Daisypath Anniversary tickers

aww, birds :)

Friday, October 30, 2009

pfft ,

hari kedua exam, paling teruk ?



harini terbangun awal, sebab cuak math paper 2 and essay, takut takde idea nak tulis. so punyela semangat study english pagi tadi, sampai sekola tengok dorang sume pegang buku maths, tanyela adriana, ' wehh asal sume pegang buku maths ? ' , ' sebab start dengan maths dulu ' , ' Ohh Emm Gee , aku asyik study english dari malam semalam ! ' , ' aku pun baru taw pagi ni, aku ingatkan english dulu ' . so kelam kabut study maths, masa perhimpunan pun boleh gaduh dengan mariam pasal soalan and jawapan, hahaa.

masuk kelas cam biasa, tempat farrina aku serbu. lepastu buat sesi soal jawab kejap dengan dorang pasal maths sume, then cikgu dah marah-marah sebab lambat letak beg la apela. so maths paper 2 ? sucks a lot. ramai gila stuck kat soalan lines and angles and soalan 18, decimal. dah macam-macam method aku try, tak dapat jugakk. mariam muka dah cam nak nangis, farrina die memang dah cam give up, so die main tembak senapang gajah jea. lee jen chuan yang duduk sebelah aku dah hentak-hentak kaki. ygandran dah garu-garu kepala. phuja dah tk senang duduk, priya and thivia dah gigit pen, meja ifwat asyik berbunyi sebab liquid, haridharan mengeluh kuat gila. semuanya cam give up, dah takde jawapan, tk taw nak buat macam mane. so akhirnya, aku main tembak senapang gajah untk soalan 18, and jawab halfway untuk soalan lines and angles, hoping for half marks at least.


masa rehat tu, kitorang berkumpul kat luar and bincang sikit soalan, and kali ni anis yang menggigil sangat sangat, tangan mariam paling sejuk, aku dah rasa nak nangis , again. masa jaga blok, mariam tak habis-habis merungut pasal maths. aku nak bace buku pun tk senang, hahaa. lepastu jumpa fawwaz :) cakapla pasal esok sofea kena pegi hospital, die punye risaunye,


fatin : eh esok fatin ikut mama bawak sofea pegi hospital kott ,
fawwaz : haa ? asal ?!
fatin : ya Allah, risau sangat awek die tu sakit, pegi check up jelahh ,
fawwaz : oh, hehe xD


memang masa tu muka die risau gila, hahaa.


english was okay. boleh la kot jawab walaupun takde idea. bahagian A teruk, sebab 253 words jea, so kira pendek -.- and bahagian C pun tk dapat nak elaborate lebih, tapi dapatla panjang. yang ini ramai pulak siap cepat, boleh siap beratur nak pergi toilet, lepastu ade yang tidur berdengkur kot tk silap, tapi tidurla. lepastu masa tu mariam bangun, nak mintk kertas kat cikgu, so aku bagila isyarat , ' watta ? dua kertas tk cukup ? ' , ' ngiahaha, takk xD '. terkejut gila kot masa tuu, hahaa. masa balik die cakap, sbenarnye die gune dua kertas jea, lagi satu die mintk tuu untuk conteng. ceit, aku mati-mati percaye die buat tiga kertas.


lepak kat luar cam biasa, and masa tu mariam tengah dating dengan * toot *, so tetibe ayah mariam datang awal pulak. mariam pun cam muka terkejut, lepastu die sengih-sengih, * toot * buat suara gedik mintk mariam jangan balik. aku, zie dengan adriana dah sakit perut gelak. mariam muka dah blush, hahaha. and masa kereta ayah mariam pusing depan sekolah, kitorang suruh * toot * byebye mariam, lepastu die pn byebye la kat mariam, mariam dalam kereta dah tutup muka dengan tudung sebab malu sangat. aww, nampak sweet sangat dorang :)

and entah kenapa, waktu balik tadi kitorang banyak gila gelak and sangat kuat. benda bongok pun kitorang gelak. aku siap boleh berdebat dengan skunk kuat-kuat kat situu. tapi masa tu dah ..... so cakap dengan dorang then terus balik rumahh. kat rumah tak penat sangat la, sofea tak buat songeh cam semalam, nak kena dukung jea, kalau letak die menjerit sekuat hati jiwa raga lepastu nangis. patah tangan semua orang. kalau masa 4 or 5 bulan boleh la cakap, ni dah 2 tahun 3 bulan laa sayang oii , nasib baik sorang jela intan permata berlian ni haa.

isnin ni agama. kena study banyak facts. sejarah, geo and kh lagii. so byebye ;D

Thursday, October 29, 2009

*Bangg

mesti semua dah sedia maklum, harini hari pertama exam.


and malam tadi aku takleh tidur, sebab cuak yang teramat sangat, sampai aku mimpi kawan aku bunuh diri, terjun bangunan sekolah :o then terjaga at 5, langsung takleh tidur, turun bawah duduk dengan mama and baby. lepas mimpi tu rase lagi cam cuak, macam jantung aku mengecut ( ade ke ? ) sebab takut nanti terjadi mimpi tu, mintak-mintak lah dijauhkan.

pergi sekolah cam biasa, tapi macam biasa jugak, semua kecoh nak exam kecoh study kecoh revision last minute. dah masuk kelas, sempat study last last minute lepastu simpan barang kat luar. well, penulisan ? sucks. not exactly that sucks, aku berjaya buat semuanya cuma dah pukul 9.10, aku stuck at half bahagian B and bahagian C, yang panjang-panjang -.- tapi aku berjaya buat semuanya, siap on time. CUMA, aku pegi tulis pakai pensil, so nak kena copy balik pakai pen, and time tu masa dah habis. so kitorang sume cam tulis laju-laju, tulisan tak pernah dijumpai and sampai tangan kram (?) and lenguh. the moment aku habis copy balik tu, aku campak pen lepastu aku jerit. nasib baik cikgu tk kesah, and masa tu tangan dah shaking sangat sangat sangat, sampai nak ikat tali kat kertas tu pun menggigil, then priya yang kena tolong aku ikatkan. lepastu dia cakap ' chill fatin, janganla stress sangat, its over now (: ' haha tenkiu babe.

ni yang best part ni, lepas hantar kertas aku tk kemas meja aku terus keluar. masa tu mariam and anis ade kat luar, edora pun. aku pandang mariam, mariam pandang aku. aku terus peluk dia then aku nangis. tapi aku gelak dan aku nangis jugak. semua cakap ' rasa macam baru lepas keluar dari dewan UPSR, tapi ni lagi teruk ' yeahh exactly, aku rasa ni lagi teruk dari upsr. lepas nangis dalam 10 minit camtu, terus pegi jaga blok dengan mariam. masa jaga blok tu, both muka pucat macam mayat hidup, sebab sejuk and takut sangat.


cikgu azman : awak berdua ni pengawas percubaan kan ?
both : ha ah, kenapa ?
cikgu azman : mana keling-keling dekat lorong ni tadi ?
fatin : dah lari turun bawah,
cikgu azman : haih keling ni memang keling betul la.


*Kringgggg , loceng menandakan rehat dah habis and its time for science paper 2. memang cuak sampai tk tercakap. tapi surprisingly, soalan dia agak senang bagi yang baca buku. cuma adela few questions yang aku stuck, so kira susahla jugak. and masa dah nak habis tu, dorang buat bising macam takde exam. aku pulak bosan, so aku pergi buat tudung macam tudung ..... intan. ade la satu jenis lipatan tudung ni dorang cakap cam intan, sesuai sangatla tu. nanti aku tunjuk gambar xD lepastu ygandran cakap, ' intan means pearl, fatiiiiin, i think pearl is better' , ' yes uncle, exactly. from now on, no more intan. call me pearl, baru class, hahaha xD '. as usual, mariam akan gelak pecah perut kalau aku buat tudung intan then bulatkan mata.


and kesian puteri nurdiyana. harap takdelah yang ejek dia nanti.

gtg , need to study more and more. ttyl .

Tuesday, October 27, 2009

missing my girls and my boy badly :/

Monday, October 26, 2009

finals in 3 days. and i'm not fully ready though textbooks are now officially my bestfriend. die. *Banggg

cant imagine.

a quick one.


tadi pegi speedmart dengan mama and sofea, nak beli barang sikit. balik tu lalu depan smk , then nampak ada this girl tk balik rumahh lagi. duduk tunggu kat pondok guard tu, and masa tu dah pukul 8.15 pm. mama berhenti depan sekolah and mama suh aku tanye budak tu , then masa tanye die , die kate she cant reach her parents, rumah dia kat kundang, same lorong dengan rumah nisaa. pakcik guard tu cakap die pun dah try contact ayah budak ni but tk dapat. nama dia siti apetah aku tk ingat, but from form 1J. dia memang innocent, cakap pun lembut jea. kesian sangat sangat aku tengok dia, dalam kereta mama tanye pun slow jea jawabb. masa dah halfway tu, baru nampak ayah dia naik motor nak pegi amek dia, die pun cam terkejut tapi mama hantar dia sampai depan rumah, mama tunggu sampai dia masuk rumah. sheesh, idk why her dad tk amek dia, not making any assumptions though.



lain kali kalau ada apa-apa, i really mean ANYTHING, hal dekat sekolah. inform your parents, try contact sampai dapat. aku tk dapat bayangkan if ayah dia tk amek dia, tkkan die nak duk situ sampai maam waiting for her dad to fetch her en. anyway, alhamdulillah dia selamat (:

Monday, October 19, 2009

ketawa terkencing.

tadi tengah baca sejarah, lepastu cam stress sangat, turun bawah nak makan, though lepas maghrib dah makan kat tanjung. shut up, i know i eat a lot lately.

tetibe abang ngah cakap dia nak makan kfc , so mama suruh kaklong pegi beli dengan abg ngah, tetibe abg ngah gedik cakap taknak.


mama : jangan la ngade-ngade pegila beli dengan kaklong,
fatin : weii kau taw tk mase kecik-kecik dulu kan, aku kalau nak tidur kan mesti nak minum air and aku selalu malas nak turun bawah, lepastu mama takutkan aku, mama cakap kalau kite tidur tk dapat ape kite nak, nanti roh kita bangun mencari. since that aku kalau sebelum tidur nak ape-ape, mesti aku buat dulu xD
abang ngah : asal kau pegi pecaye ? dahtu kalau nak tidur tapi nak terkencing lepastu tk buat, nanti roh bangun terkencing-kencing la ?
fatin & mama : HAHAHAHA xD


fatin : * sambung makan *
abg ngah : wei aya, ade satu lagi, hahaha,
fatin : jangan gelak dulu cerita laaa, hahaha,
abg ngah : er haha takpela nanti mama marah
fatin : aku taw ko nak cakap, kalau nak tidur nak terberak nanti roh bangun terberak-berak kan. HAHAHAHA xD
abg ngah : hahaha aku tk cakap aku tk cakap ! hahaha tpi memang tu pn aku nk ckp !


fatin : weii abg ngah ade lagi satu , HAHAHA
abg ngah : ape lagi ? haha,
fatin : kalau die nak tidur tapi die nak terkentut, then nanti roh bangun terkentut-kentut, HAHAHAHA
abg ngah : HAHAHA * gelak guling atas lantai *
fatin : * jatuh kerusi * HAHAHA


abg ngah : wei suraya ,
fatin : ade lagi ? :P
abg ngah : kau bayangkan kalau die nk tidur tapi die tkleh tidur tapi die buat-buat tidur, nanti roh die bangun asyik nak tidur je HAHAHAH * cerita sambil gelak muka merah *
fatin : HAHAHAHA * menangis *
mama : hahaha dahla mama sakit perut,
fatin : hahahahaha kejap kejap sebenarnye nk cakap tk paham, hahaha xD
mama : AHAHAHA ni lagi best gelak separuh mati tpi tk paham,
abg ngah : bongok la wei, hahhaha
fatin : mcm mane aku nak paham kalau kau cerita tk habis dah gelak, hahahha.



yes, muhd. fikri bin norazmi yang merupakan abg aku adalah tempat untuk aku menjadi org gila bersama-sama, lepastu gelak kencing, HAHAHAHA xD and aku taw post ni post paling bengong aku penah buat, hahaha sukahatila blog aku.

luahan hati dan jiwa ,

okay kejap , er so hi.


aku tengah takut sekarang ni. tadi tengah study sejarah tiba-tiba terfikir , pengetua cakap untuk budak rk form 1 and form 2 , sapa yang tk dapat straight a for final , or at least 7 a, kena tukar kelas petang for next year. and so aku teramatlah takut, aku cam terbayang japp tadi kalau aku sekola petang aku boleh mati sebab setahun kot , kalau form 2 this year masuk kelas petang, at least dorang still sekola pagi so takdela masalah sangat. weii korang aku seriously dah takut dah ni -.- nak kena studayyy betul betul masalah nye aku ni otak dah la susah nak ingat, aish macam mane ni korangg . tolong tolong.

okay byebye nak pegi study sampai mata jadi cam mata biru panda kepala teleng.




fatin : weii , aku takutla kalau next year kena tukar petang. aku meraung lepastu mati.
zie : kau ingat aku tk takut ke weii ? -.-

byebye

PERHATIAN !


saya tidak akan meng-online-kan diri mulai, mungkin malam ini atau esok, sehingga habis final exam, mama nak amekk laptop ! :'( hahaha, so blog tidak akan diupdate, kalau ade peluang jela baru update ehh .

anyway, nak ucapkan goodluck kepada semua murid yang bakal menduduki final exam, esp budak2 smkbrp, and nak mintk maaf kat semua atas kesalahan yang pernah dilakukan, harap-harap diampunkan dan makan minum dihalalkan (:

so okaaaay, byebye semua, ceit nanti mesti rindu blog sebab tk online, hahaha.


ttyl peeps ;DD

be happy like maniac

* aaaa * tak boleh tidur and now its 1 am. apa mau buat weii ? i've tried everything untuk tidur, ceit.



harini merupakan hari terakhir puasa enam, hoyeahh :) mama dengan abang ngah balik from class forex tengah hari, harini halfday jea. so kitorang lepak tengok cerita anak halal, lepas habis tu terus naik mandi, bersiap-siap nak pegi rumahh abang izwan, kawan kaklong, kat bukit jelutong, shah alam.

masa tu mama tanye kaklong alamat rumah abang wan


mama : rumah wan kat mana ?
kaklong : kat ttdi jaya, jalan esei.
mama : jalan esei, karangan tu ?
kaklong : ha ah
mama : lepasni jalan apa pulak ? jalan composition ?
fatin : HAHAHAHA xDD


sumpah aku gelak gila masa tu, sampai sakit perut aku dibuatnye.


kaklong kena jage baby kat depan, since abang ngah penat and aku puasa. lepastu aku cakap dekat abang ngah pasal jalan tu ,


fatin : wei kau taw tk rumah abg wan kat jalan nama jalan esei.
abang ngah : esei karangan tu ?
mama & fatin : ha ah
abg ngah : bukan ese yang negeri sembilan tu ?
mama : tak , tu takde huruf i .
fatin : lepastu mama cakap lepasni ada jalan composition. so aku fikir if kaklong kahwin duduk jalan esei, aku kahwin duduk jalan composition.
abg ngah : HAHAHA asal ngok sangat ? xD


area rumah abang wan tu memang jalan-jalan nama puisi, macam-macamla ada. then sampai rumah dia around 6.30 camtu. not bad, ramai jugak orang, kawan-kawan miat dia yang ramai. masa tu tengah amek makanan,


abg ngah : wei suraya, pegang jap * bagi pinggan penuh kek and kuih *
mak abg wan : alahai kesiannya, budak ni dahla puasa abang dia lgi bagi pinggan makanan,
abg ngah : hehehe.
fatin : haha takpe ,


then bila dah dekat pukul 7 , ade few makcik suruh aku pegi get ready cepat amek makanan. haha lawak.

bila azan jea, aku baca doa then minum. lepastu mama cakap merdekaaaa ! hahaha kaklong dah merdeka semalam, aku lambat sikit, tehee ;DD

then around 7.30 camtu balik, sebab nak singgah rumah nekngah jugak, area bukit jelutong. masa balik tu kaklong cakap dengan mama ,


kaklong : mak wan ingat suraya yang dengan wan ,
mama : hahaha ,
fatin : what ? apa tk dengar la ?
kaklong : mak wan ingat wan dengan kau, bukan aku. sebab muka kau matang ,
fatin : -.-


sheesh , penat dah dengar orang cakap aku ni matang, kaklong pulak babyface, hahaha.

then pegi rumah nekngah, duk borak-borak japp, and kak syasya is goin' to AAR concert, sebab mtv worldstage haritu mak wah halang dia pergi, hahaha. balik around 8 something, dalam kereta dah mengantuk sebab kenyang xD


and alhamdulillah , aku berjaya penuhkan puasa enam aku untuk kali pertama dalam seumur hidup aku. HOYEAHH HOYEAHH ! alhamdulillah walaupun banyak dugaan ;DD

deep inside my heart , i know im missing this .

nak tidur tapi tak boleh. suddenly, all those memories came approaching , super duper missing all these.


shahirah ahmad termidi. ( akak first sebab akakla yang paling fat tk rapat sekarang )

"kak sha.
fat nak ucapkan terima kasih yang terbanyak.
walaupun akak saluh buli fat
:P
fat tetap sayang akak.
akak unik sebab bile fat sedih,
akak bleh gelak2 and nanti fat ikut gelak.
akak saluh bagi nasihat yang gilea2.
ahah.
i love u kak sha !"


*termegah sekejap, sebab aku dapat terima kasih TERbanyak. heheh*

eh dik, akak cakap akak buli tanda sayang.
al-maklumlah,
akak kan tak ada adik perempuan,
dah terbiasa hidup seorang sebagai perempuan.
ceh. ayat.
:P

pastu, aikk,
akak sorang jeh dia tak minta maaf ni.
biasa lah,
fatin kan,
depan kak sha uyooo baik.
pijak semut pun tak mati sebab
akak rock jehh.
:D

wahh, aku unik.
*terperasan lagi sekali :P*
haha.
well ermm,
entah, habit kot,
akak rimas nak sama-sama sedih dengan orang lain
*kecuali death lah kan*
I'm a jovial type.
Jumping beans should I say.
hyper gila.

nasihat akak gila ke fat?
:P
akak bagi nasihat tak macam orang lain bagi, Izzaty cakap.
haha.
mungkin the way akak bagi nasihat tak macam orang lain kott.
(:
akak bagi nasihat pun,
bukan nasihat merapu.
ada cara nak cakap.
tapi akak tak reti nak explain.
memang ada dalam diri akak.
heheh.
:P

kita boleh jadi sekaki sebab kita sama hyper.
*macam mahyun pasif, tapi aktif jugak, pergi merayap jauh-jauh. ngiahaha*


akak boleh jadi sekaki dengan fat sebab akak layan fat macam akak cakap dengan kanak-kanak ribena.
heheh.
:P

kita jadi sekaki sebab bila akak cakap "aku",
fat sekali pun tak pernah kisah
macam juniors lain.
haha.
infact macam biasa je pakai "aku".
so?
kita dua tak rasa kasar pun kan?
(:

kita sekepala sebab kita saling memahami.
akak tak halang fat buat hal fat,
fat tak halang akak buat hal akak.
macam akak tak kisah fat ada akak lain,
(yang macam koleksi di buatnya hah)
fat pun tak kisah akak jarang jumpa fat sebab akan kan busy gila nak mati.
:DD

nanti pergi sana belajar rajin-rajin.
akak tau kau buat hal kat sana,
akak ketuk kepala fat karang.
heheh.
:P
call akak selalu,
yang lain tak payah call.
haha.
:)

goodluck,
behave sikit kat sana,
sembahyang jangan tinggal,
okayh-okayh-okayh?

ILYSFDM fat :*

xoxo,
kak sha, kakak paling gila super duper the best.
*mengalahkan izzaty*
:DD

yang bold mula-mula tu aku tulis dulu. and dia reply macam tu, honestly, menangis.


nurul farhana binti suhaimi. ( yang aku sayang tk pernah berkurangan )

' Ayaaaaaaaa.

Akak nak cakap sikit. Awak. Janganlah fikir awak ni mendatang masalah kat orang. Padahal tak pun. Akak sorry gila gila yang kita dah tak rapat. Salah dua-dua. Awak dah kena ambik dengan senior lain. And akak selalu dengan orang lain.
Akak nak confess. Sebenarnya akak jealous gila tahap nak mati. Tapi akak biarkan. Sebab akak tau awak macam lagi suka senior lain. Awak selalu dengan diorang. And akak naik menyampah. Selama sebulan ni. Awak tak pernah hang out. Selalu sangat busy. Ye. Akak dah lama dah faham pasal situasi awak kat sekolah. Kawan kelas benci. Tahun lepas dah akak faham. Tapi. Awak tuduh akak tak memahami. Sakit hati tau tak. Dari Januari. Akak dah cuba. Taknak orang kutuk awak. But then awak tuduh akak macam tu. Sakit hati.
Yelah yelah. Akak sakit hati pun akak tetap sayang awak. You're something special to me. Maybe tak nampak. Tapi tu lah realiti.
Akak paling kenal awak antara senior senior yang lain. Haih. Maybe awak tak caye. Tapi itu, akak yakin. Akak dah lama dah kenal awak. Dah tau dah macam mana nak jaga hati.

Aya. Tu sekadar luahan hati.
Hey. Akak nak awak tau. Yang akak sayang awak. Apa apa pun yang terjadi. Awak still adik akak.
Akak suka tengok awak happy. Lompat sini lompat sana. Macam katak.
Bila awak sedih. Akak rasa bersalah.
Sebab tak jaga awak betul betul.

Maybe awak still marah, tapi, akak tak kisah.
Fatin. I love you sangat sangat. Akak taknak awak pergi. Tapi kena accept jugak.
Awaklah sorang sorang adik akak yang faham akak. Yang selalu ambik berat pasal akak.
Akak sorry sangat sebab sakitkan hati awak.
Buat awak sedih.
Buat awak marah.
Kadang kadang akak marah awak, tapi tu tandanya sayang kan?
:)
Norfatin Suraya. Kalau awak pergi nanti, akak akan ingat awak sampai bila bila.
Akak takkan lupakan awak.


I'll always love you.
:) '


and this :

luahan hatiiii.
ayaaaaaaaaaaaaaaaaaa.
i love you sangat sangat sangat. sorry, kitaorang tak habis habis gaduh. taktau kenapa. frust.
serioussss. i love you gila gila gila gila. tak tahan sebab tak habis2 gaduh dengan awak.
haiz.


yes. yes yes yes yes yes yes. dia ini yang paling aku sayang sangat. tk payah tanye nangis ke tak, dah boleh taw.



3#

aku rindu dengan anis izzaty hj rusham. rindu nak peluk dia, then share stories lepastu dia bagi nasihat yang macam johor ke perlis panjangnye. rindu nak dengar die cerita semua benda kat aku, lepastu paling rindu nak dengar dia ejek aku lepastu tengok dia buat muka takde pape.


4#

aku rindu khaleeda zahri. rindu nak dengar loyar buruk and lawak tk bermakna die yang buat aku gelak sakit perut. rindu nak mandi dalam hujan dengan dia setiap petang waktu koko, kalau hujan. rindu dia buat muka dengan suara blur, dan termenung kalau orang tengah cerita something.



dan empat orang ini, orang yang aku rindu yang teramat sangat sekarang ini. as usual, things change kan.






luahan ikhlas, penulis blog.

Sunday, October 18, 2009

anak halal



yes. cerita melayu.


aku , mama dengan kaklong tengok cerita ni from 2.30 sampaila 5 pm. mama mula-mula kata cita ni tk bagus , jangan tengok , tapi aku tengok jugak last-last mama pun tengok. cerita ni memang best , aku bagi 4 bintang untuk cerita ni , dia memang kelakar dan sedih. kita dapat tengok nilai persahabatan , kesetiaan , kasih sayang dan tentang kehidupan. memang cerita ni ada parts yang tk elok , tapi cerita ni tk seburuk yang disangka, macam kat iklan tunjuk.

and yes, aku menangis tengok cerita ni. 2 kali aku nangis. first masa yang ady putra tu mati, and second masa yang ending dia. and cerita ni memang membakar perasaan, rasa cam nak marah pun ade tengok dorang. tapi betul , kita dapat tengok nilai persahabatan yang sejati, kawan-kawan sanggup mati demi kawan yang lain, sanggup menggadai nyawa sendiri demi menyelamatkan nyawa kawan. walaupun hidup teruk dan susah manepun , dorang masih gembira because they stand up for each other. cuma sayangnya , hidup dorang jadi teruk dan berakhir hancur hanya sebab sejenis najis , dadah .

sape yang tk penah tengok tu , pegila tengok.




Saturday, October 17, 2009

skydiving ,






see those pictures above ? i really need it, right now. this moment . i just need to jump and shout as loud as i want , F U N (:

Friday, October 16, 2009

skunk ;DD

ini adalah hasil nukilan sengal daripada skunk xD

' Thought of going 7E with Monkey today but kesian kat dia she’s fasting kan . Monkey fasting ? -_-” . Sapa suruh kau panggil aku skunk ? haha kan aku panggil kau monkey ? LOTBM (: '

kenal tak sape skunk ? kenal kan ? kan ? alaa, yang konon comel dan perasan wangi tu, hahaha ;P

kalau aku LOTBM, kau tu LOTBS ! huu best best :)

padan muka, sape suruh post kat tumblr pasal aku monkey ? kan dah dapat balik LOTBS, haha




skunk, kau busuk pun aku heart kau la :)

Thursday, October 15, 2009

di-glue-kan

hey hi hello (:



pagi tadi dengan semangat berkobar-kobar nak test sejarah, keluar jalan kaki pegi sekola sambil baca buku teks sejarah, bab 8 and 9. mummy nak buat some kinda test todayy, sampai sekolahh jea nampak majority budak-budak 1rk2 tengah baca buku sejarah, gempakk xD


pegi kelas 1kaa for PJK, as usual. and as usual, lepak dengan those three lesbos kat belakang. berebut paul digiovanni, chace crawford and justin bieber. nisaa ! aku baru perasan channing tatum tuu hot nak mati xD but still, aku setia kat paul digiovanni ! ;DD and matt dallas, mata die babyblue la, cam terpikat pulak, hahaha. anyway zie, kongsi la chace crawford ! kau dah ade banyak sangat, OH ape kate setia jea kat justin timberlake cukup en ? xDD

lepas PJK terus sejarah . and masa mummy masuk tu, phuja dengan priya pegi ngadu something, and phuja nangis gila-gila. tetibe phuja cakap yang fong, budak paling nakal dalam kelas kitorang, and ade few guys lagi pegi letak gam kat kerusi dia, so die tk perasan and die pegi duduk. habis kain dia oh, and dia nangis teruk gila sampai buat aku rasa nak nangis, aku macam dapat rasa sakit hati dia tu. and terus fong diam the whole dayy , lepastu kitorang buat pasal perbezaan dan persamaan untuk bab 8 and 9. penat jea semua org baca and hafal, hahaha. then cakap pasal raja raja and rakyat and stuff, once again mummy panggil aku intan -.- and masa tu mummy keluar kelas jap,

all : intan ... intan .. intan ..
fatin : sheesh, tkyahla panggil intan ! bagi kaki kang ,
mummy : haa kenapa ni ?
fatin : err . dorang ejek saya intan xD
edora & syahira : nama dia sebenarnye fatin, mummy,
mummy : Ya Allah, maafla saye asyik tertukar je nama kamu ye fatin. eh panggil SURAYA lahh ,
fatin : Ohh Emm Gee -.-
all : HAHAHAHA

bm naik pss . rehat macam biasa. new group -.-

lepas rehat, science kat lab. masa tuu sumpah ngantuknye, dan panas yang amat. since aku puasa, aku pun haus yang amat. and cikgu pun asyik ulang jea benda sama, so cam tah tak fokus sangat, tehee. then before habis masa science, cikgu pulangkan buku praktikal and buku nota. sebab masa tuu pn hoo mintk buku kitorang, so masa kitorg tengok tuu, dalam buku praktikal cikgu conteng banyak gila dengan pen merah. incomplete work la tanda soal beratur -beratur la, ish sakit gila hati doe. sebab itu semua experiment so kitorang tk buat la, tapi cikgu ingat kitorang tk siapkan keje. and yang sakit hati tuu, cikgu kata siapkan xcercise 7.12, 7.13 and 7.15 untk hantar kat pengetua, tapi yang kitorang buat tuu la yang pengetua tk check ! aku balik kelas dah marah-marah semua, rasa nak nangis time tu, macam teruk sangat je kitorang ni. mariam kena lagi teruk, teacher tulis ' please pay attention in my class ! please complete ur work ! ' tah banyak lagila kitorang kena.

then english, sighs malas nak cakap but yeah sakit hati jugakla dengan diri sendiri ...

nasib baik lepas english, GEOFRAFI ! semestinya best la, and malas nak taip dialogs sebab lupa, hahaa but dorang mesti berdebat jea keje, tk taw kenapa time geografi jea mesti kitorang bercanggah pendapat then berdebat. tapi best best best ;DD

balik tu kitorang kecuali mariam, lepak kat kelas 1rk2. ade mat discussion, mintk nisaa tolong ajar. then lepas discussion, baru jea nak balik then dah hujan -.- so tunggu kat pondok tu, and tunggu abang ayie jemput adriana, masa tuu dah hujan lebat gila tahap nak mati, adriana balik jea then nisaa balik taska. aku dengan zie redah hujan sampai rumahh, since zie tumpang rumah aku sampai petang. masa otw jalan kaki balik tu, aku asyik menjerit hoyeahh jea SEBAB dah lama TAK MANDI HUJAN ! huu best nak mati time tuu ;DD tenkiu skunk sebab teman aku :)

then balik terus mandi, sebab dah lencun sangat sangat, hahaa. online kejapp, then aku ngantuk sangat terus aku tidur smpai petang, tehee. then bangun jea, borak borak dengan zie lepastu abang ngah panggil turun, buka puasa. and entah why skunk tu malu malu pulak nak makan eh ;P around 7.15 or something, aunty fairos datang jemput :)



yes, i do love you (:

Wednesday, October 14, 2009

gth ,

i know you did it, and i know why you did that. and i really do hate you for doing that.

you know its you. you dont need me to explain when you think you're super great, dont you ?

Tuesday, October 13, 2009

rayarayaraya :)



makcik ini memang ayu ye kawan-kawan :)


comel jea, kan ? kan ?


woops, cahaya aura xD


nampak macam lukisan kan, dari bahagian nisaa ?




:)


diperkenalkan, syahira ahmad kamal :)


sebelah kiri merupakan tuan rumah yang kitorang serbu. Puan Rohayu ;)


hearts.


setengah ahli yang menghadirkan diri .
from left : musliha, khairin, nasha ( yang berdiri ), zulaikha, syahira.




makcik ni memang kena control ayu sentiasa ;P


besties :)


aku sayang kau weii (:


separuh dari lesbos .

adriana, an-nisaa , fatin






ececeh, die nak tunjuk rambut baru :P



adriana, cepat amek ! :)