aku nak cerita kisah pasal bayi.
semalam aku baca suratkhabar kosmo, aku bace tajuk besar.
' BAYI HANCUR DIMAKAN BIAWAK '
so aku continue bace kat dalam.
inilah beritanya,
KUANTAN - Beberapa orang pekerja sebuah kilang pemprosesan makanan, Ocean Fresh Sdn. Bhd. pada mulanya ternampak sebungkus beg plastik sampah di tepi Sungai Kuantan dekat Kampung Peramu, di sini petang kelmarin tetapi mereka tidak mengendahkannya.
Sangkaan mereka ialah bungkusan yang sudah mula mengeluarkan bau busuk itu mungkin ada bangkai ayam atau itik.
Namun, ia memerlukan 'kerja' seekor biawak untuk membuktikan mereka salah.
Pada kira-kira pukul 11 pagi semalam, beberapa pekerja termasuk Pengurus Pemasaran Produk kilang itu, Teresa Tng tidak akan dapat melupakan peristiwa melihat sendiri biawak itu membaham isi bungkusan tersebut yang rupa-rupanya mayat bayi.
"Kami pada mulanya menyangka dalam bungkusan itu ada bangkai itik atau ayam.
"Pagi tadi (semalam), kami lihat seekor biawak sebesar betis sedang selongkar beg plastik itu dan terperanjat apabila lihat benda yang dimakannya adalah mayat bayi,'' jelas Teresa ketika ditemui di tempat kejadian semalam.
Perbuatan keji pihak yang membuang bayi tidak berdosa itu menyebabkan mayat tersebut cuma tinggal kepala dan tangan kanan manakala bahagian tubuh yang lain sudah diratah biawak tersebut.
itulah gambar bayi yang ditemui selepas diratah oleh biawak sebesar betis.
mase aku bace tu and tengok gmbar tuu, aku da nangis gilaa.
tak sanggup aku tengok seorang bayi yang tidak berdosa dan suci,
diperlakukan sebegitu rupa. begitu kejam nya makhluk adam dan hawa zaman sekarang !
dikurniakan akal dan fikiran tetapi diguna pakai seperti seekor lembu !
korang sedar tk bayi tu tak berdosa sedangkan kalian yang berdosa atas perbuatan kalian sendiri ?
sekurang-kurangnya hantar la bayi tu ke rumah kebajikan ! biar bayi tu hidup dengan sempurna.
tk sedih ke kalian melihat bayi seperti itu ?
bayi yang dilahirkan cukup sifat dan bulan, mempunyai roh di dalam badan nya !
bayangkan ramai wanita yang mandul dan inginkan anak,
sedangkan ramai juga kaum hawa yang sesuka hati membuang bayi yang comel ini.
sungguh tidak mempunyai rasa bersyukur di atas pemberian Tuhan.
aku terbayangkan adik aku, lagi aku menangis.
dan ada lagi satu berita tentang bayi direndam dalam mangkuk tandas,
tetapi aku tidak berjaya mencari berita tentang itu.
mendengar berita itu pn, aku menangis. sungguh kesian bayi tersebut.
kepada kaum hawa, jagalah maruah anda, jangan la tersilap langkah dan akhirnya menjadi begini.
fikirkan lah jika anda berada di tempat bayi tersebut, dan anda dilakukan sebegitu rupa.
walaupun bayi tersebut masih tidak memahami, tetapi dia tahu. fikirkanlah dosa dan pahala.
walaupun saya tidak begitu sempurna, masih mempunyai dosa,
tetapi alhamdulillah, maruah saya masih terjaga.
ini juga saya jadikan peringatan untuk diri saya.
tolonglah.
3 comments:
so freaking scary
yea. sedih oh tgk,
sedih nyer.. :<
Post a Comment