Daisypath Anniversary tickers

aww, birds :)

Thursday, December 17, 2009

i'd like to make myself believe that planet earth turns slowly (:

hey hi hello (:


EH EH Malaysia menang 1-0 lawan Vietnam ! (: aku tk pernah ade dalam situasi orang ramai tengok bola, sekali tadi semua menjerit, kecoh gila. hehehe ye aku jakun :P


semalam keluar pagi dengan kaklong dengan mama. teman mama pegi pasar seni, sebab mama ada meeting. lepas tu nak hantar kaklong balik. masa dekat pasar seni, nak beli kasut handmade tu tapi mama kata it looks weird o.0 and nak beli new baggg.

masa on the way nak pergi hantar kaklong balik, tiba-tiba kereta macam panas, aircond macam tk berfungsi. sekali tengok temperature kereta like high gila, so terpaksa stop depan Mydin. mula-mula kaklong pergi beli air dekat kedai mamak tepi tu, tapi air sejuk so mama tknak. kena lari masuk Mydin, beli botol besar air.

Ada dua orang pakcik teksi and few people tolong mama uruskan, sebab enjin tu panas kan. rupa-rupanya air dah kering. sebab kering sangat, dia dah macam terbakar :o so berpanas la kitorang sekejap uruskan kereta tu. aku dengan kaklong lari masuk keluar Mydin je, sebab air tk cukup la. then nak beli kain burukla sebab nak bukak penutup tu, panas. pakcik guard pun pandang pelik. haha takpe pakcik, saye bagi rezeki dekat Mydin :P

lepas dah selesai semua tu, mama ingat nak terus balik Sg Buloh, nak hantar kereta servis. padahal haritu baru servis, mungkin cina tu tk check kot o.0 tapi masa on the way, temperature menurun. kipas baru berfungsi kot. so terus hantar kaklong balik MMU Cyberjaya.

Balik Sg Buloh hantar servis kat kedai biasa kat tepi kedai hardware kat bandar baru. masa tengah tunggu tepi tu, tiba-tiba ada accident. motor langgar belakang kereta. bunyi kuat gila macam bunyi tong gas jatuh atas jalan :o memang kemek belakang kereta tu, agaknye motor tu tk sempat brek kot.

lepas servis balik rumah jea. penat gila kot haritu, walaupun separuh hari je.

hari ni teman mama pegi kl sentral, mama ade keje. lepastu terus pegi damansara, hantar barang.


fatin : ma , nak makan kfc boleh ?
mama : makan kat kedai mamak je.
fatin : :(

entah kenapa aku dah lama tk makan kfc kott. masa dah sampai kedai mamak tu ,

fatin : ma, nak makan pasta la. boleh ?
mama : cuba tanya uncle mamak tu , ada pasta tak sini ?
fatin : mamaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.


uncle mamak : mahu order apa ?
abah : pasta ada ? xD
fatin : abaaaaaaaaaaaah. cis :P


sampai lepas makan pun aku kene sindir lagi. nasib badan nasib badan :P

then terus balik rumah. around 2.30 mama dengan abah keluar balik, ada meeting. so aku online kejap guna laptop abang ngah. keluar bilik je sofea dah tidur. abang ngah pun dah tidur. dah la masa tu hujan, sejuk je. aku pun join tidur sekali, hehehe :P tapi disebabkan tidur dekat sofa, sakit tengkuk :(

bangun-bangun jea ada orang cari pasal. badmood kejap, aku ni dahla susah kalau bangun tidur je ade orang cari masalah, haihh. then pegi kedai, nak beli telur. lalu dekat laluan taman besar, masa tu sejuk gila, baru lepas hujan.

nampak geng ifwat izzat epi hariz afiq and others tengah main badminton kat court. wehh aku rindu korang dohh :/

balik mandi. then mama call suruh get ready, nak pegi makan kat tanjung. aku suruh dorang pegi dulu. sebab belum solat maghrib lagi en. lepas solat and siap sume, jalan kaki pegi kedai tanjung.

kan rumah faris like ada renovation sikit depan tu, so masa aku on the way tu, dorang baru nak balik, naik van. sekali dorang lalu sebelah aku, gelak-gelak and bukak pintu van. aku tak tahu nak bagi ekspresi muka apa, so aku pandang jela. lepastu dorang pandang aku, tutup pintu van and terus belah.

Aku pun pandang jela dorang pegi. tak gelak tak nangis. macam bongokje, hahaa.

Sampai kat tanjung, aku cerita kat mama pasal kes tu. tak pasal-pasal kena marah -.- mama kata lepas ni tk boleh jalan sorang-sorang dahh. haish tersekat cuti aku, huahuahua.

Oh tk jadi balik kampung malam ni, sebab mama tk sihat. so esok jela balik kampung. atuk buat operation kaki :(

No comments: