Daisypath Anniversary tickers

aww, birds :)

Wednesday, September 16, 2009

finally,

yaww :)

harini sangat best kutt ? aha bm buat plbs. pj, as usual, pegi kaa then buat segakk. geo paling best weii :) harini kitorang bincang pasal hutan paya and hutan gunung. nak pecah perut aku gelak kutt, menangis-nangis aku dengan anis gelakk.

1#

cikgu rohayu, fatin, farrina, class


bentuk dia macam kerang, lebih kurang adik beradik la
* bincang - bincang *
ehh boleh makan ke cikgu ?
f, kan td cikgu ckp lebih kurang mcm ketam, mestilaa boleh weii
Ya Allah, ape kamu cakap nie fatin ? hahaha, saya kate macam kerang, yang kamu sesat ketam nie kenapa ?
weii, jauhnye beza ketam dengan kerang
hahahahaa,


tk silap aku dorg cakap pasal lokan rasenye, haha lupa dahh xD


2#

cikgu rohayu, fatin, ygandran, haziq, class


haa, kamu tahu tak mengkuang tu ape ?
tahu. yang buah die putih tu kan ?
oi, itu SENGKUANG laa,
bongok, hahahaha,
hahahahahaha,



3#

anis, mariam


kamu semua penah tengok lumpur ? penah masuk dalam lumpur tak ?
haa, penah kutt, hahaa,
cikgu ! kuala LUMPUR ! hahaha,
weii ngek, sakit perut aku gelak dah weiii,
tahu takpe weh !
oii, hahaha tah hape2 budak2 nie,
hahaha,


4#

kamu tahu takk, buah tuu kalau kamu baling dekat orang, habis gatal-gatal semua badan dia * garu-garu*
habis cikgu, kalau baling dekat mulut dia habis garu2 mulut sampai berlubang
weii anis, kau bayangkan kalau baling dalam mulut, kalau gatal gigi mcm mane nak garu ? hahaha,
hahaha, garu macam ni * menunjukkan aksi menggaru gigi *
hoii, paling bongok. hahaha,
* gelak keluar air mata *


5#

dulu masa saye kecik-kecik, saya pernah ikut ayah saya keluar malam, pegi cari udung, guna lampu suluh, tahu tak ?
semestinya tidakk,
adoii, kamu suluh dekat dalam air, nanti nampak pantulan cahaya dari mata udang tu, so kite tahu kat situ banyak udang. dekat mana banyak udang, dekat situ banyak buaya.
* semua diam *
haa tetibe tengah suluh muncul buaya kat tepi tu ! hahahahaha,
hahahaha,


yang lawaknye pasal haziq tuu, die cakap laju-laju lepastu die gelak sorang-sorang dulu, baru kitorang gelak, hahaha.


6#

haiii lepas ni tak boleh cakap benda pelik-pelik dekat kelas kamu, semuanya tk tahu. ni orang kampung ke orang bandar kamu semua nie ?
KAMDAR !
memang berbaloi ! xD hahaha,
Ya Allah Ya Tuhanku, adoiii,


KAMpung + banDAR = KAMDAR :)
wahahaha,


7#

rumput jenis low's buttercap, ehh, low's batukcup, YA ALLAH ! ape saya merapu nie ? LOW'S BUTTERCUP ! haa baru betul, hahaha,
waaaaa, hahahahaha,


ending dia, aku dengan anis dah meleleh air mata gelakk, paling best geografi period ever :)


hari nie jaga blok C masa rehat, tenga-tengah meronda, tetibe bunyi mercun kuat gila, macam bunyi bom jatuh meletup, aku turun bawah, bahagian court tu, nak tengok, tetibe nampak nina macam pujuk2 fatin raihana, fatin raihana macam nak nangis dah. aku tanye kenapa, lepastu fatin cakap mercun tu meletup sebelah telinga dia, and dia ada sensitif telinga, so telinga dia sakit sangat. kesian aku tengok :( lepas tu aku, nina, fatin raihana, kak ida and ade lagi pegi round seluruh blok, tengok-tengok kalau ade yang disyaki. dorang ni tak penah serik en ? kalau 3 bulan macam ni, alamatnye pekakla aku selepas 3 bulan tu.

lepas rehat terus pergi tadarus dekat surau. baca sampai habis then kena hafal hadis, rmai lagi yang tak hafal so ustazah suruh sambung lepas cuti. balik kelas, pukul 11.15 awang dan ridha dah terpacak depan 1rk2, panggil kitorang keluar, hahaha. lepastu pegi kaa, tunggu eddy, then semua gerak pegi makmal bahasa. pengawas percubaan form 1, daripada puluh, semua drop off. yang tinggal hanya, aku, anis, mariam, khai,azni, alya, priya, thivia,awang, ridha, eddy. eddy sorang budak kaa, awang and ridha dua orang je lelaki from kelas rk. lain semua dah letak jawatan, aish, membazirnya.

bila kitorang dah sampai depan makmal bahasa, kitorang duduk kat luar tuu dulu, sebab takde orang kat dalam. tengah kitorang borak-borak, tetibe ade bunyi mercun meletup, yang sumpah kuatnya, sampai awang melatah. well, aku pun melatah jugak aa xD cuma tak seteruk awang, and ni kali pertama aku nampak awang melatah. yang semua macam ' opocot mak kau ! ' haa rmai cakap mcm tu jea, haha lepas tu aku, awang, mariam and anis dah gelak gelak sampai merah muka sebab tak tahan, hahaha.

then semua masuk dalam makmal bahasa. mummy start dengan ajar pasal etika and adab dalam majlis dulu, lepastu baru mummy start ceramah, kalau mummy yang ceramah, sumpah tk mengantuk and tk kering gusi aku dibuatnya, ade jea lawak mummy, dah tk terkira berapa kali aku gelak, hahaha. and ade satu part nie,


mummy, class


allergic kepada berucap, haa ini bahaya. kalau tetiba die disuruh oleh cikgu untk buat pengucapan awam, dia akan cakap, ALLAHHUAKBAR !!

POOOM !!

haa tengok, dia faham perasaan mummy, ape yang mummy tengah cerita, tu yang die support, hahaha,
HAHAHAHAHAHA!


memang best laa keseluruhannya, ceramah mummy tk akan rasa mengantuk, and ade few peeps kena marah dengan mummy, sebab buat bising yang teramat. haish. then balik, around 1.30 smpai rumaaaah, agak penat aa harini weiii. and harini, dari pagi sampai rehat, aku asyik tk sedap hati. jantung aku berdegup laju sangat sangat, and perut aku macam, nak terkeluar isi perut. dari hari isnin lagi, tak tahu kenapa weii, risau aku :(

No comments: