hey hi hello :)
okay first of all, sangat sangatla mintk maaf sebab lama tk update blog. mama guna laptop untk buat kerja, so takde masa nak online :)
so lets start, shall we ?
Jumaat, HARI RAYA HARI RAYA ! ^^ pagi jumaat baru balik kampung. plan nak balik hari khamis malam tapi abang ngah tak sihat and mama pun penat , so kitorang decided nak balik jumaat pagi. bertolak around 9 something, reached kuala pilah around 12. masa sampai, acu and family dah ada kat situ. salam-salam and terus semua serbu dapur, kempunan rendang wan xD wan masa rendang daging dengan rendang ayam, gila mati kepedasan aku makan rendang daging. tapi bertambah jugakk makan xD
lepas makan semua terbungkang ( buruknye bunyi xD ) semua baring-baring kat ruang tamu. dahla masa tu hujan, sedap je kan nak tidur, heeee. mama tidur sebab mama makan ubat, so mengantuk. yang lain baring-baring tengok tv. tetibe irfan ajak mama main chess, lagipun masa tu mama dah bangun, so dorang lawan chess. qaisara ajak kitorang main kad old maid, so aku, kaklong dengan qaisara lawan.
kaklong : sape jalan dulu ni ?
irfan : sape yang ada old maid tu la jalan dulu,
fatin : ceit. mana aciiii. nanti tau la sape yang ada old maid.
acu : dah pakcu yang ajar macam tu, mane tak dorang ni ikut.
pakcu : xD
atuk bagi aku duit syiling, macam die selalu buat dulu-dulu. dah lama dia tk buat :') atuk selalu kumpul duit syiling, then letak dalam box kecik lepastu agih-agihkan kat cucu dia, pfrh memories.
dah petang tu nak pegi rumah mak yati, then terus balik kl. around 5 camtu keluar rumah. sampai rumah mak, makan-makan japp. then pegi rumah depan sana dengan iqa, petik daun inai ! ^^ pergh excited aku tk tercakapla, hahaha. habis kaki tangan sume kene gigit nyamuk, redah jelaa. iqa paling banyak marah, sebab tangan die asyik tercucuk duri. bak kata iqa,
iqa : kalau kau ni bukan kazen den, takdo do den nak tolong kau weii. buat sakit den yo kono gigit nyamuk.
hahaha. loghat negeri sembilan ye semua xD
dekat setengah plastik kitorang amek, balik rumah je mama kata nak balik kl. tak sempat nak duduk pun lagi, haha. sampai kl tepat pukul 9. masuk-masuk jea terus bukak nur kasih, hahaha.
memang gila ah episod last, berjaya buat aku nangis xD semua menjerit-jerit masa adam pusing balik daripada jumpa nur, mama sampai ternganga. hahaha. syabas khabir bakhtiar ! :)
mama kata lepas ni kalau cerita khabir bakhtiar je mesti tengok, heee.
p/s : raya haji memang tak dapat duit raya macam raya aidilfitri ehh ?
No comments:
Post a Comment