Daisypath Anniversary tickers

aww, birds :)

Monday, November 30, 2009

okay ini ending post untuk november !
GOODBYE NOVEMBER !
semoga kite bertemu lagi pada masa akan datang.


p/s : november telah berjaya mengumpulkan 34 posts termasuk ini.

;D

i'll reach out my hand to you, i'll have faith in all you do.

hey hi hello :)



semalam mama ajak keluar breakfast ramai-ramai. biasanya hari ahad macam tu la :) pegi usha tanjung, tutup -.- so pegi breakfast kat thaqwa ( macamtu eh eja ? o.0 ) had fun time ;D

lepas pegi breakfast, hantar kaklong and sofea balik. sebab aku dengan abang ngah nak pegi potong rambut. and yeahh, aku FINALLY potong rambut pendek o.0 well not exactly pendek, paras bahu je kot.

mama tk suka rambut baru aku sebab mama cakap mcam budak nakal. hahaha.

balik rumah and lunch.

pukul 2, keluar dengan mama and abang ngah. aku dengan abang ngah teman mama pegi wangsa maju, sebab mama ada meeting. aku dengan abang ngah duduk kat luar jela tunggu mama habis meeting. borak-borak dengan abang ngah, amek-amek gambar. lepastu aku conteng whiteboard, buat lagu untuk abang ngah. aku giggles kuat sangat kot sampai mama keluar suh senyap, hehehe. lepastu baca novel, abang ngah baca novel kat phone.

around 5 camtu mama habis. then kitorang pegi kat kedai gulatis belakang tu, nak cari kain baju pengawas. and jumpaaaa kain warna kelabu. cuma jenis lembut and agak mahal kot :o tapi beli jelahh. then balik sungai buloh cari kedai menjahit, boleh bergaduh pulak on the way cari tu, hehehe. tapi kedai tutup.

lepastu abang ngah cakap dengan mama.

abang ngah : wehh sebab suara kau kuat kan, apa kata kau tuka cita-cita ? jadi polis ke. nanti perompak lari ke ape ke, kau jerit je ' BERHENTI SEKARANG ! '. terus die berhenti sebab terkejut.
fatin : hahahahahahaha.
mama : * LOL *


abang ngah : haa tk pun kau keje jadi peguam. kau nak soal org bersalah, kau cakap , ' AWAK BERSALAH KAN ?! '. nanti org tu terus mengaku die bersalah walaupun die tk bersalah.
mama : hahahaha. * menangis *
abang ngah : silap-silap hakim tu mati pulak sebab kau menjerit,
fatin : heart attack ? hahahahaha.


abang ngah : oh haa lagi satu. kau keje macam orang yang jual sabun ke, cream-cream muka tu ke. nanti orang jalan kau ckp, ' BERHENTI ! AKAK CUBA PRODUK SAYA NI blablabla ... '.
mama : terus orang tu berhenti immediately sebab gerun, hahaha.
fatin : hina hina, hahaha.

memang sumpah rase nak tembak je, hahaha. aku gelak sampai rasa nak meletup perut. hehehe.

__________________________________________________

harini teman mama pegi hospital. sebab mama macam rasa bengkak kat perut mama. so pegi kat Tropicana Medical Centre kat kota damansara.

lama gilaaaa kat sana. dari pukul 2 sampai pukul 6 camtu. sebab kena jumpa dua doktor. lagipun doktor ni yang jaga mama and doktor birth sofea, kan sofea IVF baby. mama tk boleh drive balik sebab mama kena dua injection, buat mama rasa pening gilaa sampai nak pengsan. aku kene papah mama bawak pegi kete.

ingatkan nak suh abah datang tapi masa tu abah kat johor and abah punye fligh pukul 6 baru bertolak balik kl, which takes 1 hour jugakla nak sampai ke hospital tu. nak amek kete bawak pegi kota damansara lagi, so susahlaaa en. so mama decided nak drive sendiri je balik rumah. tapi mama bawak slow la.

pfrh masa tuu risau gila sebab memang mama almost pengsan. cuma aku tk faham kenapa doktor tu inject ? o.0 and mama cakap mungkin kena buat another surgery.

sebelum ni mama selalu buat operation so macam ada something tak kena. tahla aku pun tk faham sebenarnye, heeeee.

eh okayla aku nak tidur sebab aku dah penat and ngantuk tahap gilaaa. ttyl lovers ;)

and you've got a smile that could light up this whole town,

hey hi hello :)


hari sabtu ingatkan nak bangun lambat, tidur lame-lame tpi tkleh, heee. kena bangun pukul 9 sebab pukul 10 nak pegi Amcorp Mall dengan mama. adaaaa sale buku. 70% off, peminat buku mana yang taknak pegi ? rasanya yang tk rajin baca pun pegi jugak kot.

sampai around 11, parking kat luar penuh gilaaaaaaaaaa -.- nampak ada orang bawak balik berplastik-plastik, berkotak-kotak. pfrh gila ah. so kitorang masuk parking dalam, senang nak angkat barang nanti.

masuk dalam je terus pegi hall die tuu. nampak seriously macam tin sardin, gilaaaa ramai. even nak masuk dalam pun kene beratur. nasib baik kitorang beratur cepat so takdela panjang sangat. die bagi masuk dalam 10 orang sekali masuk camtu. bila kitorang masuk je, aku dengan mama macam blur kejapp. nak pegi mana ni ? hahaha.

so kitorang decided nak berpecah. senang nak cari buku. mama kate if buku harga rm 10, bolehla aku amek around 10 books. yang dijual semua buku novels english. bukan novels jela, semua jenis buku adaaaaaa. aku ambik buku sikit sikit sikit, tengok-tengok dah amek 12, hahaha. so terus cari mama sebab macam mana nak pegang 12 buku macam tuu jea.

bila jumpa mama, mama punya lagi best, sampai 2 tangan kena pegang, hahaha. so kitorang decided nak amek kotak yang disediakan kat situ. bila dah amek kotak, buku amek je masuk kotak. amek je masuk kotak. so tak sedar berapa banyak amek buku. hahaha.

pegi bahagian children's books, nak carikan buku untk sofea. aku jumpa buku Barney untuk dia ! ^^

Ehh gila lah weii buku suma first hand and murah gilaaaaaaaaaaaaaa. bayangkan la, mostly rm 8. even the hard covers pun rm 8. manusia macam gila tengok buku macam kat sale baju. ramai beli berkotak-kotak. tapi mama kata satu kotak ckupla, hahaha.

aku beli 15 buku, mama beli 15 buku, sofea punye 3 buku xD total harga buat aku dengan mama gelak gila gila gila. rm 257 untuk semua, hahaha. tak pernah aku dengan mama shopping sampai banyak macam tu kecuali barang dapur, hahaha.

balik rumah rehat kejapp. sebab penat gilaaa. tangan aku shaking non stop sebab aku angkat kotak tuu.

around 4 camtu, aku dengan mama start kemas bilik mama. mama nak buat renovasi bilik, hahaha ubah katil almari sumelaa. dah siap kemas bilik, kemas ruang tamu atas. banyak mama punya file-file sume mama nak kemas.

tengah kemas-kemas tu, tetibe sofea jatuh tangga :o masa tu tepi tangga ada tilam baby, mama nak suruh bibik cuci. sofea pegi naik atas silam tu, surf kat tangga. mana tak jatuh berguling. nasib baik aku sempat sambut. takde pape luka cuma die nangis teruk gilaa. takut kot. tapi lepastu buat lagi -.-

masa tengah kemas tu jumpa gambar-gambar masa kitorang kecik-kecik. aku tembam gila, hahaha. memang masa tu, tk tahula nak cakap apa. hahaha. nanti aku try scan and uploadkan. ( walaupun kaklong kata gambar yang ada dia jangan masuk, tetap akan masuk jugakkk ;P )

dah kemas file-file, mama kemas library mama pulakk. orang banyak pinjam buku so buku tu semua dah tak tersusun. mama susun mama punye, aku susun aku punyaa. eh aku balut semua buku-buku baru beli tuu, hahaa sayang gilaa xD

mama : buku sekolah tak balut, buku cerita yang dia balut.

and aku guna pembalut yang kena balut sendiri, bukan pembalut ready made. pergh berjaya jugak balut sebab ini first time, selama ni balut buku teks semua guna yang readymade, tk pun mintk kaklong tolong balutkan xD walaupun buruk, tapi ada la rupa pembalut :')

malam tu memang rehaaaaat gila. penat gila sepanjang hari.





p/s : if korang nak pegi book sale tu, dekat Amcorp mall sampai hari rabu ni je last. pegila weii kepada yang peminat bukuuu. memang murah gilaaa. by Big Bad Wolf Books :)

kalau tk caya bukak laman web dia, www.bigbadwolf.com

:)

im your biggest fan i'll follow you until you love me,

hey hi hello :)


okay first of all, sangat sangatla mintk maaf sebab lama tk update blog. mama guna laptop untk buat kerja, so takde masa nak online :)

so lets start, shall we ?

Jumaat, HARI RAYA HARI RAYA ! ^^ pagi jumaat baru balik kampung. plan nak balik hari khamis malam tapi abang ngah tak sihat and mama pun penat , so kitorang decided nak balik jumaat pagi. bertolak around 9 something, reached kuala pilah around 12. masa sampai, acu and family dah ada kat situ. salam-salam and terus semua serbu dapur, kempunan rendang wan xD wan masa rendang daging dengan rendang ayam, gila mati kepedasan aku makan rendang daging. tapi bertambah jugakk makan xD

lepas makan semua terbungkang ( buruknye bunyi xD ) semua baring-baring kat ruang tamu. dahla masa tu hujan, sedap je kan nak tidur, heeee. mama tidur sebab mama makan ubat, so mengantuk. yang lain baring-baring tengok tv. tetibe irfan ajak mama main chess, lagipun masa tu mama dah bangun, so dorang lawan chess. qaisara ajak kitorang main kad old maid, so aku, kaklong dengan qaisara lawan.

kaklong : sape jalan dulu ni ?
irfan : sape yang ada old maid tu la jalan dulu,
fatin : ceit. mana aciiii. nanti tau la sape yang ada old maid.
acu : dah pakcu yang ajar macam tu, mane tak dorang ni ikut.
pakcu : xD


atuk bagi aku duit syiling, macam die selalu buat dulu-dulu. dah lama dia tk buat :') atuk selalu kumpul duit syiling, then letak dalam box kecik lepastu agih-agihkan kat cucu dia, pfrh memories.

dah petang tu nak pegi rumah mak yati, then terus balik kl. around 5 camtu keluar rumah. sampai rumah mak, makan-makan japp. then pegi rumah depan sana dengan iqa, petik daun inai ! ^^ pergh excited aku tk tercakapla, hahaha. habis kaki tangan sume kene gigit nyamuk, redah jelaa. iqa paling banyak marah, sebab tangan die asyik tercucuk duri. bak kata iqa,

iqa : kalau kau ni bukan kazen den, takdo do den nak tolong kau weii. buat sakit den yo kono gigit nyamuk.

hahaha. loghat negeri sembilan ye semua xD

dekat setengah plastik kitorang amek, balik rumah je mama kata nak balik kl. tak sempat nak duduk pun lagi, haha. sampai kl tepat pukul 9. masuk-masuk jea terus bukak nur kasih, hahaha.

memang gila ah episod last, berjaya buat aku nangis xD semua menjerit-jerit masa adam pusing balik daripada jumpa nur, mama sampai ternganga. hahaha. syabas khabir bakhtiar ! :)

mama kata lepas ni kalau cerita khabir bakhtiar je mesti tengok, heee.




p/s : raya haji memang tak dapat duit raya macam raya aidilfitri ehh ?

Sunday, November 29, 2009

will be updating soon. cant do it now because time is envy-ing me.
TUNGGU TUNGGU !

Thursday, November 26, 2009

anak bujang pakcik azmi.

hey hi hello :)


sorryla lambat post pasal benda nii. heeee ;D harini merupakan birthday yang ke 19 untuk abangku yang sorang tuu , Muhammad Fikri bin Norazmi. 19 weii , you're gettin' old old old xD tapi die tk sihat pulak harini. takpe takpe, kalau pasal birthday dia memang semangat, hahaha.



happy birthday to you,
makan ubi kayu,
minum susu lembu,
happy birthday to you !


haa kalau aku kecik-kecik dulu, masa birthday aku, lagu ni laa dia nyanyikan. satu lagi lagu aku lupaa xD anyway anyway happy birthday dear, i love you :)





* Might be posting pictures later.

LMAO

mama beli baby tomato untuk makan kat rumah. mama suka makan campur dengan salad. tadi,


1#

mama : suraya , rasa ni. manis !
fatin : * ambik sebiji * MA ! masammmm ! rasa pokoklaa, eeee.
mama : pandaila, rasa manisla.
bibik : bagi bibik. * makan * eh kak suraya ini, kok yang manis dikata masam.
fatin : betul laa masam.
bibik : * ambik lagi sebiji * wek ! ha iya deh yang ini masam.


2#

mama : abah, try this.
abah : no taknak i dont like.
mama : ish, cuba la dulu.
abah : no i taknak nanti i jadi cantik.
fatin : * Laugh Out Loud * what ? i cant stop laughing xD
mama : * giggles *
abah : shut up suraya, hahahaha. its true kan.

just because im not running away it doesnt mean im not leaving

hey hi hello :)


hari ni dikejutkan dengan kedatangan best friend. patutla semalam rasa nak marah je -.-

Okay aku nak tanya ! Sapa-sapa dekat area rumah dia ada POKOK INAI, tolong bagitau aku bolehh ? please please ? takpun sesiapa yang ada inai and taknak ke, haa tak kesahla. aku tk tahu ape dah masuk dalam diri aku tapi aku nak pakai inai -.- tolong eh korang ?

malam ni nak balik kampung kat kuala pilah. amek kaklong kat cyberjaya then straight to kuala pilah. sampai hari sabtu kott. apa nak buat kat kampung niii ? oh haa creds to kak anis sbb bagi pinjam novel, hangkut sumenye la nanti, wahaha.

maybe 1 & 2 disember kena pegi johor, ada court case. ini mungkin last kot, entahla ikut jelaaa. 3 - 5 might be going to langkawi, sebab LIMA Langkawi, abah ade hal kat situ. tapi mama macam taknak pegi, aku pun malas nak pegi -.- aku dah lama tk pegi holiday so dah takde mood nak pegi holiday. teruk kan ? ish ish ish.

seperti manusia yang lain, ayat bosan dah sebati dengan otak. hersh. tolonglaa bagi idea apa nak buat. Ehh homework form 2 tk siap lagi, pening nye tengok buku sejarah panjang gilaa. Haishh nisaa pun tk buat lagi xD

andd aku takde benda nak update sebab takde activity yang dibuat. Hershh kesian kat youu kan blog ? lately ni asyik kena tinggal tanpa stories yang bestje. alalala takpe takpe i setia dengan youuu ;P

Ehh kenapa ramai pindah tahun depan ? Heidi dengan Harlina pun nak pindahh. Heidi pindah taman melati and lina tk tau lah pindah mane. eeee heidi tu dahla tempat aku bermangkuk, sighs. lina pulakk tempat aku menggedik. kenapa semuaaa pindahh niii ? btw heidi dah selamat sampai sabah, alhamdulillah :)

er okayla aku tk akan online sampai hari sabtu atau ahad. and tk sure la online balik bilaa, takde laptop :/






SELAMAT HARI RAYA HAJI !

Tuesday, November 24, 2009

A : hello :) tengah buat apa ?
B : erm, tengah online.
A : tu je ?
B : and bernafas xD
A : oh hahaha.



perbualan ini, yang merapatkan aku dengan dia :')

and i go whoaa all over.

' Kalau orang masa depan dah ada mesin tukar masa, mesti zaman kita sekarang dah ada manusia dari masa depan, betul tak ? '



;D

you'd see me waiting for you on the corner of the street

hey hi hello :)


semalam takde keje nak buat. memang sangat-sangat takde keje. so akhirnya muncul idea untuk mengemas bilik yang macam tongkang pecah, memang bukan bilik anak dara. hahaha. kemas meja study yang penuh dengan kertas-kertas exam and kertas tak guna, buku-buku lame, kemas kotak simpanan, almari buku. dekat 3 jam kot kemas. hahaha.

lepastu kemas almari baju. baju-baju yang dah lama and tak pakai tapi masih dikeluarkan. nak derma kat rumah anak yatim tu :) tapi tk sure bila nak hantar, mama sekarang busy, selalu balik malam.

malam memang tidur mati, penat gilaaaaaa. hahaha.



meja study aku sekarang ada buku teks form 2 je banyak. hersh aku rasa aku takk ready. macam tebalje semua buku form 2. gerun aku tengok buku tu especially sejarah dengan geografi. first bab dah panjang berjelaaaaaaa. takpe takpe sabar.





I'M GETTING OLD :/

how can i move on if i'm still in love with you ?

hey hi hello :)


sorryla lambat post pasal ni, tertangguh sebab tk dapat online. hari ahad adalah hari mama masak sedap-sedap untuk membuncitkan perut anak-anaknya yang memang hantu makan ni :) so pagi tu teman mama pegi pasar beli barang-barang nak masak. masa tu teringat, mama dah lama tk masak steamfish, so pujuklaa mama untuk masak steamfish, and HOYEAHHH berjaya, heeeee ;D

so beli 2 ekor ikan dengan bahan-bahan, mama beli udang sebab nak masak udang masak sambal. pergh time tu dah lapar ah, hahaha xD and hari sabtu tu mama dah cakap hari ahad tu aku dengan kaklong kena tolong mama masak, hahaha. tapi bukanla masak sepenuhnya, mama yang masak kitorang buat kerja sampingan jee.

so enjoy the pictures eh ? ( sempat lagi snap, penting penting ! xD )












sesi menyebok sebentar



takde sofea kat dapur untuk mengacau memang tk sah. kalau tk bagi die masuk, die akan ketuk pintu tu sampaila ade org bukak, budak kecik budak kecik.

sorryla kalau gambar tk ikut turutan, malas. heeee. memang nampak simple tapi kenyang gilaaa aku makan. mesti ah bertambah en ? xD gemuk ah cutiii ni. hahaha. macamni aku taknak ah belah dari rumah ni pegi memane, kenyang makan duk umah sendiri, tempat lain tk best :)

may you burn in hell





sumpah ini kurang ajar gila. menghina ISLAM. korang takde benda dah ke nak buat ? and ada this guy cakap,

' no more muslim, muslim is ajaran sesat, i tell you ' - minit 2.07 sampai habis.

KEPALA LUTUT KAU. kau apa tau ? pernah menganut agama ni ke ? aku taknak hina agama kau tk kira la kau agama apa sekali pun. tapi ini dah melampau. teramat-amat melampau. ada otak tak ? ke tk reti guna ? aku rasa otak kau tk cukup merah kot, tu yang memang sangat tak normal. takpe takpe, tunggula Yang Maha Esa balas perbuatan kau.


aku jumpa video ni kat myspace, taufiq post kat buletin. ni isi buletin dia,

aksi sesetengah orang yang tidak sedar diri dan menghina agama islam.
semoga mereka dilaknat oleh Allah.
please la, you all got nothing better to do then insult people's religion is it?
you and the rest of you who support this action or think its funny,
MAY YOU BURN IN HELL.



terima kasih taufiq.

Monday, November 23, 2009

hey hi hello :)


semalam pegi masjid india. kaklong nak pegi shopping tudung, nak cari tudung syria ( betul ke eja ni ? o.0 ). mama keluar dengan abang ngah pegi meeting pagi tuu, balik tu kitorang terus straight pegi masjid india.

sampai tuu cari-cari-cari, tapi tk jumpa. so pegi makan kfc dulu, sofea dah merengek. panas kott. lepas makan kitorang pusing lagi cari-cari. aku beli satu dress floral. mama beli kain dengan 2 tudung. and dah lama pusing baru jumpa tudung jenis and design kaklong nak. warna pink. so yeah die beli.

lepas pegi masjid india, terus straight pegi IJN ( Institut Jantung Negara ), sebab kat leher abang ngah, bahagian dalam i think, ada some kinda infection. merah teruk and macam bengkak. so pegi daftar kat emergency and tunggu doktor.

tapi sofea merengek, badan dia tk sedap. die tk sihat. so aku, sofea, mama and kaklong balik rumah dulu. biar abang ngah jumpa doktor and selesaikan. petang tu abang ngah call cakap doktor kata tkyah admitted kat hospital, so boleh balik. alhamdulillah :)


oh his birthday is this thursday and i didnt buy anything yet. goshh.

and since kaklong suh bawak camera, we did snap some.











Last but not least




;D

Saturday, November 21, 2009

they complete my life :)

hey hi hello :)


ni gambar-gambar masa last week of school. enjoy :)









edora :)





addiction xD







now i know, he is cute, hahaha.


stress main congkak, hahaha.


alalala :)


ini sebab dia tknak ambik gambar ;P


she's mine :)

priyashini :)


thiviashini :)
phuja :)

budak paling poyo xD

anis athirah :)



























i love you zieeban :)



aksi terbaru.



nisaa's.







solihin xD






pergh, penat ah aku update post ni. banyak gilaa upload gambar -.-