Daisypath Anniversary tickers

aww, birds :)

Thursday, November 12, 2009

I raise my hands to the sky, smile, and sigh, all because the blade met with my arm, once again

hey hi hello :)


harini bangun lambat, sebab semalam tk set alarm, and takde sape kejutkan, heee. pegi sekola pakai baju sukan, sebab harini ada aktiviti lepas exam.

start aktiviti dengan game sponge bob, kena rendam sponge and perah masuk dalam botol sampai penuh. sape paling tinggi dapat 10 marks. hahaa mestila bukan kitorang en xD tapi lawak ah masa tu, semua cam kelam kabut. mula-mula mariam yang perah sponge, then die dah penat tukar dengan zieqa. zieqa tk larat, aku pulak ganti. kak anis pulak asyik kacau jea :P lepastu die cakap,

kak anis : ni dah 3 orang tukar, kalau tk dapat jugak, tk taw la nak cakap ape.

hahaha xD tapi memang tk dapat pun, haha.


lepastu sambung main balik. lupa lah apa nama game ni. but sorang kena diri kat tengah, pegang kerusi atas kepala tapi kerusi takleh kena kepala, and letak belon air yang gedabak atas kerusi tu. lagi 8 orang kene ada sekeliling dia, and orang ke sembilan akan ikat kitorang guna tali rafia lepastu orang tu lead dari depan. kitorang 8 orang ni kena jalan till garisan penamat tapi kitorang takleh pegang kerusi. kalau tali tu putus, dikira out.

so masa main tu, kitorang cam kabut, jalan cam laju and pijak kaki orang ni la orang tu la, lepastu semua suh cepat cepat cepat, hahaha last-last taw ape jadi ? heeeeeee. TALI PUTUS xD lawak gila masa tu, so kitorang jalan je sampai garisan penamat, dah sampai situ, dorang sume baling belon air tu. dorang suh aku campak belon tu, so aku campak la. then kitorang gelak gila-gila ;DD


aktiviti ketiga hanya perlukan tiga pemain from setiap ahli. diberi 2 keping suratkhabar. so 3 orang ni kena diri atas suratkhabar pertama, lepastu letak suratkhabar kedua kat depan, diri kat situ pulak. so main tukar-tukar la. kaki takleh kena tanah, kalau tk dikira out. an-nisaa, mariam dengan nasha. lawak gila amsa kitorang tengah bersorak, kitorang jerit-jerit nama maaban dengan saaban iaitu, mariam dengan nisaa. hahaha xD

lepastu pegi rehat. memang haus tahap nak mati masa tu.

lepastu rehat kitorang ( rk1 and rk2 ) kena pegi science lab, sbb teacher annie nak habiskan experiment pasal conduction, convection, radiation and etc. semua cam sedih sebab tk masuk dewan, hahaa. tapi kitorang ade sesi bergambar kat belakang lab, awang pun menyebok, hahaa.

lepas habis experiment, terus masuk dewan balik. dorang baru je mula aktiviti binaan paling kukuh dan tinggi. mula-mula kitorang semangat nak buat, tapi sekali cikgu cakap tinggal 10 minit, semua cam ... tak payah la. bukan memang pun kan. hahaha. then kitorang buat main dengan selefontap and surat khabar tu, aku dengan nisaa pegi tampal kat muka. and kitorang buat mata cam cita mr bean tu, LOL. memang gelak gila-gila. lepastu buat belalai cam gajahla apela ;DD

lepastu apetah nama game ni, but kena sambungkan apa-apa jea barang yang ada kat kite, not including suratkhabar yang diberi tadi. sambungkan and sape paling panjang dia menang. kitorang semangat GILA, bukak tali kasut, bukak kasut, jam, brooches, getah rambut, tali dompet, semua yang boleh disambung la. lepastu kena bawak pegi gelanggang, and kitorang punye and ade few punya pendek je pun.

mariam : weh takyah ah, bukak ah ikatan ni lepastu balik kelas. buat malu je lain sume panjang,
all : taw takpe -.-

so kitorang decided nak bukak and balik kelas jea, walaupun tk boleh xD

sampai kat kelas, akif dengan kawan dia datang bawak dua gitar. so diorang main gitar dalam kelas. akif main lagu Hey There Delilah dengan lagu 1234. lagu Hey There Delilah tu dahla favie since duluuuu lagi, kalau ada lelaki mainkan aku gitar lagu ni, i would fall for him, hahaha * Nasibb baik tk fall for akif, LOL xD

lepas raqib datang join main. agak lame la kitorang main gitar dalam kelas tu. sampai ade cikgu tegur, suruh kitorang balik dewan balik. tapi masa kitorang pergi tu, dorang tengah buat majlis penyampaian hadiah, group kitorang tk menang pun so balik kelas balik :P

masa balik tu duduk kat luar macam biasa, faiz bagi pinjam camera :) tapi dapat amek sikit je sebab abg ayie dah sampai, masa nak bagi balik camera tu kat faiz, die baling kat kitorang belon air yang besar tu. memang menjerit kuat gila kitorang, orang ramai pandang je. seriously malu -.-

ohya lupa nak cakap, nisaa bagi kitorang semua nama yang tak serupa nama.


nisaa : saaban

haziqah : zieeban

fatin : faaban

adriana : diiban

mariam : maaban


lepastu nisaa terfikir. kalau jamilah macam mane ? okay aku taknak cakap kat sini, hahaha xD
* Maaf kepada sesiapa yang bernama Jamilah, sekadar gurauan sahajaa.


dahh sumpah penat gila harini, dahla tengah tak sihat. plus problems lagi. ceit. NAK TIDUR ! :)