Daisypath Anniversary tickers

aww, birds :)

Sunday, May 8, 2011

Birthday

Salam :)


AAAAA SORRY GILA. Sorry sangat lambat update pasal birthday tahun ni :/ Birthday bulan april, bulan mei baru nak update. Nasib baik birthday hujung bulan april hihi.

So um tahun ni memang tk rasa excited sangat untuk birthday, for some reasons. Rasa macam hari birthday yang jatuh pada hari Jumaat tu macam akan jadi hari yang biasa. I mean, siapa yang nak luar biasakan hari tu? Everyone is busy with their own life.

Malam khamis tu ada yang dah wish awal, masing-masing bagi alasan sebab takut tertidur & tak sempat wish haha :p Fawwaz came home earlier. He didnt approach me at first so i was like... :/ Well i tried to stay calm & happy as tomorrow is going to be my birthday. Around 11, he called :') We talked about everything, was a long & good conversation. Ended our call 45 minutes later because he wanted to sleep.

Since I had nothing to do & i'm still not sleepy, i on my facebook just to see who'll wish. Hehe ^_^ Then pukul 12 kak anis call & nyanyikan lagu happy birthday, hihi. Slept at 2.

Went to school as usual. Met foong at the purple house and he wished me Happy Birthday ;D Rasanya tk pernah pernah foong wish sejak kitorang kenal hihi. Takde perhimpunan sebab hujan renyai, so terus naik kelas macam biasa. Sampai kelas je terus letak beg & nani dah panggil jumpa dia :) Dia terus wish and bagi hadiah + kad & dia peluk, awww :) Nani pun ada bagi kek coklat masa hari selasa lepas tu sebab dia dah janji nak bagi, hihi ;D

Then bersidai kat koridor macam biasa (Y) Tiba tiba anis syafiqah datang and nyanyikan lagu happy birthday ! Agak kuat sampai ramai jugak yang dengar xD Lepas dia nyanyi tu tiba tiba mariam marah.

Mariam : Anis ! Patutnya kitorang dah plan nak buat buat lupa birthday fatin, then masa PJ nanti baru nak surprise. Kau pulak dah nyanyi. Alaaaa
Anis : Kau bagitahu surprise kat sebelah birthday girl, apalah :p

Hahaha time tu lawak gila. Mariam macam terlepas cakap xD Then natasha yang tk pernah pernah wish selama ni pun, wish masa terserempak dengan dia pagi tu :) Lepastu nisaa & adriana datang kelas then cakap kuat kuat pasal event hari tu. Cakaplah yang haritu ada Royal Wedding - William & Kate kahwin.. Apa lagi eh? Aku lupa lah ! Hahaha aku bengang gila masa tu, saja je nisaa cari pasal :p Tapi in the end dorang berdua nyanyi jugak lagu birthday untuk aku :')

Then sorang sorang classmate datang wish :D

Masa sejarah, pergi kelas KAA sekejap sebab nak hantar buku maths dekat cikgu azlina. Lepastu hantar tu tiba tiba azizul ( adila, hehe ) panggil lepastu dorang wish happy birthday. Satu row tu wish kuat gila hoho. Lepastu cikgu azlina pun wish xD Hehe time tu malu, serious malu.

Waktu PJ paling best (Y) Sebabkan hujan yang lebat & cikgu marliana tk bagi aku mandi hujan sebagai birthday present aku ( dia kata nanti mati katak kalau kena petir haha ), kitorang ramai ramai lepak dekat 3RK1. Duduk bersila atas lantai ramai ramai kat belakang kelas & main game.

Mula mula kitorang main Memory Game. Setiap sorang kena cakap then orang lepas tu kena ulang balik apa yang orang pertama cakap & sebut apa yang dia nak cakap pulak. Then orang ketiga kena ulang balik apa orang pertama & kedua cakap lepastu dia cakap dia punya pulak. & same goes on to others. Kitorang pilih tajuk branding. Memang susah gila bapak, fuhhh. Masing masing anak orang kaya, bagi nama brand pun brand kaya kaya yang boleh berbelit lidah asdfghjkl.

Aku kalah dekat third ke fourth round haha. Lepas main memory game, kitorang main Ku Ci Pak ! This game is shooo cute ^___________^ Memang sumpah gelak tk habis & tk kering gusi langsung main game ni! Bila turn aku je, aku banyak kali cakap nama yang itu tapi gerak tangan yang lain. So mati ah haha menyampah tau bila jadi macam tu ! Kitorang main game ni and gelak nak mati sampai rehat haha.

Oh oh ada sekali tu, sebelum main game rasanya, Anis Syafiqah macam main main dengan suis lampu tau. Main bukak tutup bukak tutup. Aku diam jelah, tk perasan apa pun sebab ingatkan dia bosan and saja nak bagi suasana romantik sebab tengah hujan kan. Tiba tiba dia terus tutup lampu then ramai ramai berkumpul kat meja farrina. Rupa-rupanya farrina dah bake kan cupcakes untuk aku then dia nyalakan lilin lepastu satu kelas nyanyikan lagu Happy Birthday untuk aku :') Masa tu sumpah rasa nak nangis! Tapi tahan jelah haha. Memang terharu tahap dewa ! Thanks all my lovely pies <3 :')

Lepas rehat, agama. Tk ingat belajar ke tak, rasanya belajar o.O Oh oh oh belajar ! Hehe. Then puan hayati panggil pegi jumpa dia kat bilik guru, suruh ambik coklat I <3 U yang aku order tu.

Puan Hayati : Fatin, cikgu sempat siapkan coklat kamuje. Kawan kawan lain hari selasa ye.
Fatin : * ( dalam hati ) cikgu ni macam tahu tahu je aku belikan coklat tu untuk orang yang balik esok xD * Oh hehe thanks cikgu !

Science pergi lab macam biasa. Takde apa sangat pun sebab satu masa je. Then balik rumah macam biasaa :) Hajiqah tumpang till 2.

Lepas hajiqah balik, ingatkan nak tidur lah sekejap. Tiba tiba pukul 2.30 amri message tanya free ke tak petang tu. Aku cakap jela free sebab memang takde plan pun. Terus dia suruh siap sebab pukul 3 kak anis datang jemput and nak keluar. Aku pun macam confuse, nak pergi mana ni o.O Terus solat zohor and siap cepat cepat.

Pukul 3 kak anis sampai kat rumah aku then terus dia drive kitorang pergi jemput amri pulak kat rumah dia. Rupa-rupanya si amri ni nak belanja makan :) Kitorang pergi mana nasi kukus ayam berempah dekat matang pagar :D Sedap gila nak mati (Y) Bayangkan lah, aku boleh habis sepinggan yang banyak gila nasi dia. Taktahu lah perut aku lapar gila ke apa waktu tu haha.

Lepas hantar amri balik rumah dia, jemput kak ida pulak dekat sekolah & kitorang pegi McD ^__^ Makan ice cream & chit chat hal perempuan & camwhore dengan camera phone kak anis hehe. Camera cantik gila ! :O Kak anis, nak gambaaaaar ! :D

Balik lebih kurang pukul 7 hehe. Anak dara apa ni, ish ish. Malam tu pergi beli kek dengan kaklong then sambut ramai ramai dengan family ^____^ Memang best lah kan kalau dah makan ramai ramai dengan family :')

Pergh, overall memang hari yang sungguh menggemukkan ! Tapi gemuk gemuk pun, terima kasih sangat sangat kepada tukang tukang yang menggemukkan tu :') Korang memang super duper debomb (Y) !


Thanks kepada semua yang wish depan depan, yang call, yang hantar text atau yang wish dekat Facebook. Memang terharu sangat & rasa dihargai :') Thanks jugak kepada yang mendoakan untuk kesihatan & untuk PMR, thanks kepada yang susah susah buat surprise walaupun kecik :) Thanks jugak kepada yang nyanyikan lagu & kepada yang bagi hug. Love you people loaaaads ! <3




No comments: