Daisypath Anniversary tickers

aww, birds :)

Thursday, December 31, 2009

dan akhir kata ,

Ini merupakan post terakhir untuk bulan Disember, pada tahun 2009. Tsk Tsk. sedihnyaaaa. Apa apa pun, semoga tahun 2010 dapat memberikan kehidupan yang lebih bahagia dan tenang, untuk semua orang, Amin :)





SELAMAT TINGGAL 2009 :'(






p/s : ramai yang bersedih malam ni, tknk 2009 berlalu. saya pun saya pun ! sayang nye nak tinggalkan :(

Encik Sony , saya minta maaf.

hey hi hello .


petang tadi mama ajak pergi giant kota damansara, sebab nak pegi kedai phone kawan lama mama , nama dia Kenny. dulu kedai die dekat tstoree , tapi dah 2 bulan kot pindah situ.

nak pegi kedai kenny sebab dah biasa dengan dia. dah dekat 10 handphone kot beli dekat kedai dia. so boleh dapat diskaun, and freebies. hahahah xD

so yeah , nak tukar phone aku dengan kaklong. kaklong punya phone CSL , tak bagus punyaaa ==" speaker rosak la, asyik dengar tk dengar , tah banyak lagi kot. aku punye makin teruk , speaker rosak, keypad tanggal xD asyik on off, memory card tk read, lost content. so akhirnye, mama bagi kitorang tukar phone ! ^_^


aku beli nokia 2700. simple je, malas nak amek berat-berat. Maaf encik sony, saya berpaling tadah terhadap awak. bukan sengaja, semua handphone awak tetap di hati saya tapi saya nak beralih angin dekat nokia, takpe kan kan ? ^_^


Ehh tengok kaklong punye phone. die pilih nak high taste jea xD


kaklong beli phone ni. Samsung Corby. phone ni tengah ada cam sale , so yeah agak murah. and dia touchscreen, nokia punya touchscreen mahal so kaklong beli ni je. and sebab , ada warna KUNING. tak logik kan ? hahaha. kaklong memang suka gila warna kuning. so die pun amek phone tu, hahaha.


ni la phone sony aku , yang aku jual. masa nak jual phone ni , aku .... NANGIS. hahaha. lawak gila, tapi memang aku nangis. tak tahan kot , entah kenapa. antara semua phone yang aku pernah ada, phone ni yang PALING aku sayang. paling paling paling sayaaaaang. banyak sangat kenangan dengan phone ni. takpela awak , awak teman saya masa saya nak masuk sekolah menengah, tapi saya tak habis lagi sekolah menengah , awak dah tinggalkan saya. kenapalaaa awak rosak cepat sangat T___T awak jangan risau eh ? InsyaAllah saya tk akan sayang phone lain , macam saye sayang awaaaaaak. Awak tahu tak , rasa pelik nak taip msg bila guna phone nokia, saya dah biasa taip msg guna awak je tahu. nanti bangun pagi dah takde phone nak flip. kalau awak tak rosak , memang saye simpan awak lama lamaaaaaaaaaaaaa. haih takpe takpe, semoga awak bahagia ehh :)

lepas beli phone , bawak sofea main kat taman tepi tu japp. then pegi makan , lepastu balik. Sumpah rasa weird dengan phone baru nii :'(




p/s : first time aku beli phone, aku tak happy. selama ni aku yang terlebih excited.

tsk :'(

' esok dah tahun baru , hari ni akan jadi tahun lepas '
- muhd ridha :(

oh dah sampai dah ? :(

hey hi hello :(



tak ade mood nak gembira. sebab aku rasa nak nangis lepas baca blog semua orang pasal 2009. haish sedih sedih. Tsk tsk.

Hari ni merupakan hari terakhir untuk 2009. hari TERAKHIR. bila cakap macam tu kan, and sebab aku dah tua ==" and makin boleh berfikir dengan waras sekarang , baru aku rasa sedih bila ingatkan hari ni merupakan hari terakhir bagi tahun 2009. takkan ada lagi tahun 2009 dah. takkan ada lagi tarikh 29.4.2009. baru aku sedar nak sedih. haih.

macam beberapa orang lain jugak, tahun 2009 memang tahun tak best. tak semua tak best tapi die punya tak best tu memang tahap tak best sangat sangat. tahun 2009 mengajar aku macam-macam tentang high school. aku jumpa macam-macam jenis orang, macam-macam jenis ragam.

Tahun 2009 banyak beri kenangan terhebat dan termantap buat masa sekarang. Ingat lagi masa first day sekolah, teragak-agak je nak sarung kain warna biru cair sebab terfikir, bukan tahun lepas aku pakai kain biru gelap ke ? cepatnya dah tua T____T teragak-agak nak masuk sekolah menengah, muka takut-takut je, sebab ramai tak kenal. yela junior kan.

masa awal tahun semua baik-baik je, takde nak gaduh-gaduh. muka manis je mulakan salam perkenalan. masa tahun 2009, ibans mula rapat :') walaupun terpisah kelas, TAKDE HALANGAN LA. mesti tetap bersama. dan bergaduh juga merupakan satu kemestian :) mempunyai ibans dalam hidup aku memang cukup bermakna. sebab diorang lah tempat aku gelak ketawa menangis duka mereng sewel. semuanya mesti dengan dorang. Dorang dah terlampau kenal aku sangat dah, sampai tk payah nak cakap untuk terus terang, dorang dah terjah dulu. Semoga hubungan baik ini berkekalan sampai bila-bila :')

tahun 2009 jugak banyak mengubah ahli-ahli kelas rk form 1. kitorang makin rapat dari hari ke hari. walaupun the boys panggil zulaikha bonzer , panggil hajar jongos, tapi kitorang tetap stick bersama. masa awal tahun, semua perangai masih kanak kanak ribena. perangai masih lupa dunia. tapi bila dah dekat akhir tahun, memang banyak gila perubahan.

yang lelaki dah makin matang, makin baik, makin sopan santun, belajar menghormati kitorang yang perempuan. dan sejak tu kitorang semua makin rapat :') aktiviti netball, softball, cat dan kemas kelas, aktiviti lari dari koko, aktiviti bawak barang-barang dilarang ke sekolah, aktiviti mengutuk dan bergosip * Woops , aktiviti buli membuli, and banyak sampai aku tak tercakap. memang happy sangat dengan korang semua :')

2009 jugak buat aku rapat dengan 1st ever kakak angkat aku, Nurul Farhana bt Suhaimi. masa tahun lepas nak jumpa pun takut takut, tak banyak cakap je. hahah. dia banyak tolong aku :) thank you dear ,,

tapi banyak je benda buat aku tak happy, yang membuatkan air mata ni menitik menghujani bumi ( skema gila ayat, hahaha ). aku belajar untuk mempercayai orang, walaupun kepercayaan aku dikhianati. aku belajar untuk menyayangi orang, walaupun kasih sayang aku dijadikan bahan mainan. aku belajar untuk jadi sabar dan tabah waktu orang semua benci aku dulu. Terima kasih kepada yang setia di sisi, sangat sangat terima kasih :)

aku masih tk ready nak masuk tahun 2010. aku rasa , kenapa cepat sangat aku dah nak tua ni ? T____T macam baru semalam je aku masuk darjah 1, menangis-nangis masa kene tinggal dengan kaklong dalam kelas masa first day, haha typical gila kan ? xD macam baru semalam je aku kemas kemas rumah, nak pindah kat sungai buloh ni haa. macam baru semalam je aku jadi pelajar skbrp, amek result upsr sampai nangis nangis, hahaha.

