Daisypath Anniversary tickers

aww, birds :)

Wednesday, September 23, 2009

perjalanan jauh tk kurasa,

assalamualaikum :)


yaww, im back in kl ! wohoo happy weii. wahaha okaaay nak update pasal raya nie, so it might be a long post, are you ready ? shall we ?


title di atas ade sedikit menipu, wahaha. sebab kitorang bertolak balik hari jumaat, pukul 11. sebabnye, mama and abg ngah nak tengok cerita nur kasih dulu, so habis pukul 10. then nak bertolak, abah pulak tidur, wahaha. so 11 laa jawabnye. masukkan beg dalam kereta, siap2 kunci pintu, salam abah then off to kuala pilah. penat perjalanan kali ni sebab baby gaga tanakk tidur, and mama pulak penat. so macam, semua stress la kott. stop tidur kejap, beli air then gerakk. sampai kuala pilah pukul 3.

sampai jea, ingat nak terus tidur, tapi kang kalau tidur dulu sumpah sure tk bangun sahur, xD so terus makan, kemas-kemas sikit, ended up tidur pukul 4. tapii tuu pn tk tidur sangat, masa smpai rumah, baby gaga dah tidur tapi bila letak die atas katil, die nangis-nangis. so mama tidur, kitorang jage dia. gilir-gilir jaga dia. sekali tuu aku dh tak tahan sangat, aku baringkan die meniarap, aku garu belakang dia, last-last dia khayal baru dia tidur. wahaha pelikk jea budak kecik nie, adoii.

bangun pagi, mama abang ngah and kaklong dah pegi pasar, pukul 8. so aku mandi and jaga adikk, kemas-kemas sikit. dorang balik dari pasar pukul 11, gilaa kot 3 jam kat pasar, wahaha. then sapu mop masak and stuff, habis tengah hari. masa tuu semua dah penat, habis tertido. wahaha xD







lepastu, lepas berbuka, semua rush tengok berita. wahaha xD saksikan saksikan !





malam tuu pegi rumah makcik hayati, yang hanya dipanggil sebagai mak :) pegi ruma mak pukul 9, lepak makan borak gelak guling lompat kentut sampai la pukul 12. balikk pun sebab baby gaga dahh ngantukk. but actually memang nak tunggu smpai pukul 12, sebab dorang nak bakar mercun. abang hariz, suami nana beli sekotak, ade 6. so kitorang bakar pukul 12. HOYEAH ! xD
saksikan video di bawah :




WOHOOO ! xDD





yang nie nampak cahaya die, wahaha.



semua cam kecoh nak tutup telinga masa tuu. kesian kepada 2 orang baby yang entah mcm mane tutup telinga, wahaha xD tapi kecoh aa lari lintang pukang. tapi sumpah, ini paling best untuk tahun ini :)

aku tidur pukul 2 dengan kaklong, tengok tv xD pagi tuu punyela liat nak bangun, wahaha. tapi bangun jugak, mandi then siap-siapkan kuihh, lepak tengok tv. around 10 camtuu, mak and family datang. so bermula lah kita semua sesi bermaaf-maafan. and yea, aku berjaya takk nangis. hoyeah hoyeahh ! :) lepastu sesi makan-makan ramai-ramai.






lepastuu semua gerakk pegi rumah makk, raya sane pulak. ingat nak pegi ruma cik mad, anak angkat wan, tpi die tkde kat ruma. nak pegi ruma tokchu, tokchu pulakk raye kat rumah nekngah kat bukit jelutong, haa so pegi ruma mak jela. lepak kat situ, snaps, makan, then balikk rehat. and so the rest of the day went normal as usual :)



baju die mengalahkan baju aku, haha.

takde motif, haha.






prasan hensem xD





esoknye, dalam tengah hari macam tu, makteh ran datang, untuk urut kitorang. kitorang tuu consist of mama, kaklong, aku, wan dan atukk. kaklong tah kenapa, dekat rahim dia sakit sangat sampai perut die bengkak, mama sakit pinggang and belakang, wan and atukk, biasalah orang tua sengal-sengal. aku takde pape sbenarnye, tapi mama suh urut jugakk, sebab aku banyak berlari, so selalu pinggang aku macam salah pusing or something, tah macam mane nak terangkan, wahaha. so start urut dengan kaklong, aku tengok die urut jea aku dah macam takut, sakit sangat kott sampai kaklong nangis. lepas kaklong, aku pulak kene, adoii. masa die urut tuu aku tk nangis langsung, aku tergelak sampai nak pecah perut sebab aku geli gilaa, aku pantang orang pegang en, mesti gelii. sebab tu lesbos aku suke SANGAT SANGAT cucuk perut aku, wahaha. then makteh ran pijak belakang, and pusingkan pinggang and kaki aku, haa yang tu baru rase nak nangis, wahaha. lepastu urut mama, wan and atukk.


dekat-dekat nak maghrib, acu and family sampai. dorang raya kat melaka dulu, family sebelah pakcu lepastu baru raya sini. mintak maaf and stuff, lepastu lepak tengok tv. tengok cerita jangan lupa lirik raya punye. yang artis dia siti nurhaliza, saiful apek, adibah noor and amy mastura. wahaha semangat GILA GILA kitorang SEMUA nyanyi lagu sekali dengan artis tu sekali, hahaha sangat lawak dan gembira :)

hari raya ketiga, kitorang bertolak balikk kl dalam pukul 11 pagi camtu, singgah kat tempat dialisis atuk dulu, sebab atuk tengah dialisis kat sana, teman atuk, salam atuk then kitorang pegi rumah mak kejap. makan makan kat situ, lepastu gerak balikk kl. on the way balik tu, singgah kampung talang kejap, pegi ruma paklang kott, tak ingat xD lepastu sadiq cakap kampung die kat kampung talang, wahaha tapi die tak raya situ, raya kat muar.

lepas raya kat situ, terus gerak straight to kl. bila dah sampai kat brp, aku rasa macam ade satu feeling, macam bahagia gilaa dah balik rumah, haha, rindunya dekat rumah sendiri. sampai rumah je, masuk bagi salam terus jerit home sweet home ! :)

No comments: