Daisypath Anniversary tickers

aww, birds :)

Saturday, January 30, 2010

i'll never ask for anyone but you





AKU MENANGIS DENGAR LAGU NI.
TERIMA KASIH AWAK.

Friday, January 29, 2010

oldies


gambar ni masa aku darjah 3, abang ngah form 3.

GILA CEPAT MASA BERLALU :(

roadrun


semangat berkobar ni , hahaha.


Aku tak tahu sama ada aku yang awal ke dorang yang lambat, tapi bila aku sampai sekolah muka muka familiar takde. cuak ingatkan dorang tak datang xD masa beratur kat perhimpunan, kitorang was like kecoh gilaa :o haziqah gelak tak ingat dunia, aku cerita macam takde hari esok :)


Lepastu semua kena pergi padang, ada menari poco-poco eh ? entah ape tah. kitorang buat main-main gila , HEHEHE. kitorang buat sambil memekak , bila part tepuk tangan je , aku dengan mariam nyanyi lagu pok amai amai. semua orang pandang, sumpah malu gila hihihi xD

Masa tengah turn p2 lari pusing padang, number aku boleh pulak cicir tengah jalan ==" nasib baik haziqah perasan. Sepatutnya aku, zie, yamyam, saa, adriana, azni dgn syahirah hafidz nak lari sama-sama, tapi bila keluar dari gate sekolah je sume berpecah. mariam dengan azni lari laju dulu. aku dengan zie, saa dengan ad kat belakang.

Masa sampai kat checkpoint pertama tk silap, checkpoint cikgu maznah. haziqah tersadung kaki sape tah, die terjatuh :o koyak seluar bahagian lutut, dua-dua belah. kaki kanan berdarah, tangan kanan terkehel. terkejut nak mati masa tu, nasib baik ada pbsm. dah cuci cuci sikit, sambung lari. nasib baik haziqah masih larat nak teruskan. tu pun, kitorang joging jalan jee. saksikanlaaaaa gambar-gambar yang sempat ditangkap, hahah.



orang suma semangat lari, kak aynaa talking talking :P


muka muka pancit, hahah.


chaiyok chaiyok !


' aynaa, mana aci fatin depan kita ! pecut ! '
xD



masa sampai sekolah, semua dah pancit. memang gila pancit, kalau pam angin pun tak masuk sebab bocor xD lepas daftar nama, semua terduduk depan kelas, mariam tidur :P

nisaa, fatin, adriana,

weh, kenapa masa lari tu kan, bila aku stop je, peha aku rasa gatal.

eh same ah. asal eh ?

tu maksudnye lemak korang pecah. korang banyak lemak. tengok kitorang, takde rase gatal-gatal pun :P

itu maksudnye, lemak korang tak pecah ! xD

High - 5 ! :P


biasala , dah penat, mood semua pun nak marathon jugak.

lepas tu cikgu suruh kitorang berjemur tengah panas kat perhimpunan tu. kitorang kena ikut rumah sukan sendiri pegi kutip sampah. rumah biru kat parking lot cikgu. kitorang sampai situ je memang dah bersih takde sampah. so hadi suruh kitorang bagitahu cikgu yang kitorang DAH kutip sampah xD sementara tunggu ahli PIBG, kitorang borak gelak buat bodoh je kat situ. alhamdulillah, dapat tempat redup sejuk gila (:

bila ahli PIBG dah sampai, kitorang pergi kumpul kat perhimpunan. acara pemberian hadiaaaah. time tu best gila bila lawan suara antara kumpulan ! ^_^ semangat gila aku menjerit, nasib baik tk hilang suara xD

dah habis semua acara, terus keluar sekolah duduk kat tempat biasa. disebabkan terlalu penat, aku mariam faiz farrina nad hezrin, kitorang duduk tepi tu buat muka tebal , hehehe.

faizzimo (:

jangan terkejut, budak comel ni dah makin comel (:


bila haziqah dah balik baru aku balik. sampai rumah je, aku baring atas simen sejuk lagi sedap tu xD aku tertidur dalam lebih kurang 20 minit camtu :o sampai mak aku keluar dengan abang aku pun aku tk perasaan. hehehe buruk nye rupa anak daraaa.

naik mandi makan onlineee. ngantuk nih tapi malas nak tidur sebab takde mood. heheh byeee nak pegi kedai, update lagi bila aku terasa nak update , byeee (:




p palang s , ada orang tu entah kenapa lately dia selalu sangat sakitkan hati aku, perli tak tentu pasal. penat tahu tak nak gaduh. kalau boleh taknak ade pun istilah gaduh tu. Ye saya tahu awak sayang saya, saya pun sayaaaaaaaang awak. Takpe takpe, kekal positif (:

skunk (:


HEHEHE busuk sehati sejiwa

Thursday, January 28, 2010

lahanat

hey hi hello ..


Awal awal aku cakap, post ni kurang ajar nak mati. So kalau taknak baca , sila tekan simbol x di bahagian tabs.



okay, mesti semua tahu phone ni kan ? Nokia Xpressmusic touchsreen. Aisyah, same as urs kan kan ? phone ni la yang aku dengan kaklong nak, SANGAT.

abah, fatin,

suraya , nak new phone ?

NAK. what phone ?

xpressmusic. ask mama.

:D !


masa tu dorang suma baru balik dari college abang ngah, masuk rumah je abah terus cakap macamtu. aku macam excited lah ni kan , phone baru, hahah walaupun baru je tukar phone kan xD mama bagi aku phone xpressmusic tu, suruh aku charge. dah try suma charger tapi tak boleh. nokia ada dua je jenis charger, lubang kecik or lubang besar kan. so both charger tak boleh.

phone tu ada orang jual kat abah, kat office dia. lelaki cina. dia jual sebab dia kata die need money badly, and dia jual 2nd hand for 200, so abah belila. abah beli untuk aku sebab dia tahu aku nak xpressmusic, and dia nak my new nokia 2700 untuk bagi kat eric.

petang tu mama dengan abah pegi the store. bila pergi kedai untuk check, and dia bukak terus phone tu termasuk skru suma. tengok tengok phone tu TIPU. lubang charger tu takde lubang untuk charge pun, all the components dalam tu langsung takde, memory card punya tempat ada tapi takde reader, usb punya tempat tu takleh bukak. yang ori at the phone hanyelah the stick dgn bateri dia je.

masa mama cerita kat aku pasal phone tu, aku NANGIS kott. sebab aku cam sedih and rase bersalah gila. kesian kat abah tahu tak, haih. die beli phone tu berniatkan untuk bagi aku sbb aku suka phone tu, and dia nak amek phone ni nak bagi eric. so aku rase sedih tahap nak mampus.

aku memang bengang ah dekat cina tu, aku sumpah seranah dia dohh. memang lahanat lah kau. menipu orang lain untuk kepentingan diri sendiri, what the mother f. Sorry sumpah aku tak dapat maafkan kau atas perangai lahanat kau tu. kalau ikutkan kudrat aku cincai kat sampai lumat, aku gergaji otak kau secara free je untuk bagi kau sedar apa itu maksud perikemanusiaan. EH AKU RASA DAH TAK TERKATA TAHAP CIPAN MARAH AKU KAT KAU. lahanaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaat.

untuk kali pertamanya setelah aku berblogging selama 1 tahun, 4 bulan, 1 minggu dan 6 hari, aku buat post mencarut macam ni. tak pernah pernah terniat untuk buat, mak bapak aku pun tak ajar aku buat macam ni. tapi disebabkan KAU lelaki perangai macam sial ni, aku memang tak tahan. tak tergambar perasaan aku kau tahu tak.

Hidupla kau dalam keadaan rasa bersalah. Eh aku tak rasa kau akan hidup dalam keadaan tu, sebab aku rasa kau TAK ADA perasaan. heh.

Aku sekarang hanya boleh berserah kepada Allah. Dia pasti akan membantu orang yang teraniaya. Aku yakin, kau akan mendapat balasan yang setimpal. Aku tak boleh buat apa apa, aku hanya boleh berdoa. Aku mencarut maki hamun pun tak boleh dapat apa kan, habuk pun tarak kan. Takpe takpe.

Eh aku berdoa sangat doh kau jumpa blog aku, biar kau bace sendiri. lantak la macam kau nak jumpa pun, surf blogging ke ape ke taik kucing aku tak kesah ! tapi harap kau jumpa dan baca suma ni. Perasaan kau lantak pi mampus aku TAK AKAN amek peduli perasaan manusia sial macam ni.


Sorry la kalau post ni banyak mencarut, dah tak peduli. lastly, go to hell.

Wednesday, January 27, 2010

heh.

tak tegur kata sombong. dah tegur, aku dikutuk dihina. apa punye konsep pun aku tak faham.

Sunday, January 24, 2010

Saturday, January 23, 2010

he fills my heart with very special things.

hey hi hello (:



Awak Awak, Saya rasaaaaaaa nak makan cendol sangat sangat sekaraaaaaang, sesiapa ? ^_^


Harini terbangun lambat pergi sekolah T_______T kelam kabut aku bersiap pagi tadi, jalan pergi sekolah rasa macam sekolah ni aku punya sorang je, hihihi ;P Sampai kat sekolah, tengok ramai ahli kelas aku yang datang, lemah semangat den, dalam hati dah fikir ' Mesti belajar la hari ni, ramai orang '.. pemalasnye akuu :P


Perhimpunan b o s a n :o

Masuk kelas je tengok-tengok cikgu Irma dah masuk. Kena buat essay ==" aku takde mood langsung nak buat essay pada pagi sabtu dalam keadaan mood tidur, tapi tapi ..

fatin, cikgu irma, class

err teacher, takyah la buat essay. ilham saye cuti hari sabtu :P

betul teacher, mengantukk.

no essay ? dah tu nak buat apa ? menyanyi ?
OH YEAHH ;D


so yeah, kitorang menyanyi ^_^ tapi nyanyi lagu oldies jeaaa. Sebab entah kenapa, RAMAI pulak budak rk2 yang jadi baik harini, in a sense of tk bawak barang larangan :P so kitorang nyanyi lagu kat phone teacher irma jeaa :) macam macam kitorang nyanyi, lagu seasons in the sun ! ^_^ , lagu Sway xD , and ape tah lagi, tak ingat, hihihi. Tapi cikgu tulis lirik lagu Love Story - romeo and juliet kat depan, kitorang nyanyi ramai-ramai.

tak silap aku, cikgu nangis masa nyanyi lagu ni :o


Lepas english, subjek sivik. kitorang kena buat tokoh ape tah, list kan ape semua. cikgu bagi cari bahan kat rumah, so aku baca novel instead ;D tengah syok syok bace novel, tetibe cikgu suruh aku dengan mariam join group depan buat lakonan. kitorang yang tak tahu apa-apa bangun jela, lepas tu malukan diri kat depan tu haa. Group awang paling hebat ! pasal syahirah hafidz sebagai anak yang nak jadi skydiver, awang sebagai abah and azni sebagai emak. anak pak hashim jadi nenek :P adriana, kau jadi apa eh ?


syahirah, awang, class

abah, saya nak jadi skydiver boleh ?
* blablablablabla * Cuba kau jadi manager macam abah ni, ada syarikat sendiri, ehem, Awang Holdings tahu tak.
alaaaaaaa, manager tak best la.

abah kau ni siap dapat gelaran dato' lagi. Haaaa ! Dato' Dr Haji Awang. hebat tak abah kau ?

HAHAHAHAHAHA.


aku gelak sampai nangis kot xD awang dapat title the best actor. zie, syahirah and adriana dapat the best actor. tak puas hati, zieqa jadi nenek duduk je. ahaha.


Masa rehat harini best gila hidup aku. sekolah sunyi tapi tak sampai tahap nak mati macam hujung tahun lepas hihihi. and disebabkan sekolah tak bunyi loceng harini, aku haziqah dengan mariam masuk kelas 10 minit lambat :o masa geografi, cikgu md aris.

HEHEHE aku tak faham ape cikgu ajar masa geografi. aku tengah mengantuk kahkahkah. nasib bab 5 jea, rajah. simple so takde ape yang nak fikir. Heh lepas tu amende ah dorang bebel aku pun tak pahaaaam.

Lepas geografi subjek bm. Heheh kitorang merayu kat cikgu azlinah supaya tak belajar. then kitorang salin notes pasal pertandingan menulis surat kepada perdana menteri. Tetibe cikgu mintak tolong aku pergi cari orang yang nak jaga kamar puteri, mintak confirmation. Since isnin banyak subjek penting, so aku dengan adriana pegila cari. Habis satu sekolah aku merangkak weh =="

Kitorang tak masuk pun waktu sains yang last. kitorang habis ronda dah pukul 1 camtu. lagipun cikgu tk ajar, dorang buat kuiz. AYAM MENANG, KAHKAHKAH xD

waktu balik, drama drama drama ..

Sampai rumah lebih kurang pukul 1.40 camtu, balik terus solat and bersiap. around 2.13 macamtu adriana msg cakap dah keluar rumah. Mampuih den tak pakai tudung, tak makan lagi ni. mariam pun tk sampai lagii. Kelam kabut pakai tudung, turun bawah capai piring senduk sikit nasi. makan dalam 5 sudu macam tu, mariam sampaii. tak sempat suap lagi dua sudu, adriana pulak sampai. Heh kelam kabut minum air salam mama lari keluar.

Terus pegi amek hajar kat bandar baru. masa tu dah pukul 2.30, so maksudnye kitorang dah lambat for kelas. aku dah target sampai perfection dekat pukul 3. disebabkan jamn, kitorang sampai dalam pukul 2.50 camtu.. terus lari naik atas tag kad, suruh mariam daftar and kitorang marathon sampai kelas xD

Tengah tengah belajar, mariam masuk kelas sebab die ambik try class. so kitorang macam havoc gila, dah la sekelas dengan solihin. mama ngeng ni entah kenapa minggu ni blue gila nak mampus. aku dengan haziqah kalau waktu balik duduk dengan dia, mesti dia sebarkan virus, huahuahua. Cikgu kata nak hantaq pi menggatal kat sabah nun, padan muka hang nokkkkk.

Kejap je dah pukul 5 , habis kelas. tak rasa langsung dah setengah hari habis. memang sumpah penat gila tahap nak matiiii. dengan lapar tak lunch nyeee. dengan tak cukup tidurnyeee. Hersh.

Tadi pegi klinik lagi, sebab mama masih tak sihat. dah dua kali keluar masuk hospital pun tak sihat lagi. dah check denggi, tak pulak. tak tahu la ape.

Okayh nak pegi ganti tidur tak cukup. Tidur awal, esok tusyen pagiiiii. Takpe takpe, nak belajar punya pasai, chaiyok chaiyok ! ^_^

Sunday, January 17, 2010

;D


THIS IS SO SWEET <3

If you want to know where your heart is, look where your mind gows when it wanders.

hey hi hello (:


Harini bangun lambat , pukul 7.30 :o sebab semalam tidur pukul 2. Itu pun mama yang kejutkan, kalau tak kejut, aku pun tak tahu la, huahuahua. Bersiap cepat cepat sebab kena pergi rumah adriana, nak pergi perfection pagi tu dengan dia.

Tapi bila aku dah turun bawah, mama cakap mama nak hantar kitorang since mama nak pegi bank. so terus jemput adriana kat rumah diaa. Makcik ni melawa nombor 1 :P

Kitorang sampai pukul 8.30, like awal gila. beli roti sikit kat kedai bakeri tu, sebab tak sarapan lagi. naik atas kena ambik gambar untuk kad Perfection, haha lawak gila. bayar yuran and dapat bukuu. terus naik atas, lepas luar kelas sebab nak makan. nak duduk cafe , cafe tak bukak lagi. Kelas kitorang kat kelas 3C, floor atas sekaaaaaaaali.

Mula subjek pertama dengan BM. Dapat cikgu india, ape tah nama cikgu tu. HEHEHE. tapi okay la, not bad dia ajar. simple and senang difahami. Dia ajar agak lawak , tambah dengan ahli kelas yang memang kelakar. tapi mula mula aku cam rasa tak selesa , sebab dorang cam buat lawak bodoh.

teacher, chong, class

kebaikan ...

eh ulang balik.

apa ulang ulang ? saya baru satu perkataan you sudah suruh saya ulang. apa mau ulang ?

hahaha.

kelakar sebab dia spontan, tapi rasa tak selesa sebab cam lawak bodoh. tapi lama-lama dah okay , i mean like okay gilaaa. hahaha best dengan dorang ^_^

lepas subjek bm, kitorang rehat dalam 5 minit camtu. Lepastu subjek sejarah. mula mula kitorang tak perasan dia masuk kelas sebab tengah uruskan buku. tetibe die cakap KUAT GILA :o terkejut suma orang, tersentak jiwa aku , wahaha xD

Kaklong kaklong, tu eh nama dia cikgu hashim ? :P

Tapi dia AWESOME ! ;D dia ajar kelakar gila kot. walaupun bak kata kaklong, sedikit lucah, hahaha. tapi bukan lucah ape yang teruk pun. and sebab suara dia yang kuat terus buat aku hilang ngantuk, banyak gelak sampai sakit gusi dalam kelas dia.

And for the first time, dis sorang je yang aku paham bila die ajar balik subjek form 1, bab 7 : Johor. selama ni aku tak paham pun. langsung. sebab tu sejarah form 1 kantoi xD

rehat kejap. lepastu subjek science. Aku sebenarnye tak paham, cikgu ni melayu ke cina ? muka macam melayu , tapi cakap macam cina. HEHEHE. tapi dia pun ajar best, asyik merapu je , hihihi.


teacher, chong, class

if i bagi you satu lagi biji mata, mana you nak letak ?

buttock.

HAHAHA.


Bila kitorang dah habis kelas pukul 11.30, semua cepat cepat keluar, hihihi. Aku dengan adriana plus hajar lepak kat cafe dulu, since mak adriana sampai lambat sikit. Bila nampak hajar je aku terus peluk dia, for the first time aku rindu dia. Okay semua sila muntah cepat. sebab aku pun dah loya :P

borak borak borak, hajar kena masuk kelas pulak. so kitorang turun bawah sebab mak adriana cakap dah sampai. bila turun , tengok tak sampai lagi. so lepak dengan kaklong sebab dia tak balik lagi. borak borak , mak ayah adriana sampai.

dalam kereta, kitorang boleh berdebat pasal prestasi budak rk dengan budak petang. since ayah adriana ahli PIBG. macam-macam kitorang lawan, finally ayah adriana ALMOST mengaku kalah dengan kitorang :P tapi die tak cakap apa pun, dia kata ' Nanti uncle tolong korang .' something macam tu lah, HIHIHI xD

Bila dah balik rumah, aku penat sangat sangat sangat. Tapi aku malas nak tidur. Tapi aku baring depan tv, last last tertidur ==" nasib baik my boy tak marah <3 :)

Bangun tengok tv dengan mama sofea kaklong. And now tengah online sambil dalam otak pikir homework bertimbun tak siap tapi malas nak buat. HEHE jap lagi nak hantar kaklong balik MMU pulak.



Okayh nak off, sofea dah menggedik nak naik atas bilik mama. Byeeeee.

When you're around, i wrap myself in a pearly smile (:

hey hi hello (:


Semalam adriana kejut pukul 6.40 pagi macamtu , mengacau tidur aku sungguh :P lepas dia call , sambung tidur balik, sebab tengah demam and selesema , huuu :P

mama kejut suruh pergi pasar dengan kaklong and abang ngah, bawak si kecik sebab dia sibuk nak ikut naik kereta. Disebabkan dia ikut, aku tak turun masa kat pasar sebab kena jaga dia.

sofea, fatin,

* amik smartag , letak atas stereng * TIT TIT !

eh adik , sayang tit tit.

* cium smartag * sayaaaaaaaaaaaaang tit tit.


haha COMEL gila <3

balik dari pasar, terus bersiap-siap nak keluar. Kaklong nak keluar pergi dating dengan faizi dia :P , aku mama abang ngah adik nak pergi perfection kepong. lepas drop by kaklong kat ktm, kitorang terus pergi kepong. stuck in jamn kat depan tu ==" Sampai je perfection, around 11.30, masa tu budak-budak kelas pukul 9 semua dah habis kelas. Keluar kereta je, nampak Auntie Jaf. eh silap, auntie nampak aku dulu xD salam and borak jap, terus pegi jumpa adriana. tengah-tengah borak dengan ad, Auntie Jaf amek gambar, JEALOUS NI CAMERA AUNTIE LAWAAAA ! xD

bila adriana dah balik. aku dengan abang ngah terus naik atas, nak daftar.

abang ngah, fatin,

asal tempat ni macam pub disko ?

hahahah. ramai yang masuk sini cakap macam tu :P

Ada sorang lelaki ni terangkan dekat kitorang pasal procedure and fees and classes and stuff, lepastu aku amek borang and tunjuk dekat mama dalam kereta, mama kata ' Okay, daftar harini.' haha excited gila kott xD

Bila naik sekali lagi,aku sorang je naik, abang ngah malas nak ikut. so dah uruskan pendaftaran, aku mintak lelaki tu jadi tour guide aku kejap xD supaya aku tahu tempat tu, Ceh. hehehe.
pusing punya pusing, habis sesi tour guide selama 10 minit camtu. And that guy was funny (:

Perfection nampak best. suasana nampak classy. dengan lagu bagai suma. cafe and kedai barang dia pun murah. siap ada bilik untuk guru-guru lagi. abang aku cakap dah macam sekolah. hahah.

Lepas habis hal kat perfection, kitorang terus pergi Courts Mammoth, sebab mama nak beli peti ais. peti ais kitorang sekarang ni dah 13 ke 14 tahun :o since Johor lagi peti ais, hahah. Sebelum pegi courts, kitorang lunch kat burger king. aku lapaaaaaaaaar gila sampai ALMOST beli dua burger, tapi tak beli pun sebab makan fries je, hehehe. kolestrol makanan harus jage ye monkey ^_^

lepas makan, kitorang terus pegi courts. Mama dengan abang ngah yang uruskan barang peti ais, aku kena jaga sofea sebab keja dia asyik nak lari keliling je. Pandai pulak tu mintak naik eskalator, sebab dia suka main situ. so kenala aku ikut kerenah dia, nangis kang tak pasal pasal jee :P bila aku penat, abang ngah pulak kena kejar kecik tu , hihihi.

Lebih kurang 1 jam kat situ, mama jadi beli satu peti ais ni , agak besar kot, haha tak tengok sangat. so MUNGKIN minggu depan dapat (: Kitorang terus balik rumah sebab semua dah penat.

Around 3.30 macam tu , abah datang sebab nak pergi meeting dengan mama. Aku malas nak ikut sebab pening kepala. Lepastu terus tidurrrrrrr sampai petang * Snores *.

around 6 macam tu , sofea macam bosan je, muka sedih pandang luar rumah. Aku ni pulak payah tengok adik kesayangan sendiri sedih, so aku bawak la dia jalan-jalan naik basikal baru diaa. Terus dia ulang ' Sayang yaya ' banyak kali. Dia memang pandai bodek ;D

Pusing pusing lorong 7/3, then jumpa Kak Ainur. ajak pulak pegi rumah kak ruhi. tapi kak ruhi cakap dia kat taman, so kitorang pun pusing la kat taman. Sofea la paling happy sebab jalan je. Tapi dia asyik kena gigit nyamuk, sekarang dah merah merah tangan dia, aku rasa bersalah pulak :(

bila dah balik rumah, tengok mama tak balik lagi. so aku call mama, mama tak angkat. call abah pulak.

abah, mama, fatin,

hello. abah, mama mana ?

we're on our way, sampai kota damansara dahh.

i want to talk to mamaaaa. where is she ?

ye kenapa ?

Hihihi mamaaaaa , boleh tak malam ni dinner kat kopitiam ? teringin makan nasi lemak kopitiam * suara ngade *

Hm okay get ready, kitorang dah dekat. semua kena ikut.

YES MADAM ! ;D


lepas solat Maghrib, kitorang terus pergi Pak Ramlee Kopitiam. aku makan nasi lemak tu sampai habis sebab lapar :o weh 3 hari mintak makan nasi lemak kopitiam, hari ni baru dapat tahu. hehehe mengada kan aku ni ? :P

Balik rumah online kejap. lepas tu ada sesi marah nangis on the phone dalam bilik aku. sejam kot nangis non stop, kahkahkah xD orang sebelah sana pun nangis, haa elok la tu emo malam-malam buta.

finally, aku tidur pukul 2 macam tu sebab mata tak boleh tutup. around 1 macam tu aku bukak internet, hehe baik kan ?


Padahal esok tusyen pagi ni.

currently.


IM IN LOVE WITH HIM <3 HIHIHI ;D


http://danielzainphotography.blogspot.com
awesome !

Friday, January 15, 2010

sukahati aku la. haih.
kau ke beranakkan aku ? kau ke jaga aku ?
its a no. so belah, tak suka jangan tengok.
aku ada hak nak buat ape aku nak.



susah betul manusia camni =="

sukaaaa.

saya malas nak update. saya malas nak online.
SAYA NAK TIDUR =="


HEHEHE nanti dah ade mood, saye update ea.
ceh macam ade je orang bace blog aku kan , huu.

Tuesday, January 12, 2010

baik.

awak , semoga awak bahagia dengan hidup baru.
saya tahu awak dah tak perlukan saya dah , kan kan kan ? Hihi :)

Awak awak , takmau sedih sedih dah eh ?
lepas tu lepas dah.
takpe takpe, semoga berjaya dalam hidup.
gdluck dear :)



byebye Awak.

Monday, January 11, 2010

diharap anda semua dapat membantu.

Assalamualaikum.


Saya nak mintak tolong kepada semua pembaca blog saya, saya tidak memaksa tapi hanya meminta tolong kepada sesiapa yang sudi untuk menolong saya. Saya mintk tolong kalian semua sedekahkan bacaan Yasin dan berdoa untuk kesejahteraan kawan ibu saya, yang bernama Rubiah.

Beliau sedang sakit tenat sekarang, kerana menghidapi penyakit kanser payudara. keadaan beliau sangat kritikal dan apa yang saya dapat tahu, beliau dalam keadaan tidak sedarkan diri buat masa sekarang. Beliau mempunyai lima orang anak, anak yang ketiga mengambil PMR pada tahun ini, dan anak yang bongsu mengambil UPSR pada tahun ini.

Diulangi, saya tidak memaksa. saya cuma memohon pertolongan pembaca sekalian untuk berdoa, walaupun sikit untuk kesejahteraan Auntie Rubiah. sejujurnya, saya tidak dapat membayangkan diri saya sendiri hidup tanpa ibu saya, kerana beliau lah permata hati penerang jalan hidup saya. saya tak dapat bayangkan ingin mengambil peperiksaan penting dalam hidup saya tanpa sokongan ibu yang tercinta.

Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada sesiapa sahaja yang sudi dan ikhlas membantu :') Marilah kita sama-sama menolong saudara sesama Islam dan manusia.



p/s : Alhamdulillah, tadi Amri sms saya, dia cakap InsyaAllah esok pagi dia akan meminta bantuan ustad dan rakan-rakannya untuk sedekahkan bacaan Yasin kepada Auntie Rubiah selepas solat subuh, sebab mereka memang baca yasin selepas solat Subuh. Alhamdulillah. Terima kasih :')

Sunday, January 10, 2010

eh i think i need your help.

hey hi hello (:


mama , fatin , kaklong


suraya , mama dengan abang ngah dah bersependapat.

errr apa dia ?

you dont have to go through form 4. bila awak dah habis pmr, awak pegi amek exam O-level kat British Council, if awak pass, umur 16 tahun awak boleh terus amek A-level. by 17, awak dah habis A-level, boleh pegi study abroad.

OH :o macam mana nak study ?

beli books dia, study sendiri kat rumah.

kalau kat rumah , lagi la tak study.

hm yeah agak lah. tapi ... tahla. gimme time, i need to think.

its quite risky. tapi fikir la dulu. tell me when you're ready.



KORANG KORANG, APA PENDAPAT KORANG ? aku speechless o.0

i mean, aku tahu mama dengan abang ngah punye plan tu memang bagus, awesome. sebab bila aku habis awal, boleh study abroad amek course medic awal, aku akan habis study awal. dapat keje awal, kahwin awal. CEH BONGOK SEMPAT MENGGATAL PULAK, SERIOUS MANGKUK.

okay back to the main story, aku sumpah tergamam. tak tahu nak bagi jawapan apa. aku memang nk buat apa yang macam mama cakap. tapi nanti hidup berubah. like, aku tak lalui hidup macam orang lain. aku tak rasa masuk form 4 and takut new subjek macam orang lain. tak dapat rasa stress study upper form macam orang lain. tak dapat nak kongsi debaran masuk hall untuk SPM macam orang lain. tak dapat rasa debaran nak amek result SPM macam orang lain. tak dapat rasa enjoy habis sekolah macam orang lain. and macam macam lagi aku tak dapat rasa, kan kan ? siapa setuju sila angguk kepala atau buat happy feet.

tapi, SIGHS tahla sekarang perasaan aku confuse macam awal tahun 2009 masa buat decision nak terima tawaran asrama tu ke tak. macam ni lah susahnya. tapi aku rasa amek exam O-level is better than masuk asrama kan ? haih aku ni nampak je egois , DALAM HATI haih macam budak 2 tahun kot. EH AKU MENGAKU =="

aku taknak masuk asrama form 4, aku takut nanti aku nak balik AGAIN ( ==" ) and aku akan kecewakan hati mak aku , AGAIN. aku akan bazirkan barang-barang yang dibeli. and aku akan jadi , haih HIPOKRIT. which aku telah jadi selepas aku balik dari asrama, menyebabkan bencana telah berlaku. HEH SEJARAH.

kena belajar subjek upper form SENDIRI kat RUMAH ? haih aku tak yakin dengan diri aku. if kakak abang aku mungkin boleh, dorang bersemangat waja * Cehh * dorang dah power dengan mind over body. aku baru halfway doh. heh. aku risau kang nanti aku tak dapat nak faham and hafal and stuff.

and berani ke aku pegi study abroad, InsyaAllah, umur muda camtu and sorang-sorang ? bersemangat kental ke budak gedik ni ? ish.

but again, amek exam tu gives me bright future. bagi mak aku kegembiraan dan kebanggaan.

kalau korang rasa korang ada pendapat yang nak diberi, DIALU-ALUKAN untuk comment dan meninggalkan pendapat. sebab aku MEMANG perlukan. terima kasih.


im off, baru balik dari Kemaman, Terengganu. nak kemas beg untuk sekolah and tengok tv dengan family, byeeee <3

Saturday, January 9, 2010

:)


AWWH TEACHER, WE MISS YOU TOO !








Friday, January 8, 2010

they dont know what we've been through, they dont know bout me and you

hey hi hello (:

AMPUN AMPUN lama tak update, biasala kan dah start sekolah , manaaaa boleh online. kalau dapat online pun kejap jeee , mana sempat nak update blog kan kan ? ataupun yang lebih tepat malas kott , heeee ;D


school is awesome, so far. dapat teacher yang awesome jugak , NGEHNGEH. alhamdulillah, awal tahun ni dapat mula mencintai subjek sejarah dengan geografi. sebab apa kaaaan, aku dah faham tau. masa awal-awal form 1 dulu, aku SELALU cakap sejarah and geo susah. so bila belajar pun aku anggap subjek tu suma susah, memanglah tak masuk otak, kan kan ? tahun ni aku tanam dalam otak aku, sejarah dan geografi tak susah mana pun. buka pintu hati dan minda untuk terima, insyaAllah boleh. and alhamdulillah, buat masa sekarang aku stabil di landasan (:

cikgu azlinah ajar garaaaaang, and mudah difahami. sebab tu aku faham kot. aku fokus sungguh ni dalam kelas dia, hehehe. cikgu md aris ajar geografi. die ajar best ! ^_^ belajar dengan dia kan, tak gelak sebab bongok memang tak sah, haha. die ajar agak laju, tapi walaupun laju die bagi full description. so yeah , agak senang untuk difahami. buat masa sekarang la kan.

STILL, RINDU CIKGU ROHAYU :'(

and aku rasa sebab suasana pembelajaran tahun ni dah lain. i mean, tahun lepas susah nak belajar sebab foong, yg, haridharan dan sekutu sekutu mereka asyik buat havoc je dalam kelas kalau nak belajar ==" esp sejarah and geo jugak. cikgu rohayu cakap, ade jea dorang nak lawan. dengan mummy pun camtu. so kitorang kalau belajar, selalu tersasar daripada tajuk sebenar. ex rk 2 , sila la mengganggukkan kepala masing masing.

suasana pembelajaran sekarang dah sunyi. kitorang kalau belajar, takde bising bising dah. ( Teacher Afida, sila percaya ! ^_^ ) kalau setakat loyar buruk hangat tahi ayam tu , mesti mesti mesti la kan , kehkehkeh.

ramai yang cakap sekarang makin bersemangat belajar, sebab dapat cikgu best. haha betul jugak , walaupun tak semua. aku still kena paksa diri untuk fokus dalam kelas science, cikgu labibah ajar. mungkin sebab first topic kot ? heh rindu teacher annie :( die ajar jugakla yang aku paham. takpe takpe :)

still rasa sekolah tahun ni makin sesak. form 3 makin ramai :o setiap pagi kitorang akan ngadu , ' wei aku tak kenal la muka-muka ni , rasa pelik tahu tak '. sebab banyak muka gangster kott , haha. and kitorang tak beli makanan pun waktu rehat, sebab ramai sangat and sesak nak beratur. kalau beli pun, takat air je. tu pun kalau masih awal and orang ramai tak masuk kantin lagi =="

so setakat ni , hidup dalam keadaan stabil dan gembira, alhamdulillah (: semoga takde drama lagi berlaku , huhu. penat dah kot , takmau takmau.

baru first week , homework dah bertimbun. nasib baik boleh buat. and surprisingly , tak rindu laptop :o walaupun kadang-kadang terasa nak baca blog orang, tapi tak rindu. weh pelik pelik doh. aku rindu nak pegi sekolah balik ade la, tknk cuti even hujung minggu pun. weird =="

macam adriana cakap, and ramai lagi cakap, kejap je masa berlalu. baru hari rasenye 1 januari. lepas 4 januari, 1st day as pelajar umur 14. sekarang dah habis seminggu sekolah. sumpah rasa cepat gila masa berlalu. kenapa ea rasa cepat sangat ? haih. lepas tu masuk 2011, then pmr. lepas tu makin tua. hersh ==" masuk form 2 ni pun tak sepenuh hati ready lagi.

takpe la , sama-sama kita harungi ea ? ^_^

Monday, January 4, 2010

heh , i dont know.

hey hi hello (:



HARINI FIRST DAY SEKOLAH. aku berjaya bangun pagi, tanpa tutup alarm aku ! * Silaaaa tepuk ! * okay okay, ada la jugak orang call kejutkan, heee. tapi still, selama ni kalau bangun pagi, mesti alarm merata, hehe.

Bila nak keluar rumah pagi tadi, aku sempat cari pasal dengan bibik aku, haha. aku taknak keluar rumah, aku taknak pegi sekolah sebab aku takut. then bibik aku marah-marah suruh keluar rumah jugak, nanti lambat pegi sekolah, haha xD

Awak awak, bila dah sampai sekolah kan, aku terfikir ..................... kenapa ramai sangat orang ? o.0 sumpah, ramai gila. kat kantin full, kat tengah sekolah full, semuanya full la. Aku sampai depan kelas rk2 jea , mariam dah jerit lari-lari dekat aku, aku pun jerit sekali. sebab kitorang sama-sama malu, hahaha. Entah kenapa, hari ni semua datang lambat, bila dah pukul 7.15 aku marah-marah sebab zieqa, nisaa dengan adriana tk muncul lagi.


Tak longkap pagi den takdo dorang.


disebabkan pagi tadi hujan, so takde perhimpunan. aku rasa nak jerit sebab for the first time in life , aku NAK perhimpunan. hahaha. Bila dah masuk kelas, aku duduk dengan mariam. Sebelah kanan aku , adriana dengan haziqah hashim.

Guru kelas kitorang cikgu maznah , so yeah, yay us ! ;D bila cikgu masuk and cakap cakap sikit, lepas tu cikgu suruh kitorang uruskan perlantikan ketua kelas and penolong , ajk sume. Cikgu suruh AKU jadi emcee ==" so hm , ketua kelas kitorang : taufiq. penolong ketua kelas : adriana. tahniah tahniah, you guys'd be great ! xD

Bila dah urus semua , aku cakap nak pergi toilet, nak cari kain. since meja berhabuk gilaaa. masa masuk dalam toilet tu, nak pergi betulkan tudung. aku tak perasan pulak sebelah kanan aku kak tqa, sebelah kiri aku kak ida. kitorang perasan masing masing pun bila semua dah tengok cermin, lepastu semua JERIT. kak tqa peluk aku, aku peluk kak ida. hahaha. macam setahun tak jumpa xD

lepas tu jalani rutin harian sebagai pelajar dalam kelas macam biasa. kitorang banyak diam kot harini :o hm guru kitorang tahun ni, majoriti tak sama macam tahun lepas. yang sama pun, cikgu maznah jela.


BM : Cikgu Azlina Abas
BI : Cikgu Irma
Math : Cikgu Suhaila
SC : Cikgu Labibah
Agama : Cikgu Herniza
Sejarah : Cik Azlinah
Geografi : Cikgu Md. Aris
KH : Cikgu Maznah
Sivik : Cikgu Sharifah Mamat
PK , Seni , PJ : Belum dikenal pasti.



so mesti tahu kan kenapa kitorang banyak senyap dalam kelas. haih terasa lain gilaa ==" rindu nak dengar bising budak-budak kelas lama, tapi budak-budak kelas sekarang memang baik cuma tahla, kitorang terasa .... asing. sighs.

Waktu rehat, bila pergi kantin je, sesak gila gila gila :o terus kitorang tak jadi pergi kantin, kitorang tukar direction pergi toilet. dekat toilet pun ramai gila orang, hahaha. masa kat depan kedai buku tu, ada few budak form 1. aku pergi tegur diorang, tanya dorang form 1 ke tak. lepastu dorang cakap ye, kenapa ? aku cakap takde pape, sajeje tanye.

lepastu kitorang semua kecoh cakap pasal dah jadi tua, dah ade junior and stuff. aku la, yang tak habis habis tegur budak form 1. SUMPAH AKU RASA DAH TUA, hahaha.

hari ni belajar rase sekejap je, sebab bila dah habis sc, kitorang terus balik. macam sekejap je dah habis first day, hehe.

hm overall harini okay kot ? walaupun penat, and ngantuk. OH and bosan ==" heh doa doa esok adela perhimpunan yeh.

Mama dah mintak laptop, so yeah byebye lovers <3

Sunday, January 3, 2010

it is.

hey hi hello (:


AWAK SEMUA, SAYA MINTAK MAAF SEBAB TAK UPDATE BLOG. BUSY BUSY T____T


sebenarnye banyak nak cerita ni. tapi tapi asyik keluar, bila balik mama guna laptop. sampaaaaaaaaai malam. sp takde masa nak online. nanti nanti la eh saya post.


OH ! esok sekolahhh T____T eh sungguh, aku tak rasa excited. LANGSUNG. kelas lain. ahli kelas lain. suasana lain. cikgu lain. SEMUA lain.

eh gtg. gdluck people untuk sekolah esokkkk. bye !