tak ade mood nak gembira. sebab aku rasa nak nangis lepas baca blog semua orang pasal 2009. haish sedih sedih. Tsk tsk.
Hari ni merupakan hari terakhir untuk 2009. hari TERAKHIR. bila cakap macam tu kan, and sebab aku dah tua ==" and makin boleh berfikir dengan waras sekarang , baru aku rasa sedih bila ingatkan hari ni merupakan hari terakhir bagi tahun 2009. takkan ada lagi tahun 2009 dah. takkan ada lagi tarikh 29.4.2009. baru aku sedar nak sedih. haih.
macam beberapa orang lain jugak, tahun 2009 memang tahun tak best. tak semua tak best tapi die punya tak best tu memang tahap tak best sangat sangat. tahun 2009 mengajar aku macam-macam tentang high school. aku jumpa macam-macam jenis orang, macam-macam jenis ragam.
Tahun 2009 banyak beri kenangan terhebat dan termantap buat masa sekarang. Ingat lagi masa first day sekolah, teragak-agak je nak sarung kain warna biru cair sebab terfikir, bukan tahun lepas aku pakai kain biru gelap ke ? cepatnya dah tua T____T teragak-agak nak masuk sekolah menengah, muka takut-takut je, sebab ramai tak kenal. yela junior kan.
masa awal tahun semua baik-baik je, takde nak gaduh-gaduh. muka manis je mulakan salam perkenalan. masa tahun 2009, ibans mula rapat :') walaupun terpisah kelas, TAKDE HALANGAN LA. mesti tetap bersama. dan bergaduh juga merupakan satu kemestian :) mempunyai ibans dalam hidup aku memang cukup bermakna. sebab diorang lah tempat aku gelak ketawa menangis duka mereng sewel. semuanya mesti dengan dorang. Dorang dah terlampau kenal aku sangat dah, sampai tk payah nak cakap untuk terus terang, dorang dah terjah dulu. Semoga hubungan baik ini berkekalan sampai bila-bila :')
tahun 2009 jugak banyak mengubah ahli-ahli kelas rk form 1. kitorang makin rapat dari hari ke hari. walaupun the boys panggil zulaikha bonzer , panggil hajar jongos, tapi kitorang tetap stick bersama. masa awal tahun, semua perangai masih kanak kanak ribena. perangai masih lupa dunia. tapi bila dah dekat akhir tahun, memang banyak gila perubahan.
yang lelaki dah makin matang, makin baik, makin sopan santun, belajar menghormati kitorang yang perempuan. dan sejak tu kitorang semua makin rapat :') aktiviti netball, softball, cat dan kemas kelas, aktiviti lari dari koko, aktiviti bawak barang-barang dilarang ke sekolah, aktiviti mengutuk dan bergosip * Woops , aktiviti buli membuli, and banyak sampai aku tak tercakap. memang happy sangat dengan korang semua :')
2009 jugak buat aku rapat dengan 1st ever kakak angkat aku, Nurul Farhana bt Suhaimi. masa tahun lepas nak jumpa pun takut takut, tak banyak cakap je. hahah. dia banyak tolong aku :) thank you dear ,,
tapi banyak je benda buat aku tak happy, yang membuatkan air mata ni menitik menghujani bumi ( skema gila ayat, hahaha ). aku belajar untuk mempercayai orang, walaupun kepercayaan aku dikhianati. aku belajar untuk menyayangi orang, walaupun kasih sayang aku dijadikan bahan mainan. aku belajar untuk jadi sabar dan tabah waktu orang semua benci aku dulu. Terima kasih kepada yang setia di sisi, sangat sangat terima kasih :)
aku masih tk ready nak masuk tahun 2010. aku rasa , kenapa cepat sangat aku dah nak tua ni ? T____T macam baru semalam je aku masuk darjah 1, menangis-nangis masa kene tinggal dengan kaklong dalam kelas masa first day, haha typical gila kan ? xD macam baru semalam je aku kemas kemas rumah, nak pindah kat sungai buloh ni haa. macam baru semalam je aku jadi pelajar skbrp, amek result upsr sampai nangis nangis, hahaha.
macam baru semalam je aku daftar untuk jadi pelajar form 1 smkbrp. beli buku bertimbun, beratur panas-panas waktu 1st week sekolah sebab kene sekolah petang, berebut lari ke surau untuk solat. macam baru semalam je dapat tawaran masuk rk , nangis nangis dapat masuk. kuikuikui :P macam baru semalam je aku rapat dengan ramai orang, kenal dengan orang ini, orang itu.
bukan semuanya baru semalam ke ? :(
cara aku cakap macam melawan takdir je kan, hahah takdela. cuma tak ready nak masuk 2010. tak ready nak menjadi tua. tak ready nak angka umur menaik. tak ready nak harungi semua drama again. tak ready nak study gila-gila sebab next year pre-pmr. tak ready untuk semuanyaa , haih.
tapi nak taknak kena masuk jugak kan. Kalau freeze kan diri punnn, tunggu ratus tahun kemudian baru unfreeze, time tu pun semua nya dah hilang, takkan ada yang berulang. kena lalui semua ni dalam proses kehidupan. dan terima kasih kepada semua yang telah terlibat dalam proses kehidupan aku :')
sighs. walaupun tahun 2009 memang sucks bagi aku, tapi tahun ni jugak paling bermakna bagi aku. TAHUN NI TAKKAN BERULANG DAH. hargailah hari terakhir 2009.
apa apa pun ,
HAPPY NEW YEAR :)
p/s : selamat tinggal 2009 :( hati oh hati, mulai sekarang, mula lah belajar menerima perubahan.
p/s : selamat tinggal 2009 :( hati oh hati, mulai sekarang, mula lah belajar menerima perubahan.
No comments:
Post a Comment