Daisypath Anniversary tickers

aww, birds :)

Monday, January 11, 2010

diharap anda semua dapat membantu.

Assalamualaikum.


Saya nak mintak tolong kepada semua pembaca blog saya, saya tidak memaksa tapi hanya meminta tolong kepada sesiapa yang sudi untuk menolong saya. Saya mintk tolong kalian semua sedekahkan bacaan Yasin dan berdoa untuk kesejahteraan kawan ibu saya, yang bernama Rubiah.

Beliau sedang sakit tenat sekarang, kerana menghidapi penyakit kanser payudara. keadaan beliau sangat kritikal dan apa yang saya dapat tahu, beliau dalam keadaan tidak sedarkan diri buat masa sekarang. Beliau mempunyai lima orang anak, anak yang ketiga mengambil PMR pada tahun ini, dan anak yang bongsu mengambil UPSR pada tahun ini.

Diulangi, saya tidak memaksa. saya cuma memohon pertolongan pembaca sekalian untuk berdoa, walaupun sikit untuk kesejahteraan Auntie Rubiah. sejujurnya, saya tidak dapat membayangkan diri saya sendiri hidup tanpa ibu saya, kerana beliau lah permata hati penerang jalan hidup saya. saya tak dapat bayangkan ingin mengambil peperiksaan penting dalam hidup saya tanpa sokongan ibu yang tercinta.

Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada sesiapa sahaja yang sudi dan ikhlas membantu :') Marilah kita sama-sama menolong saudara sesama Islam dan manusia.



p/s : Alhamdulillah, tadi Amri sms saya, dia cakap InsyaAllah esok pagi dia akan meminta bantuan ustad dan rakan-rakannya untuk sedekahkan bacaan Yasin kepada Auntie Rubiah selepas solat subuh, sebab mereka memang baca yasin selepas solat Subuh. Alhamdulillah. Terima kasih :')

No comments: