Daisypath Anniversary tickers

aww, birds :)

Sunday, May 8, 2011

Bazaar Kuih Tradisional

Salam :)

So Jumaat minggu lepas, semua Form 3 kena buat aktiviti untuk Sivik - Jual kuih tradisional. So cikgu dah pasang khemah khemah dekat perhimpunan and setiap kelas dapat satu meja.

Malam khamis tu pergi tidur rumah hajiqah sebab nak buat kuih dengan dia. Group aku ( aku, hajiqah, yamyam & awang ) jual kuih keria, buah melaka, pau & seri muka ^___^ semua buat sendiri tahu? Enggak ada pun yang beli, termasuklah kuih seri muka yang awang buat yang aku rasa susah o.O

Dekat rumah hajiqah, kitorang siapkan banner yang kitorang dah pilih moto tu. Hihi nanti aku upload gambar banner tu ^_^ Lepastu lepak kat dapur, main main game. Kitorang taknak tidur sebab takut nanti kalau tidur kang tk bangun pulak haha. So pasang cd BOF semata-mata nak tunggu masa berlalu. Aku stay up punya stay up, sampai pukul 2.45. Lepastu entah macam mana, aku tertidur ! Ahhh frust gila. Terjaga nak dekat pukul 5, hajiqah pun baru bangun & dia kejut aku. Kelam kabut lah kitorang siapkan kuih. Hajiqah buat buah melaka & aku buat kuih keria hoho.

Memang kelam kabut gila. At first semua benda tk jadi. Kaklong terbangun around 5.30 and terus tolong kitorang. Kuih aku masa goreng tu macam okay, tapi masa sira gula memang tk menjadi langsung. Entah lah nak cakap apa :/ Hajiqah punya okay cuma kenyal sikit je.

Since kitorang tk siap lagi, Auntie Jaf hantar hilman dengan kaklong dulu gi sekolah. Hihi. Aku dengan hajiqah pergi sekolah pukul 8 (Y) Sampai sekolah terus kelentong acik guard, cakap yang hajiqah demam so kitorang lambar sebab pegi klinik xD Nasib baik lepas haha. Terus naik kelas & masuk kelas like a boss (Y) Haha nasib baik time tu Puan Salina, dia tk marah sebab dia baik ;D Kitorang terus siapkan barang barang and packing kuih kuih.

Lebih kurang pukul 8.50, ketua kena turun bawah untuk dapat meja jualan, which is aku kena turun. Mula mula tu macam terkejut sebab macam sempit sangat -___- Tapi entah redah jela. Panggil yang lain turun and start susun barang. Around 9 something kitorang start jual kuih. CIkgu cikgu datang, junior senior semua datang haha.

Habis around 11 something. Taknak cakap banyak, lepasni nak upload gambar so korang tengok jelah gambar tu hihi. Tapi memang best lah (Y) pengalaman baru :) Semua orang macam bertungkus lumus hias meja masing masing, bertungkus lumus jual kuih sampai habis. Alhamdulillah, kitorang punya habis :') Rasanya kulit dah hitam sebab berjemur. Tekak pun dah luka sebab asyik jerit je haha. Nasib je kaki tk patah sebab berdiri lama. Hihi sumpah best!

Hehe lepasni upload gambar ! :D

No comments: