Daisypath Anniversary tickers

aww, birds :)

Thursday, December 24, 2009

muhammad fikri norazmi


JULINI Mohd. Ali bersama penyumbang dan penerima bantuan Yayasan IJN pada Majlis Penghargaan dan Sumbangan Kasih di IJN, Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 22 Dis. – Yayasan Institut Jantung Negara (IJN) berjaya mengumpul RM1,329,968.75 tahun ini bagi memberi bantuan kepada pesakit daripada keluarga miskin dan berpendapatan rendah.

Pengerusi yayasan itu, Toh Puan Dr. Aishah Ong berkata, dalam jumlah itu, 87 peratus didermakan oleh badan-badan korporat, organisasi serta beberapa individu yang sangat prihatin terhadap nasib pesakit IJN itu.

“Sumbangan diterima juga membolehkan IJN menjalankan pembedahan terhadap beberapa pesakit dan membeli dua unit mesin alat bantuan pernafasan bernilai RM90,000 untuk kegunaan pesakit kanak-kanak dan bayi di Unit Rawatan Rapi Pediatrik,” katanya.

Teks ucapan beliau dibacakan Pengerusi Penubuhan Tabung, Pemegang Amanah Yayasan IJN, Datin Julini Mohd. Ali pada Majlis Penghargaan dan Sumbangan Kasih anjuran IJN di sini hari ini.

Pada majlis itu, pesakit yang menerima bantuan daripada beberapa badan korporat diberi peluang mengucapkan terima kasih kepada penderma masing-masing.

Dalam pada itu, Dr. Aishah berkata, Yayasan IJN pada tahun ini membelanjakan kira-kira RM2.1 juta bagi membayar kos rawatan 73 pesakit miskin.

“Pembedahan serta rawatan dilakukan terhadap 34 pesakit dewasa dan 29 kanak-kanak di IJN itu,” jelasnya.

Menurutnya, sembilan pesakit telah menjalani pemindahan jantung dan dua orang lagi pesakit telah dipasang dengan alat bantuan jantung mekanikal.

“Jumlah yang dibelanjakan juga termasuk perbelanjaan kebajikan bagi pesakit yang memerlukan bantuan penginapan, makanan, tambang, alat peranti dan juga pengurusan jenazah,” katanya.

Sementara itu, seorang pesakit yang pernah menerima bantuan yayasan IJN, Muhammad Fikri NorAzmi, 17, berkata, kini dia aktif seperti remaja lain dan mampu menjalankan kegiatan aktiviti harian tanpa halangan.

Katanya, IJN menjalankan pembedahan jantung mekanikal pertamanya pada Disember 2005 lalu dengan memasangkan Peranti Bantuan Ventrikular Implantabel (IVAD).

“Pembedahan mekanikal ini adalah yang pertama seumpamanya di rantau Asia dan Australasia.

“Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yayasan IJN yang memberi ‘kehidupan baru’ kepada saya,” katanya yang merupakan pelajar A Level di Kolej Brickfields Asia.

Suri rumah, P. Sarasa, 58, berkata, beliau menghadapi masalah jantung berlubang empat tahun lalu dan ia berakhir dengan pembedahan di IJN pada Februari lalu.

“Keluarga kami difahamkan pembedahan memakan kos yang banyak. Tetapi kami tidak mampu untuk membayar kos itu.

“Yayasan IJN sanggup menawarkan bantuan penuh untuk menjalani pembedahan serta rawatan selanjutnya,” kata beliau yang berasal dari Seremban.

Sementara itu, seorang murid sekolah rendah, S. Nivethaa, 9, pula berkata, dia mempunyai masalah jantung berlubang sejak umurnya lapan bulan lagi.

“Saya telah menjalankan rawatan sejak kecil dan pada tahun lalu IJN telah melakukan pembedahan.

“Kosnya adalah RM66,000 tetapi ibu bapa saya hanya membayar RM500. Selebihnya ditanggung Yayasan IJN,” katanya.


3 comments:

My Life My World said...

Auntie ada perasan gambar ni kat Paper, tapi tak perasan abang fatin ada kat sini :)

fara azmi,,^_^ said...

nak copycat jap,,

nak copy paste je kat blog aku k,,

Norfatin Suraya said...

auntie Jaf : hahaha , ni nampak muka dia jauh. kalau NST memang shoot muka dia je.

kaklong : sila sila ,,