angin then nak tidur. Nyehehe. Masuk kelas tu, entah apa sudah jadi, berterabur semua. Lepas kemas semua, terus masing masing bukak game atas meja, hoho.

As usual, kitorang satu group duduk tepi tingkap. Zie nak tengok ehem main bola tampar :p Memula kitorang baca novel yang memang bawak, then disebabkan bosan. Semua tutup buku terus gosip, tehehe. Rutin harian, ish ish ish -.- Sedar tak sedar, dah waktu rehat. Rasa macam kejap je waktu berlalu.

Turun makan dekat kantin, mesti makan sebab dah last day sekolah. Nanti rindu nasi lemak ayam and nasi ayam acik kantin :') dah tk boleh nak mintak ayam kulit kulit ! Hahaha. Makan ramai ramai kat spot biasa, ohemgee saya bertouching touching masa makan. Spot tu banyak kenangan, banyak :')

Lepas rehat balik kelas, sambung baca novel and main game. Lepastu dalam pukul 11.50, sekali ramai satu group tidur, hehe. Aku tidur sampai pukul 12.50 -.- dapat lah satu jam kan hehe. Memang nak tidur lama lama tk dapat lah kan, suara Asyrul si afro tu boleh roboh bumbung. Hehe.

Yamyam, nisaa, anis, syeera, zue, puteri and edora main pepsi cola. Haha auww lama okay tk main ! Semua budak lain boleh stop main game sebab tengok dorang main, kecoh sangat. Haha. Dorang memang super sexy, sampai ziqman suruh tukar pakai seluar. HAHAHAHA lawak nak mampus xD Oh syeera jadi supergirl melompat atas meja, hamek kau kena bucu. Semua orang pun Auchhh ramai ramai xD

Dalam lagi 5 minit nak loceng, kitorang kemas kelas balik and salam salam semua. Peluk cium mwa mwa -.- Menipu je lebih. Aku bising gila cakap bye kat semua orang, sumpah tk tahu malu. Awang dengan segala kejamnya pergi spray ape tah menda dia bawak, banyak kali spray kat muka aku. Kalau air milo ke air tembikai ke, boleh lah jugak -.-

Kumpul ramai ramai kat pondok guard. Then zee dengan ad pergi call, tinggal aku dengan yamyam. Tetiba khairin datang salam yam. Aku tk pandang muka dia pun. Suddenly, dia datang kat aku hulur tangan mintk maaf. Aku tetap sambut and maafkan dia, aku takde hak nak hukum dia (: Lepas dia blah tu, aku terus nangis kat yamyam.

Khairin, you might be reading this. Awak, take note yang saya tk benci awak. Suraya cuma susah nak terima athirah balik macam dulu, lepas apa yang dah terjadi. Yes, suraya mengaku suraya rindu athirah :') Kita dulu rapat kan ? Rapat sangat, sikit sikit suraya cari athirah, sikit sikit athirah datang kat suraya. Athirah, suraya sayang athirah sebagai kawan rapat. Kita dah share happy and sad moments sama sama selama ni, thanks for all your help. Suraya tahu hari ni memang last day suraya jumpa athirah, lepas ni memang tk jumpa dah kecuali ada gathering. Athirah take care eh kat tempat baru ? Jangan lupa kitorang dekat sini :') Awak tetap budak comel saya. I'll miss hearing your laughter :( Suraya mintak maaf sebab tk dapat nak habiskan our last moments together, suraya masih tk ready. Tapi suraya tk benci athirah, suraya tk layak nak benci athirah. Athirah, kita semua dah buat kesalahan. Jom lah kita bangun balik, kita lupakan apa yang dah lepas. Kita tinggalkan itu semua sebagai kenangan dan jadikan pengajaran. Study hard untuk 8As ye sayang (: Suraya pun tk sepenuhnya okay, masih tak ada semangat lagi ni tapi hidup mesti diteruskan. Tk kira di mana kita berada, yang penting usaha dan ilmu di dada, mesti berjaya jugak :) Ingat lah athirah, seteruk mana pun suraya tk layan and tk pandang muka athirah, seteruk mana pun ego diri halang suraya untuk tegur athirah, suraya tetap sayangkan athirah sebagai kawan suraya.. :')



Teruk lah. Sekarang pukul 1.25 pagi and aku tengah beremo-ing kat buhloggie. Sedih, memang sangat sedih setiap kali last day of school :( Dah la tk dapat jumpa F, dia pergi kem. & tahun depan pulak dia pindah. Lagi tambah menyedihkan :'(






I miss you guys so much at this moment.