macam baru semalam je aku daftar untuk jadi pelajar form 1 smkbrp. beli buku bertimbun, beratur panas-panas waktu 1st week sekolah sebab kene sekolah petang, berebut lari ke surau untuk solat. macam baru semalam je dapat tawaran masuk rk , nangis nangis dapat masuk. kuikuikui :P macam baru semalam je aku rapat dengan ramai orang, kenal dengan orang ini, orang itu.

bukan semuanya baru semalam ke ? :(

cara aku cakap macam melawan takdir je kan, hahah takdela. cuma tak ready nak masuk 2010. tak ready nak menjadi tua. tak ready nak angka umur menaik. tak ready nak harungi semua drama again. tak ready nak study gila-gila sebab next year pre-pmr. tak ready untuk semuanyaa , haih.

tapi nak taknak kena masuk jugak kan. Kalau freeze kan diri punnn, tunggu ratus tahun kemudian baru unfreeze, time tu pun semua nya dah hilang, takkan ada yang berulang. kena lalui semua ni dalam proses kehidupan. dan terima kasih kepada semua yang telah terlibat dalam proses kehidupan aku :')

sighs. walaupun tahun 2009 memang sucks bagi aku, tapi tahun ni jugak paling bermakna bagi aku. TAHUN NI TAKKAN BERULANG DAH. hargailah hari terakhir 2009.

apa apa pun ,

HAPPY NEW YEAR :)








p/s : selamat tinggal 2009 :( hati oh hati, mulai sekarang, mula lah belajar menerima perubahan.

hanafi :)

fatin , epi ,


banyak gak aku tengok kelas dah berubah ,

contoh ?

kat belakang tu , kenapa semakin bersih ?

HAHAHA.

bukan sepatutnya kotor ke ? haha ,

wei perli eh , hahaha.




entah kenapa dalam banyak-banyak budak laki batch aku, dengan epi je aku boleh cakap secara matang. the boys lain mesti kejap je serious, lepastu buat lawak. haha sayang kau epi :) semoga berjaya kat asramaaa !

Wednesday, December 30, 2009

hue :(

hey hi hello (:


tengah hari tadi pergi sekolah , nak tengok list nama kelas rk. and dah siap bawa camera , sebab nak amek gambar. hehehe.

list nama kelas 2rk1.


list nama kelas 2rk2.

then aku tengok nama kelas untuk 2A tahun depan. ade few peeps jugak kot aku kenal. tapi yang paling tinggi sekali tu memang peratus die tinggi la, lagi tinggi dari nisa. sebab nisa yang first among both classes.


yang pertama tu, peratus budak 1st kelas 2A 2010.

yang pertama sekali tu peratus nisa ;D


lepas tu aku masuk kelas 1rk1 dengan 1rk2. sebab aku rindu sangat-sangat :')



depan kelas 1rk2 :)

rasa pelik , tengok semua kosong :/



walaupun tak cantik, tak hebat macam orang lain, tapi aku tetap rindu masa kitorang berebut nak tampal kat belakang kelas :')


tengok, sampai ke dinding papan kitorang tampal, hahaha.

walaupun tk kreatif, tetap sayang !

aku baru perasan ade cam pembaris. tu meja untuk kelas rk2 o.0

depan kelas 1rk1.



ingat lagi korang pasang bendera tu, hahaha.

nangis tengok stor ni tadi. sebab ingat masa tu kita ramai-ramai cabut koko, tengok movie kat laptop hajar dalam ni. sekali mummy datang, kelam kabut semua orang. hahaha :')


dan akhir sekali, ini merupakan warna cat baru sekolah brp.
er tak tahu nak cakap apa :/
tapi okay kot, warna terang. excited. semangat kot pegi sekolah, HAHA xD





p/s : harini hari last rabu untuk 2009 :(

qamarul !


Encik qamarul, siapa benarkan awak guna nama no fat in susu soya tu ye ? nak kena denda ni.



ni lagi satu. EHEM, awak ajar satu hari je pakcik oi. lepas tu tak ajar langsung. mane la org nak ingat, kuikuikui xD

Ehh tk kira, nak denda jugak.

comel comel.


teheeee. BIARLAH ! :)

Tuesday, December 29, 2009

tag

Tag by kak sha , susu , kak anis , amri . Sory la lambat, hehehe ;D


Adakah anda rasa anda hot ?
Tak ? rumah banyak kipas.


Upload gambar kegemaran anda


Cerita pasal gambar ?

Hm masa kat city square, kat johor. Suka gambar ni sebab semua have fun and comel. haha Perasan :P


Bila kali terakhir anda makan pizza ?

lamaaaa dah. takde sape nak belanja :(


Lagu terakhir yang anda dengar ?
A note to God - Charice


Apa yang anda buat selain menyelesaikan tag ?
facebook , mys , ym.


Selain nama sendiri , anda dipanggil nama apa ?
aya , no fat in susu soya xD ( cant believe i said that )


Tag lagi 6 orang

Ahmad Fawwaz

Norfarani

Haziqah hashim

Hezrin Busuk :P

Faizi ( koji )

Qamarul


Siapakah orang no. 1 pada anda ?
ehem , mine <3


Kata sesuatu mengenai orang no. 5
lain kali kalau keluar dating dengan kaklong, tak belikan barang, siapla :P


No. 3 ada hubungan dengan sapa ?
Gabe Saporta ;)


Bagaimana pula orang no. 4 ?
wei dia ramai isteri , tahla :P


Pesanan kepada orang no. 6 ?
fatin doakan q berjaya bukak cafe and studio sekali, heeee ;D


Apa kelebihan anda nampak pada orang no. 2 ?
Dia kakak saya dan dia suka ketuk kepala saya. ( kelebihan la tu kan, tak semua buat :P )

tsk.


Saiful. dia dah buang gambar aku dari prof dia. lepas aku bagitahu dia benda sebenar. and dia jauhkan diri dari aku. Haih kan aku dah cakap, mesti jadi macam ni. Tsk.

:) !

AUNTIE JAF !
happy birthday to you, happy birthday to you, happy birthday to Auntie Rock , happy birthday to youuu ! ;D


♥ thank you sebab jadi auntie yang awesome, hehe.
♥ thank you sebab banyak tolong saye, kesian auntie kan selalu kena jemput hantar saya kalau ada pape hal, THANK YOU.
♥ thank you sebab selalu back up saya kalau sakat iqa ( walaupun selalunye auntie back up dia ) xD
♥ thank you sebab benarkan saya datang rumah auntie and buat kecoh, hehe.
♥ thank you semuanya tau !




p/s : sorry lambat, internet connection gila kat sini. susah online.





Monday, December 28, 2009

finally

I REALLY DO MISS YOU , BLOG.


dah dekat 3 hari tk online, sebab internet connection tak dapat connect, kena sambar petir kot. kan lately banyak hujan petir.

haih , sikit je lagi nak masuk 2010. kejapnye 2009 dah nak over. sucks. sheesh.



p/s : hari last monday for 2009 :(

Saturday, December 26, 2009

kenapa real gila ? :)

N : You like to work, but you always want a break.
O : You are very open-minded.
R : You are a social butterfly.
F : Everyone loves you.
A : You can be very quiet when you have something on your mind.
T : You have an attitude, a big one.
I : You are always smiling and making others smile.
N : You like to work, but you always want a break.

S : You are very broad-minded.
U : You feel like you have to equal up to people's standards.
R : You are a social butterfly.
A : You can be very quiet when you have something on your mind.
Y : You cause a lot of trouble.
A : You can be very quiet when you have something on your mind.

B : You are always cautious when it comes to meeting new people.
T : You have an attitude, a big one.

N : You like to work, but you always want a break.
O : You are very open-minded.
R : You are a social butterfly.
A : You can be very quiet when you have something on your mind.
Z : You're always fighting with someone.
M : Success comes easily to you.
I : You are always smiling and making others smile.

You like to work, but you always want a break. You are very open-minded. You are a social butterfly. Everyone loves you. You can be very quiet when you have something on your mind. You have an attitude, a big one. You are always smiling and making others smile. You are very broad-minded. You feel like you have to equal up to people's standards. You cause a lot of trouble. You are always cautious when it comes to meeting new people. You're always fighting with someone. Success comes easily to you.



* Err since when i trust facebook's quizzes ? ceh. Ehh tapi memang betul doh ,

when you turn to hide your eyes, cause the movie it made you cry, thats when I love you, I love you a little more each time

Photography Pictures, Images and Photos



hey hi hello (:


ni dahhh mengantuk sebab baru balik dari keluar tapi esok malas kot nak update so yeah baik habiskan terus malam niiii. tak baik doh tangguh tangguh :)

bangun pagi telah dikejutkan oleh my boy , mintak maaaaaaf. heeeee ye ye telah dimaafkan :) lepastu sambung tidur macam biasa xD around 8.50 camtuuu , kak tqa message , cakap dorang satu keluarga dekat taman. so die ajak datang. Hehehe gagahkan diri jugak ni bangun untk ke tamaaaaan, sebab semalam memang dah ajak dorang pegi taman pun, and nak wish kak yati
sebab dapat result bagus.

KAK YATI ! CONGRATS DAPAT 8A ! ;D

sampai sana, terus jumpa dorang kat buaian. kitorang main lawan-lawan buaian kejap. lepastu ada sesi tangkap gambar, kak yati la tk habis-habis, mwahaha ! xD and entah kenapa , aku malu nak ambik gambar. jarang kot wehh :P

kak jim : sejak bila fatin malu nak amek gambar ? :P

tak pasal-pasal je. hahaha. then tengok afiq dengan kakak die photoshoot kat taman situ jugak. around 9 something, dorang semua nak balik. so aku pun balik jela, takdela penat sangat tapi at least exercise xD

duduk kat rumah macam biasa. makan tidur tengok tv. tak dapat online siang tadi sebab mama guna lappy :( masa tengah balut buku kat dalam bilik, kaklong datang tunjuk baju and try sebab esok nak pegi dating dengan koji, ececece genap 3 minggu la tu :P

then pegi bilik mama and lepak situ, buat mother-daughter talking, hehehe. tetibe mama cakap lepas makan terus siap, nak keluar pegi mid. aku punye excited, dah tk macam budak 2 tahun dapat lolipop, hehehe. and mama cakap nak pegi naik ktm, saje je. kes bosan la ni, huahuahua.

then continue buat keje macam biasa. tengah hari tu tertidur kat ruang tamu dengan sofea, sementara tunggu mama sangat. bangun-bangun je dah lapar gila, terus makan. hehehe. pandai gilaaaa :) then kitorang semua lepak depan tv , tengok christmas movie. sebab tu la christmas best, sebab banyak movie best and touching touching ni, meaningful ;D

then mama cakap tak jadi pegi mid hari ni, esok kot pegi. sebab malam ni nak keluar pegi tempat lain. hm agak kecewa sebab dah put hopes, tapi ikut jela. itu la satu benda aku benci pasal diri aku, cepat sangat letak harapan kat something, tak dapat je kecewa tahap dewa, tak pasal-pasal je moody.

bila abah sampai je, mama terus suruh pegi siap. sebab nak pegi dinner kat luar. so aku siapla, and aku bawak beg sebab bawak camera sume, malas nak pegi nanti leceh. tak pasal-pasal kena marah -.- pegi dinner dekat pak ramli kopitiam tu, heeee creamy mushroom chicken rice die sedap la ! haih makan makan, gemuk pun menanti. lemak ohhhhh lemak.

then terus pegi citibank dekat kl, mama dengan abah nak uruskan ape tah. kitorang duk dalam kete jeee. masa otw balik tu, sepatutnya ikut jalan balik sg buloh tapi abah tersalah jalan, so mama cakap terus pegi dataran merdeka jela, dah alang-alang jalan ke kl tu kan. so yeah kitorang pegi dataran merdeka :)

sampai sane je, ingatkan tknk turun, nak jalan naik kete pusing-pusing je, tapi tetibe nampak ada jual jual belon, so mama nak belikan untuk sofea. then kitorang sume turun kecuali mama, sebab mama nak duduk dalam kete je.

bawak sofea memang tk pernah tk meletihkan. dia tknk didukung, asyik nak turun je. kalau turun diri sendiri and duduk diam takpe, ni lariiiiiiiiii je keje. aku yang letih mengejar dia. yang dia happy sangat tu dia lari kat padang tu and aku kejar dia. kitorang lari macam dunia ni kitorang yang punya ;D

dah beli belon, sofea jumpa satu bola ni yang jenis design tajam tajam tu, and bile tekan button, die menyala berlampu, berlagu and bergetar. so sofea suka and dia nak abah beli. lupe ke budak kecik ni demanding ? hahaha. lepas dah beli sume tu, main-main kejap and terus masuk kereta sebab hari dah malam. meraung si kicik tknk balik rumah, hahaha.

and dekat situ banyak gila pasangan couple MELAYU dating. pakai tudung ke tak pakai tudung ke same je. dahtu tanpa rasa segan silu berpeluk peluk, pegang tangan, raba sini sana depan orang ramai. muka steam nak mintak kaki saiz 15 belas je, kalau kaki aku sepanjang tu, aku bagi kau free weh, 1 sen pun den taknak.

bila dah sampai sg buloh, mama dengan abah nak pegi minum, so kitorang pegi minum dekat Taqwa kat brp 1 tu je. and masa tu pulak, ada meja sebelah kitorang ni ada 3 lelaki, bujang kot sumenye. tetibe tengah kitorang makan, tengok sorang laki ni gaduh tengah sorang pelayan mamak ni, sampai angkat-angkat kerusi nak belasah mamak ni.

sebab dia hanyalah air milo yang dihantar, tk seperti yang di-order. haih tk ke bongok, kau ingat kau belasah mamak tu, dia ke yang buat air ? DIA CUMA HANTAR JELA.


lepastu mencarut kuat-kuat dekat situ, mana budi bahasa eh manusia ? mana hati perut kau ? reti makan lepastu kau terus berak ke ? takde simpan dalam perut ?

BUAT MALU AGAMA ISLAM. BUAT MALU KAUM MELAYU.

abah cakap lelaki tu sampai baling puntung rokok dia kat muka mamak tu. HAIH BIKIN PANAS JE KAN. ingat taiko sangat la tu ? sekali tauke kedai datang, terduduk kau. apa time tu terfikir pulak muka kau dah dilenyek lori atas jalan ? haih bodoh gila nak mati. sebab kan milo ais je, hilang budi bahasa segala akal otak yang telah Allah anugerahkan. kesian aku tengok mamak tu.

dah tengok semua tu, terus takde selera nak duduk lama-lama. cepat-cepat habiskan makanan and terus balik. tapi rasanya dah tknk dah buat semua ni, walaupun best. walaupun have fun. tapi tk sanggup dah kot. duduk rumah diam diam tengok tv ke ape ke senang je aman hidup.


Heeee okay lah nak tidur, penaaaaaaaat. gdnight peeps <3

Friday, December 25, 2009

tak faham.



aku tk faham. haih nama dia Saiful. die budak form 2. kitorang sama sekola masa primary dekat cheras dulu. batch die dengan dengan batch aku memang rapat gila. so die agakla rapat dengan aku.

haritu chat dengan dia kat myspace, tetibe die cakap die suke aku. die mintk couple. aku ckp tknk. and die ckp aku jela anggap die mcm kwn biasa, tpi bila ada org tanye die sape gf dia, die aku jawab nama aku.

and harini, die suruh aku tengok profile die. die letak tu, dekat profile tu. HAIH AKU TK FAHAM WEH.

mcm mana nk suruh die remove and reject dia tapi, tk menjejaskan persahabatan kitorg ?

Thursday, December 24, 2009

muhammad fikri norazmi


JULINI Mohd. Ali bersama penyumbang dan penerima bantuan Yayasan IJN pada Majlis Penghargaan dan Sumbangan Kasih di IJN, Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 22 Dis. – Yayasan Institut Jantung Negara (IJN) berjaya mengumpul RM1,329,968.75 tahun ini bagi memberi bantuan kepada pesakit daripada keluarga miskin dan berpendapatan rendah.

Pengerusi yayasan itu, Toh Puan Dr. Aishah Ong berkata, dalam jumlah itu, 87 peratus didermakan oleh badan-badan korporat, organisasi serta beberapa individu yang sangat prihatin terhadap nasib pesakit IJN itu.

“Sumbangan diterima juga membolehkan IJN menjalankan pembedahan terhadap beberapa pesakit dan membeli dua unit mesin alat bantuan pernafasan bernilai RM90,000 untuk kegunaan pesakit kanak-kanak dan bayi di Unit Rawatan Rapi Pediatrik,” katanya.

Teks ucapan beliau dibacakan Pengerusi Penubuhan Tabung, Pemegang Amanah Yayasan IJN, Datin Julini Mohd. Ali pada Majlis Penghargaan dan Sumbangan Kasih anjuran IJN di sini hari ini.

Pada majlis itu, pesakit yang menerima bantuan daripada beberapa badan korporat diberi peluang mengucapkan terima kasih kepada penderma masing-masing.

Dalam pada itu, Dr. Aishah berkata, Yayasan IJN pada tahun ini membelanjakan kira-kira RM2.1 juta bagi membayar kos rawatan 73 pesakit miskin.

“Pembedahan serta rawatan dilakukan terhadap 34 pesakit dewasa dan 29 kanak-kanak di IJN itu,” jelasnya.

Menurutnya, sembilan pesakit telah menjalani pemindahan jantung dan dua orang lagi pesakit telah dipasang dengan alat bantuan jantung mekanikal.

“Jumlah yang dibelanjakan juga termasuk perbelanjaan kebajikan bagi pesakit yang memerlukan bantuan penginapan, makanan, tambang, alat peranti dan juga pengurusan jenazah,” katanya.

Sementara itu, seorang pesakit yang pernah menerima bantuan yayasan IJN, Muhammad Fikri NorAzmi, 17, berkata, kini dia aktif seperti remaja lain dan mampu menjalankan kegiatan aktiviti harian tanpa halangan.

Katanya, IJN menjalankan pembedahan jantung mekanikal pertamanya pada Disember 2005 lalu dengan memasangkan Peranti Bantuan Ventrikular Implantabel (IVAD).

“Pembedahan mekanikal ini adalah yang pertama seumpamanya di rantau Asia dan Australasia.

“Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yayasan IJN yang memberi ‘kehidupan baru’ kepada saya,” katanya yang merupakan pelajar A Level di Kolej Brickfields Asia.

Suri rumah, P. Sarasa, 58, berkata, beliau menghadapi masalah jantung berlubang empat tahun lalu dan ia berakhir dengan pembedahan di IJN pada Februari lalu.

“Keluarga kami difahamkan pembedahan memakan kos yang banyak. Tetapi kami tidak mampu untuk membayar kos itu.

“Yayasan IJN sanggup menawarkan bantuan penuh untuk menjalani pembedahan serta rawatan selanjutnya,” kata beliau yang berasal dari Seremban.

Sementara itu, seorang murid sekolah rendah, S. Nivethaa, 9, pula berkata, dia mempunyai masalah jantung berlubang sejak umurnya lapan bulan lagi.

“Saya telah menjalankan rawatan sejak kecil dan pada tahun lalu IJN telah melakukan pembedahan.

“Kosnya adalah RM66,000 tetapi ibu bapa saya hanya membayar RM500. Selebihnya ditanggung Yayasan IJN,” katanya.


budak lesu ditinggal amah


KUANTAN - Seorang kanak-kanak perempuan yang baru berusia setahun 10 bulan ditemui lesu oleh ibu bapanya selepas kanak-kanak itu dipercayai ditinggalkan lebih sembilan jam terkurung di dalam rumahnya di Taman Rasau Perdana di sini Isnin lalu. Mangsa, Nor Sharmilar ditinggalkan seorang diri dengan berbekalkan sebotol susu gara-gara pembantu rumahnya melarikan diri dipercayai mengikut kekasihnya.

Kanak-kanak itu ditinggalkan di atas katil di dalam rumah tersebut sepanjang ibu bapanya, Sofian Abd. Rahman, 32, dan Norhaslina Mohd. Jamil, 32, keluar berniaga seawal pukul 8.30 pagi pada hari berkenaan.

Sofian berkata, dia hanya mengetahui anaknya ditinggalkan berseorangan selepas sampai ke rumah bersama isterinya pada pukul 6 petang.


bibiknya yang hanya dikenali sebagai seri.



haihh, dah la budak tu comel. nasib baik hidup lagi. umur baru setahun 10 bulan, kecik lagi dari sofea. haih aku tkleh bayangkan kalau semua ni terjadi kat sofea, mintak-mintak dijauhkan. yang orang gaji tu pun, dah kahwin ada dua orang anak pun masih lari ikut pakwe, die tk fikir kalau apa yang die buat tu terjadi kat anak die ? manusia manusia, bodoh. kesian budak tu, dari pagi sampai petang tk makan. tak mandi, tk tukar pampers, kalau die berak macam mana ? tk luka ke nanti kemaluan die, tk gatal-gatal ke sebab tk tukar pampers ? sekali lagi , bodoh. itu budak kecik, sedangkan orang tua pun susah nak survive kalau tk makan, inikan baby. yang kau bagi sebotol susu je, haih bodoh tahu orang zaman sekarang, PENTINGKAN DIRI.

mintak-mintak keluarga aku tak akan lalui keadaan macam ni, amin.

little angels.

photography Pictures, Images and Photos

Photography




awwh , adorable !

Wednesday, December 23, 2009

my dear ,

NURUL FARHANA BT SUHAIMI


happy birthday dear ! semoga akak panjang umur dan dimurahkan rezeki. and semoga dapat 8A untuk pmr tahun depan, I LOVE YOU DEAR !





p/s : sorry lambat wish tahu.

Tuesday, December 22, 2009

just jump, shout and dive freely, its free country.

hey hi hello :)



4 words : MIDVALLEY DAY WAS AWESOME !


harini dah plan nak pergi mid dengan fawwaz , afiq , kak tqah , kak jim and kak shu. aku pergi rumah nisaa pukul 8.30 camtu sebab tumpang afiq nak pegi ktm kuang. semua cakap nak berkumpul ktm kuang. around 9 macamtu afiq dengan kakak die jemput , terus pegi ktm kuang.

group kak jim masih tk sampai lagi, so kitorang beli tiket dulu. abang kaunter tu sengal gila tknk amek 50 note aku bagi , nak duit kecik jugak, hish. tunggu punya tunggu punya tunggu, afiq cakap masuk dalam dulu sebab dorang lambat lagi. masa tengah tunggu train, afiq cakap kak jim and group terus kat ktm sungai buloh, sebab dorang lambat lagi, kitorang kena gerak dulu. masa tu macam awkward gila kot, hahaha.

sampai je kitorang pegi jalan-jalan jap, lepastu terus gerak pegi tempat wayang, beratur gila nak mati tahap dewa panjang :o masa kitorang tengah beratur, kak jim and the group sampai. lepas tu semua cakap lapar, terus tak jadi beratur. hahaha. lagipun masa tu sistem tergendala, tu yang panjang sangat sangat sangat.

so kitorang duduk makan-makan dekat atas. aku tak makan pun :P dekat atas tu kecoh gila. afiq and kak jim satu meja, aku fawwaz kak tqa kak shu duduk satu meja. masa borak-borak tu, tetibe nampak nabil kelas 2rk tu kat bawah ( kitorang kat mc'd tempat duduk atas ). so afiq pegi turun jumpa dia , rasuah beli tiket sekali :P so yeah die tolong , hahah.

then afiq dengan kak jim turun, beratur beli tiket. sementara tunggu dorang tu, kitorang sempat main truth or dare lagi kat atas meja tu, guna eyeliner aku sebagai pemusing, HAHAHA. tapi dorang beratur lama sangat, so kitorang decided nak turun beratur sekali.

afiq and kak jim tinggal kan je burger tk bermakan atas meja tu. so aku laaa yang kena turun mintk plastik, since dorang tknk mintk, and sebab aku paling muda. hahaha.

fatin , abang kaunter ,

hm boleh bagi plastik ?

cakap macam ni ' abang , nak plastik boleh ? '

* wth * hm abang nak mintk plastik boleh ? * Sarkastikkkk


sumpah aku benci abang tu. nasibla kau kalau bertukar jadi katak malam ni, tak dapek den nak nolong.


so bagi burger tu dekat dorang, kitorang berempat pegi jalan-jalan dekat kedai-kedai kecik kat situ, hehehe. biarlah dorang berdua je beli tiket, mwahaha. lepas dah beli tiket, kitorang pergi jalan dekat petsworld. masa naik tangga, semua dah bau busuk padahal tk sampai lagi, hahaha.

walaupun busuk, tapi beeeeest. aku suka tengok haiwan comel-comel dalam tu. dorang pun happy je tengok, haha kak shu paling best. die same macam aku. tengok haiwan tu lepas tu senyum sorang-sorang. then cakap-cakap dengan haiwan tu, hehehe. masa tu aku tengok baby hamster , macam baru bergerak gerak, aku leka gila. lepas tu senyum sorang-sorang, sebab baby hamster tu comel sangat sangat ! tapi fawwaz kejam pegi kacau, padan muka lepas tu kena marah, mwahaha :P

lepas tu kak shu cakap nak pegi MPH, so kitorang semua turun dekat mph. aku ni memang pantang tengok buku, memang lupa dunia terus. masuk je aku terus pegi bahagian teen novels. banyak gila buku aku nak beli tapi mahal. aku baca banyak gila sampai aku terus duduk atas lantai kat situ, baca. afiq perli je aku, kak jim tk habis-habis gelak. aku dah cakaaaaaap, kalau tengok buku memang aku lupa duniaa.
fawwaz dengan kak tqa pulak keje asyik merayap je dalam tu, tak paham aku, haha.

then terus pegi solat zohor kat surau. surau kecik and ramai gila orang o.0 bersesak kat dalam tu kejap. masa kitorang habis solat, dah pukul 1.40. tiket pukul 1.30. terus semua rush pegi kat wayang. masuk dalam wayang tu,kelam kabut cari tempat duduk. aku almost terjatuh kat depan tu, malu gila xD

okay overall AVATAR MEMANG BEST GILA NAK MATI TAHAP DEWA. memang tempat die best, grafik die best, action die best, jalan cerita ada. memang best gilaaaaaaa nak mati. aku menangis setiap kali orang mati sebab cerita tu memang best and sedih. PEGILA TENGOK WEI. tapi cerita tu nak dekat 3 jam, keras kejung kitorang dalam wayang tu.

tempat duduk terbahagi 3 - 3. afiq , fawwaz and kak jim duduk 3 tempat kat row tengah. aku, kak shu, kak tqa duduk bertiga kat row tepi belah kanan. aku, kak shu, afiq and kak jim yang pakai jaket pun sejuk gila nak mati, bayangkan fawwaz dengan kak tqa yang tk pakai. fawwaz sampai lari pegi toilet masa tengah tengok wayang tu, hahaha.

lepas habis wayang, semua berkejar pegi toilet. toilet perempuan full gila :o kitorang redah je janji hajat di hati lepas, hahaha. then pegi jalan-jalan shopping. kitorang pergi teddy tales and lovely lace sebab kak jim nak cari hadiah orang kahwin. aku dengan kak tqa beli barang sikit, and kitorang beli cincin dekat miss whatever, haha cincin bentuk tuuuu. kecoh gila kitorang masa tu masa nak pilih xD next time nak beli cincin kat bonita, lawaaaaa.

dah habis jalan-jalan, terus gerak pegi ktm. sebab kalau lambat-lambat nanti sesak, orang balik keje kannn. masa kitorang naik train tu pun dah sesak, penuh gila oraaaaaaaang. kitorang tk duduk pun, berdiri jeee. tapi best la, sebab asyik tolak-tolak macam nak jatuh je, gelak gila gila, haha kecoh nak mati. oh and fawwaz, thank you :')

aku, kak tqa dengan kak shu asyik kacau je sorang budak pompuan dua tahun ni duduk dengan mak dia, nama dia amni balqisha. comel gilaaaa. dahla masa tu die tengah pegang ayam KFC, kitorang asyik sakat je, hehehe. mula-mula die cam takut-takut tapi lama-lama die start senyum and gelak dengan kitorang, hehehe.

kitorang semua stop dekat ktm sungai buloh kecuali afiq, die stop ktm kuang. then lepak kat depan tu, tunggu abang kak jim and the group. aku tumpang dorang balik. hehehe thank you :) and fawwaz, happy tak mase tuu ? haaa :P

sumpah aku penat gilaaaaaaaaa. Ehh okayla nak pegi tidur, gdnight lovers <3



Monday, December 21, 2009

superpower

kaklong , kak in ,



kak in , saya dah cerita pasal pakwe saye. awak cerita la pulak pasal pakwe awak.

pakwe saye biase biase jeaa :)

oh macam la pakwe saya luar biasa , hahaha.

eee kak ar ni jahat tauu , hahaha.



sampai sekarang aku masih gelak kalau ingat , dahla kaklong cakap dengan mimik muka real je xD

:/

hey hi hello :)


heh aku malas nak update. tapi dah lama tak update. so nak update.


hari jumaat hari tu balik kampung. sebab atuk dengan wan tk sihat, mula-mula atuk nak buat operation kaki tapi doktor tk bagi , kondisi atuk tk membenarkan. so just balik lawat atuk dan wan jela. jamn gila babeng sebab semua balik, cuti awal muharam kan.

masa dah sampai around senawang tu, stop dekat petronas kejap. sebab temperature naik gilaaa sampai 130 :o so lepas dah tutup enjin, dah sejuk sikit, baru sambung perjalanan. sampai kuala pilah terus pegi kedai yang mak biasa pegi. lepas hantar kereta , naik kereta mak nak pegi cari kedai makan.

tengah on the way pegi parit, nampak eyai dengan diba lambai-lambai dari salah satu kedai makan tu. so terus stop makan situ je. kitorang kecoh gila masa tu. sebab takde orang lain sangat pun. abang ngah dengan aku asyik gaduh je.


fatin , abang ngah ,


wei pegi amek kerusi adik tu. kau hidup nak senang je kan :P

wei aku tk nampak la. kau hidup nak menyusahkan orang je kan xD

kau tu duduk je , hidup nak senang je kan

kau tu lagi hidup menyusahkan orang :P


kitorang kalau nak cari pasal, itu mesti ada lah, tak sah takde, hahaha. macam tak lengkap je pergaduhan kitorang :P lepastu makteh yang urut tu pulak datang join, lagi kecoh la. diba makan banyak ! makan rojak , lepastu nasi ayam. lepastu abc, air lagi. hahaha.

lepas makan , terus balik rumah wan atuk. kena masuk ikut jalan belakang rumah sebab depan tu ade kenduri kahwin, die pasang 4 khemah kot. so menutup pintu masuk rumah atuk and wan. hahaa.

rehat rehat. borak je kejee. malam tu keluar pegi emporium, beli barang dapur. balik tu kitorang parking kereta dekat bawah, and jalan kaki masuk rumah cepat-cepat. sebab malam tu ade majlis doa selamat dekat rumah pengantin. kitorang tak pergi sebab tak bawak baju kurung, tk tahu pulak ade kenduri.

mase tu pakai tshirt rumah jeaa, malu gila. yang lain sume berkurung bagai, hahaa.

esok pagi tu, takdela bangun awal mane pun :P bersiap nak pegi pasar and sarapan. pegi sarapan dekat kedai ah meng. jumpa makwok, lame tk jumpe :) then pegi jumpa atuk dekat tempat dialisis dia, and bawak die pegi makan. sebab wan tk masak kat rumah. then atuk balik naik kereta dia, kitorang pegi pasar. wan suruh beli ikan rebus and petai. Aku tak reti makan petai -.-

balik duduk kemas rumah semua. nak balik awal tk boleh, sebab persandingan tu harini. orang ramai dekat luar. dahla tak pegi kenduri die ajak, lepastu tak kan nak keluar terus bawak beg balik kan o.0 sofea dah tertidur dekat abang ngah, lepas kena marah dengan mama. aku terus bawak die naik katil, and tidur dengan die sekali xD

kat luar tengah gendung gendang lagu kahwin, kitorang kat sini relax je tidur. hahaha.

dah petang sikit tu baru balik. tapi ikut jalan belakang rumah jugak. sebab kat luar still ramai orang, yela orang kahwin kann. masa nak balik tu, wan nangis. sebab sofea cakap kat wan

" nek , adik balik nek. "

mane tak nye wan nangis. walaupun tk clear sangat die cakap, tapi dah ade bunyi die :) meleleh air mata. atuk pun macam nak nangis je. haihhh ni yang tak sanggup tengok doh.

sebelum balik, singgah rumah mak kejap. sebab diba nak ikut balik kl. sampai sana, terus ajak diba petik daun inai lagi. nasib baik ada motor, terus naik motor :) mula-mula pegi kedai uncle bawah nun , beli topup. masa turun bukit tu, plastik kitorang amek nak petik inai terbang pulak, hahaha. lawak gila masa tu. dua-dua pusing belakang, motor pun terhuyung hayang. nasib baik tk terjunam xD

masa kat kedai uncle tu , mintk die satu plastik. nasib baik die baik ! huahuahua.

masa pegi petik inai, asyik marah je sebab banyak ulat and asyi tercucuk duri, dugaan wei. hahaha.

balik je kene marah sebab lambat. hehehe. so terus bertolak balik kl. balik pun jamn, walaupun tk jamn sangat. aku dengan diba kat belakang dah bosan, rasa nak muntah je, hahaha. sampai kl around 8 something, terus pegi dinner dekat kedai tanjung.

RINDU NASI GORENG CINA DIA WEII.

balik rumah dah penat gila. diba asyik merungut je sebab die kena mandi dalam gelap. dah sebulan starter toilet aku/kaklong terbakar. saje je malas nak tukar, jimat duit :P hahaha. malam tidur lambat, sebab tk boleh tidur. diba dah dibawa ke alam mimpi mane tah , cis jealousnye tengokkk.

sekarang ni aku memang ada masalah tidur malam. sape yang sudi call aku malam-malam untuk dodoikan aku ? hahaha bongok jeee.

Thursday, December 17, 2009

build my world of dreams around you, i'm so glad that i found you.



hahaha, diperkenalkan, faizi dan farani. ataupun lebih dikenali sebagai koji dan fara.

Wehh aku benci korang, hahaha sweet je dohh :P koji edit nak gedikk je, hish aku tkleh stop gelak lah weii xD

Kaklong buat muka comel, koji buat muka .. er muka ape wei ? hm muka control bolehh ? huahuahua. Dahlaa pakai baju couple tuu , bak kata kakak koji , ' karattttt2 ' :P



5 Dec '09 - still counting. Semoga berkekalan atuk nenek :) cepat bawak jumpa mama ! :P

mwahaha.


ni gambar masa kat City Square, Johor.


haaa ni la die, patung DOMO yang comel, favie favie ! kak in, domo ni bukan bf kak in, die bf aya sorangje , mwahaha :P

Ehh sumpah domo ni comel gilaa. masa kat johor tu nak beli tapi mahaaal, kalau yang besar tu lebih kurang rm 20 jeaa, AKU BELI ! :)


haaa f, dah tahu domo ? kena belikan dekat mid nanti ! huahuahua :P

i'd like to make myself believe that planet earth turns slowly (:

hey hi hello (:


EH EH Malaysia menang 1-0 lawan Vietnam ! (: aku tk pernah ade dalam situasi orang ramai tengok bola, sekali tadi semua menjerit, kecoh gila. hehehe ye aku jakun :P


semalam keluar pagi dengan kaklong dengan mama. teman mama pegi pasar seni, sebab mama ada meeting. lepas tu nak hantar kaklong balik. masa dekat pasar seni, nak beli kasut handmade tu tapi mama kata it looks weird o.0 and nak beli new baggg.

masa on the way nak pergi hantar kaklong balik, tiba-tiba kereta macam panas, aircond macam tk berfungsi. sekali tengok temperature kereta like high gila, so terpaksa stop depan Mydin. mula-mula kaklong pergi beli air dekat kedai mamak tepi tu, tapi air sejuk so mama tknak. kena lari masuk Mydin, beli botol besar air.

Ada dua orang pakcik teksi and few people tolong mama uruskan, sebab enjin tu panas kan. rupa-rupanya air dah kering. sebab kering sangat, dia dah macam terbakar :o so berpanas la kitorang sekejap uruskan kereta tu. aku dengan kaklong lari masuk keluar Mydin je, sebab air tk cukup la. then nak beli kain burukla sebab nak bukak penutup tu, panas. pakcik guard pun pandang pelik. haha takpe pakcik, saye bagi rezeki dekat Mydin :P

lepas dah selesai semua tu, mama ingat nak terus balik Sg Buloh, nak hantar kereta servis. padahal haritu baru servis, mungkin cina tu tk check kot o.0 tapi masa on the way, temperature menurun. kipas baru berfungsi kot. so terus hantar kaklong balik MMU Cyberjaya.

Balik Sg Buloh hantar servis kat kedai biasa kat tepi kedai hardware kat bandar baru. masa tengah tunggu tepi tu, tiba-tiba ada accident. motor langgar belakang kereta. bunyi kuat gila macam bunyi tong gas jatuh atas jalan :o memang kemek belakang kereta tu, agaknye motor tu tk sempat brek kot.

lepas servis balik rumah jea. penat gila kot haritu, walaupun separuh hari je.

hari ni teman mama pegi kl sentral, mama ade keje. lepastu terus pegi damansara, hantar barang.


fatin : ma , nak makan kfc boleh ?
mama : makan kat kedai mamak je.
fatin : :(

entah kenapa aku dah lama tk makan kfc kott. masa dah sampai kedai mamak tu ,

fatin : ma, nak makan pasta la. boleh ?
mama : cuba tanya uncle mamak tu , ada pasta tak sini ?
fatin : mamaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.


uncle mamak : mahu order apa ?
abah : pasta ada ? xD
fatin : abaaaaaaaaaaaah. cis :P


sampai lepas makan pun aku kene sindir lagi. nasib badan nasib badan :P

then terus balik rumah. around 2.30 mama dengan abah keluar balik, ada meeting. so aku online kejap guna laptop abang ngah. keluar bilik je sofea dah tidur. abang ngah pun dah tidur. dah la masa tu hujan, sejuk je. aku pun join tidur sekali, hehehe :P tapi disebabkan tidur dekat sofa, sakit tengkuk :(

bangun-bangun jea ada orang cari pasal. badmood kejap, aku ni dahla susah kalau bangun tidur je ade orang cari masalah, haihh. then pegi kedai, nak beli telur. lalu dekat laluan taman besar, masa tu sejuk gila, baru lepas hujan.

nampak geng ifwat izzat epi hariz afiq and others tengah main badminton kat court. wehh aku rindu korang dohh :/

balik mandi. then mama call suruh get ready, nak pegi makan kat tanjung. aku suruh dorang pegi dulu. sebab belum solat maghrib lagi en. lepas solat and siap sume, jalan kaki pegi kedai tanjung.

kan rumah faris like ada renovation sikit depan tu, so masa aku on the way tu, dorang baru nak balik, naik van. sekali dorang lalu sebelah aku, gelak-gelak and bukak pintu van. aku tak tahu nak bagi ekspresi muka apa, so aku pandang jela. lepastu dorang pandang aku, tutup pintu van and terus belah.

Aku pun pandang jela dorang pegi. tak gelak tak nangis. macam bongokje, hahaa.

Sampai kat tanjung, aku cerita kat mama pasal kes tu. tak pasal-pasal kena marah -.- mama kata lepas ni tk boleh jalan sorang-sorang dahh. haish tersekat cuti aku, huahuahua.

Oh tk jadi balik kampung malam ni, sebab mama tk sihat. so esok jela balik kampung. atuk buat operation kaki :(

Tuesday, December 15, 2009

aim me and just pull the trigger.

hey hi hello :)



kepada semuaa yang tanya aku kedai buku dah bukak ke belum, HAAA DAH BUKAK. so silakan beli beli beli barang-barang anda.


pegi sekola tengah hari tadi. aku rasa macam lame je tak jalan kat jalan tu, untuk tujuan pegi sekolah. masa sampai kat jalan yang selalu bas parking tu, aku slow down. tk tahu kenapa tapi aku rasa nak lari, nak lari dan lari dan lari dan lari sampai kena langgar kereta ke. tapi aku nak lari. boleh tk bagi kekuatan kaki kat aku ? superpower tu je aku nak.

masa kat jalan tu, aku slow walk sambil tengok dalam sekolah. aku nampak 3 kelas tu. ye 3 tu je aku nampak mase tu, hehehe. sumpah aku mengeluh kuat, haihhhhhhhh. macam berat tapi aku sendiri tk tahu apa yang berat. terlalu banyak kenangan manis ? S A N G A T. tengok tempat tu kosong, aku rasa macam hati aku kosong. padahal tengah cuti je, bukan takde makhluk sekolah tu dah, haihhhh.

Rasanya tahun depan dah tk berkumpul depan 2 kelas tu lagi. tapi tk kira nak duduk situ jugak ! :(

aku tetap nak kelas yang sama tahun depannnn. tolongla jangan tukar kelas boleh ? kenapaa real life takde macam SETIAP SORANG DAPAT 3 PERMINTAAN, haihhhh. kelas tahun ni tetap the best walaupun macam-macam benda buruk terjadi tapi dia tetap the best tolongla aku nak situ jugakk.

tapi kan tapi kan tapi kan, tahun depan dah takde ketuk-ketuk dinding kelas sebelah dah. sebab kelas dah berubah kan kan kan. tapi kalau kelas tetap same kedudukan, memang tak ade ketuk dinding dah. sebab situasi dah berubah, kan awak kan kan ? :') haih awak, entah berapa juta kali saya mengeluh.

aku tknk tahun bergerak boleh ? aku tknak bumi berputar boleh ? aku tknk semua org jadi matang boleh ? aku tknk aku mula berfikir matang and fikir masa depan boleh ? aku tknk kitorang habis sekolah boleh ? aku tknk lalui hidup dunia sebenar boleh ?

aku nak kekal budak kecik riang boleh ? aku nak kekal jadi budak kecik yang tk kenal makna perkataan masalah dan hanya reti menari dan menanyi boleh ? aku nak kekal budak kecik yang suka mandi dalam hujan dan bukan menangis dalam hujan seperti hujan turun untk membasahi bumi boleh ? aku nak kekal belajar main-main masa sekolah rendah dulu dan bila exam hanya tembak senapang gajah boleh ? aku nak kekal bahagia dalam hidup boleh ?

tapi memang semuanya tk boleh.

aku tk boleh kekal jadi budak kecik riang sebab aku semakin membesar. aku tk boleh kekal jadi budak kecik yg tk reti makna perkataan masalah dan hanya reti menari dan menyanyi je sebab hidup sentiasa berputar dan kita sentiasa menerima masalah, dengan hati terbuka atau berkunci. aku tk boleh kekal jadi budak kecik yang suka mandi dalam hujan dan bukan yang menangis dalam hujan seperti hujan turun untk membasahi bumi sebab setiap masalah, pasti akan ada air mata mengiringi dan menemani. aku tk boleh kekal main-main masa belajar dan bila exam tembak senapang gajah sebab semuanya makin BERAT BERAT BERAT. dan akhir sekali, aku tk boleh kekal bahagia sebab ... sebab memang tak boleh. ( aku sendiri tk sanggup jawab soalan tu )

TAPI AKU TK MENOLAK. aku cuma hanya meminta dan bertanya. aku terima semuanya. aku tetap ikut flow kehidupan. sebab semua ini adalah perjalanan kehidupan. semua ni tetap akan terjadi.

HAIHHHH AKU BENCI BILA AKU FIKIR MACAM NI SEBAB AKU AKAN LOST. sebab aku dah takde lagi orang disisi yang sentiasa menemani untk berkongsi segalanyaaaa.


aku tk tahu kenapa penyakit kebosanan aku melanda tahap gaban untk cuti panjang tahun ni. aku duduk kat atas almari kat dapur and ketuk-ketuk kepala aku kat cermin sambil jerit, tapi masih tk dapat hilangkan kebosanan aku. aku dah masuk bilik mama and kacau mama buat kerja tapi aku kena marah, masih tk dapat hilangkan kebosanan aku. aku dah berulang kali baca magazine seventeen and galaxie tapi masih tk dapat hilangkan kebosanan aku. aku rasa ini sebab aku kehilangan teman sms dan teman setia sehati sejiwa * Ecehh * selama ni sebab die dah pergi. eh tak, die masih hidup.

ni lagi satu, BERAT BERAT BERAT. takde langsung imperfections awak yang membuatkan saya benci awak, buatkan saya rindu awak lagi teruk adelah. hish, kenapa la aku sucks sangat in losing people.


petang tadi aku pegi taman dengan sofea dengan bibik. saje nak bawak sofea main kesian dia duduk rumah jeee. tapi penatnye memang tk tercakap laaa. tapi kan masa otw balik rumah, sofea nak turun so aku bagila die jalan. tetibe perasan sebelah kasut die hilang. so aku suruh bibik bawak sofea balik, aku pegi cari kasut.

aku jalan balik dekat semua laluan yang kitorang jalan, yang kitorang stop or pape jela. takde langsung. aku cari dalam longkang pun tk adee. 3 kali aku buat pusingan yang same tapi still tak jumpaaaa. takkanla aku tk nampak kasut tu punyela warna terang warna oren. lepas pusing banyak kali, aku jadi penaaat. then aku stop tengah jalan, aku nangis.

aku tk tahuuuuuuuuuu kenapa aku sensitif sangat sangat sangat lately. duduk sorang-sorang je mesti nangis. aku rasa bersalah kasut adik aku hilang, aku cuai ! haih haih haih. awak, mana awak masa ni waktu saya perlukan awak untuk bercerita dan meluahkan perasaan ? mana awak masa ni waktu saya perlukan orang untuk pujuk saya supaya berhenti nangis, dengan suara ambil berat awak yang macam awak selalu lakukan ? awak kata, walau apa pun yang terjadi, walaupun kita kawan, awak akan berada dengan saya ketika saya perlukan awak.

tak kira la walaupun pukul 4 pagi macam dulu. awak teman saya sampai pagi. awak sanggup tk tidur sebab saya tk boleh tidur. awak sanggup call saya banyak kali bila saya nangis dan tk angkat call awak. tapi awak tk kotakan semua kata-kata awak. awak TETAP MENGHILANG ketika saya amat perlukan kehadiran awak. mencarut la ape sekali pun dekat saya tapi saya tk boleh ubah perasaan ni. Ohh kecuali awak bunuh saya, haa memangla.


weiii walaupun aku takut nak masuk sekola untuk umur 14 tahun, TAPI AKU NAK PEGI SEKOLA. aku bosaaaaaaan duduk rumah. sebab dh takde sape nak teman. haihhhhh. Ehh tapi masih cuakla.




p/s : sorryla emosional malam ni. sensitif gila or annoying. byeeee.