Sunday, November 7, 2010

be GORGEOUS be PRECIOUS,, ^_^

Yo (:

Hehe korang semua baik tak baik tak ? baik kan kann ? :D Ni nak mintak tolong ni.

Sekarang korang tolong bukak facebook korang bagi yang ada, and search page ' be GORGEOUS be PRECIOUS '. Jangan risau, bukan link tk baik punn :D Lepas dah like tu, korang kena tolong lagi satu benda ! ^_^

Korang bukak album ' GP GIVEAWAY ! ' and korang tengok gambar banyak kat situ kan ? Korang tekan link ni jela terus, ;D


DAAAAAAAAAAN



link first tu gambar aku and link second tu gambar kakak aku :D Actually kitorang join contest ni, and gambar siapa dapat like paling banyak akan menang. So korang semua rajin rajin kan ? So tolong lah like gambar gambar kitorang niii :D

Korang tolong pun dapat pahal tauu ! ^_^ Hehe alasan paling munasabah tuu untuk tolong kitorang.


Apa lagi ? CEPAT CEPAT ! :D

Saturday, November 6, 2010

Haaaaa !

Yo.


Korang semua korang semua ( cakap macam panggil satu kampung haha ), cepat siapa bosan angkat ibu jari tangan ! Eh taknak nanti macam cakap bosan tu best je hehe.

Okay okay pengubat bosan.

Korang nampak tak di sebelah kanan skrin korang blog tu tapi sebelah kiri blog ni ( ah buat buat paham je eh huahua ) nampak section ' Please click please click ! ' tuuu ? Agak agak kenapa aku letak section tu ? Untuk mencantikkan blog ? Tetttt ! Salah haha padan muka kau salah hahaha gelak lagi hahahaha. Okay sawan.

APA KATAAA, kalau korang bukak blog aku ni and happen to be section tu ada iklan ad, korang click eh click eh ? sebab tu lah nama section tu please click please click. ahah. if im not mistaken, 10 sen per click. haaa so korang click lah banyak banyak banyaaaaak.

tapi the money flows into my account hehe. tapi apa salahnya kan ? korang menolong aku dapat duit and korang pun dapat pahala WOHOOO ! Hujung bulan bila cheque sampai rumah aku, jom kita pi pekena teh tarik kat mamak, aku belanja hoho.

Tapi mamak jela boleh. Kalau aku belanja secret recipe ke haagen dazs ke, serupa korang tkpayah tolong aku click mende alah tu sebab nanti duit tu habis terus cenggitu je T___T kesian aku hukhuk.



Kalau korang buat ni aku sayang korang ! Haaa nak aku sayang ke taknak ? Cepat cepat ! HAHAHA xD

Thursday, November 4, 2010

Anonymous

Yo :D


Hakikat yang tak dapat ditolak, anonymous memang wujud dalam hidup kita semua. Bermacam jenis ; cemburu, dengki, kagum, hormat, benci. Tapi biasanya anonymous ni banyaknya yang negatif. Sebab tu dia jadi anonymous, pengecut kan ?

As for me, kalau anonymous untuk niat yang baik, atau sebab kita malu dengan orang tu, im very fine with it. Tapi susah la nak terima anonymous perosak kehidupan ni. Macam binatang perosak tanaman, petani mesti benci dan tak suka kan ? Cuba sedaya upaya nak hapuskan binatang binatang tu semua, sebab dia rosakkan tanaman.
Anonymous muncul kat tempat yang hanya boleh wujud anonymous. eh mestilah kan, kalau tak macam mana dia nak muncul hehe. Tapi paling selalu jumpa anonymous dengki ni dekat blog AND, formspring. nak tengok contoh nak tengok contoh ?






Hoho, tu baru sikit lah. Ramai lagi anonymous yang jenis macam ni. Jenis yang tk puas hati, tapi pengecut nak reveal diri sendiri lepastu kutuk belakang-belakang, sebarkan fitnah tak betul satu kampung, mencarut carut dekat kita. Silap hari bulan boleh ada darah tinggi sebab anonymous. Ada jugak yang cemburu dengan kita lepastu mulalah cerita macam macam, padahal aib sendiri tk sedar agaknya ?

Kebanyakkan yang jadi anonymous dekat formspring aku tu, banyak aku kenal. Based on this and that, match two and two so dapat lah jawapan dia siapa :) Itulah, nak menipu pun jangan guna akal kepala lutut. Ada akal kepala otak taknak guna. Eh tapi kalau dia ada akal kepala otak, mesti dia tak buat benda benda macam ni. So i guess dia mesti takde akal kepala otak. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga.


Aku tk rasa apa yang aku cakap tu kejam pun nak dibandingkan dengan apa dorang cakap kat aku.
Tapi jangan risau, ni bukan nak balas dendam ke apa. Cuma meluahkan :) Lagipun ni blog aku, sukalah nak cakap apa kan. Tapi takpe, i dont really give a damn dengan orang pengecut macam ni. Why ?
Because i have these types of loving people around me :')




See ? Dorang tetap support sama ada kita sedar ataupun tak. So, buat apa nak kesah pasal segala anonymous haters yang sah sah cemburu dengan hidup kita tu ? Biarlah, korang sebarkan lah fitnah atau segala gosip yang korang rasa betul. Tapi yang sebenar-benarnya, hanya Yang Maha Esa dan orang yang melalui sahaja tahu apa kebenarannya :)


Fitnah itu sama dosanya dengan membunuh. So, fitnah lah aku dan kumpul lah dosa banyak banyak. Takpe, itu kau yang tanggung kan ? :) Oh tk lupa juga, dosa antara manusia. Dosa kau dengan aku sebab kau dah sakitkan hati aku. Tak lepas masuk syurga kalau aku tk maafkan. So apa nak cakap lagi sekarang ? Takpe takpe, tambah lah lagi dosa tu :)


Aku bukan lah ustazah ataupun orang yang alim, tapi aku peka dengan semua ni. At least, aku tak sibuk sebarkan fitnah tentang orang or mencarut kutuk maki hamun kesalahan orang tu. Bagitahu lah aku, siapa yang perfect di muka bumi ni pada zaman sekarang ? Hoho , N O N E.




Live life, love life ^_^


Challenge







jum lawan siapa paling lama tk contact :p
oh awak suka eh tk contact kita..
taktak, cuma nak tahu berapa lama mampu bertahan tk contact :p
okay jum, boleh je. jangan cabar :p
okay haha. siapa kalah kena buat apa ?
hm.. belanja topup rm 10 ! :p
okay ni nak menang ni haha. mula pagi esok ?
yeah, pagi esok. haha



dah 12 jam tk contact wooh. takpe sabar fatin sabar. jangan cepat mengaku kalah ! chaiyok chaiyok ! hahaha xD

Tuesday, November 2, 2010




Sometimes, they just dont understand what we feel and we just dont know how to shout our heart out.

Monday, November 1, 2010



November,
Please be good.

Sunday, October 31, 2010

Ya Allah Yang Maha Mendengar

Salam.




Dan berilah berita gembira bagi orang-orang yang bersabar. - Al-Baqarah, 155.


" Ya Allah Ya Tuhanku yang Maha Mendengar, Kau dengarlah rintihan hati hambaMu ini. Kau bantulah hambaMu yang benar-benar memerlukanMu. Jika seberat ini dugaan yang Engkau berikan kepadaku, Kau tabahkan lah hatiku dan Kau kuatkan lah semangatku, agar aku mampu untuk menghadapi cabaranMu. Engkau bantulah hambaMu yang teraniaya, Kau permudahkan lah jalanku untuk mencapai kejayaan, Ya Allah. Ya Allah, hanya kepadaMu aku bersujud dan hanya kepadaMu aku memohon pertolongan. Kau bantulah hambaMu yang berada dalam kesusahan ini, Engkau tunjukkan lah aku jalan yang lurus."


Amin Ya Rabbal-Alamin.

Saturday, October 30, 2010

Kemaafan

Assalamualaikum.

Jawab ea , ta dapat dosa. Hehe.

Tajuk explains everything. Yeahs, kemaafan.


Satu perkataan yang sangat mudah, dan simple. Mungkin mudah bagi sesetengah orang untuk lakukan, tapi kebanyakkannya susah.

Korang, aku tk tahulah korang baca ni ke tak. Tapi anyway aku tulis jelah. To those yang terlibat, and yang melibatkan aku sekali, you guys are forgiven. Yeah, memang aku marah and bengang, memang aku kecewa sebab korang libatkan aku. Tapi siapa aku untuk menghukum ? Tak, aku tk layak. Korang tk perfect, aku pun tak perfect. Semua manusia buat kesalahan kan. Again, korang memang dah dimaafkan.

Cuma tolong aku mintk, jangan letak harapan tinggi untuk aku layan korang macam kawan kawan dulu. Tolong jangan terlalu berharap aku akan kembalikan moments happy kita semua tu dulu. Yeah, aku sayang korang, memang sayang. Banyak benda kita semua dah share. Daripada aktiviti sekolah hingga lah ke aktiviti luar sekolah, banyak aku habiskan masa dengan korang semua.

Tapi disebabkan kawan makan kawan, memang aku susah.. Sorry.

Satu hari nanti, insyaAllah semua akan kembali normal. Sabar lah. Memang susah sangat aku nak terima semua ni ? Nak tahu sebab apa ? Baca apa yang aku hantar dekat tikus ( sorry, tknak guna nama betul ) and dekat kecik comel.



' yeah, semua sedih. memang SEMUA. tapi let me repeat, bukan ke aku patutnya sedih sangat and malu gila ? sebab aku cuma bawak phone. aku tk meniru, in any of the papers. kesalahan : bawak phone. tapi aku dicop oleh satu sekolah, sama meniru mcm korg. semua yg tanya aku mesti ckp , ' aku dengar cite kau kantoi hp meniru masa exam. citelah ! '. bayangkan apa perasaan aku ? Aku dihukum dan dituduh dan difitnah, atas kesalahan yang aku tk buat. yang aku takde kena mengena langsung. aku gaduh dengan mak aku, sebab benda ni. mak aku cakap, tak pernah dalam sejarah ada anak dia meniru or paper kena rampas. memang memalukan nama sendiri and keluarga. APA AKU RASA SEBAGAI ANAK ? YG MEMANG KESALAHAN TU AKU TK BUAT ? tpi aku TERPAKSA tanggung sekali sama macam korang. Sedangkan aku TAK MENIRU. Oh apa pulak aku rasa ? Jangan nak semua benda main assume. Tk semestinya sangkaan kita tepat. Aku malu. malu dengan semua budak2 rk, budak2 sekolah, cikgu2 and infact, family aku sendiri. AKU RASA HINA. Tapi wajarkah aku rasa mcm tu, atas kesalahan yang aku sendiri tk buat ? Korang mmg tkkan paham perasaan aku. SEBAB AKU TK BUAT ! tapi aku terpaksa tanggung sama macam ORANG YANG BUAT. SAMA ! Apa perasaan aku ? '


Dahlah, aku pun dah no comment. Tapi sejujurnya aku cakap kat sini, lepas ni aku defend diri aku. Susah aku nak bina balik kepercayaan aku. Bukan tk boleh tapi takes time. Anything korang perlukan bantuan aku, cakap jelah. InsyaAllah aku cuba bantu seboleh mungkin.

Korang, berdoalah untuk kejayaan kita berlima kays. Janganlah, cukuplah dengan semua selfish masing masing. Take care guys.