Yeaaaaaay dah hari ketiga camping! Tk sabar nak balik tapi in the same time sedih gila sangat sangat sebab dah terlalu happy tau dekat camp tu :( Rasa macam hidup dekat camp tu macam a new life, and kena balik dari camp tu rasanya macam back to my old life, sob sob
Pagi ni bangun lambat sikit hihi. Pukul 5.30 baru bangun, itu pun lepas kena tinggal sorang sorang dalam khemah xD Tsk tsk sampai hati punya kawan khemah tinggalkan aku sorang sorang, wahaha. Bangun je pukul 5.30, terus pergi ambik tuala kat sidaian & pergi lepak depan khemah an-nisaa. Takpe, kita dahulukan yang solat Subuh dulu pergi mandi, kitorang yang tak ni mandi lah lambat sikit kan.
Around 6 macamtu baru kitorang masuk toilet tapi mandi sorang sorang lah. Aku mandi dulu lepastu baru nisaa mandi. Lepas mandi terus pakai kasut yang basah * sob sob * pergi dewan. Eh ke pergi sarapan dulu? Hahaa sumpah short term memory lah kau ni fatin.
Pagi tu kitorang semua duduk dewan, tk ingat buat apa :S Then semua yang join Jungle Trekking terus pergi macam the other half side of the area. Kena lalu jambatan gantung tau, bawah tu ada sungai lah kan, then semua orang macam melompat lompat kat tengah tu hahaha. Aku cuba jalan tk pegang tali dia, memang macam orang mabuk jalan sebab terhuyung hayang xD Anak Pak Hashim pulak peluk aku, lagi susah nak jalan. Lepastu bila dah habis, boleh pulak dia cakap Eleh. Padahal tadi kat tengah siapa lah kan yang penakut sangat tu xD Huahua.
Dekat situ, kitorang continue presentation from 9 to 16. Group aku baru belajar break clap 9 pagi tu, dan dan tu jugak kitorang present. Mula mula ingatkan tunggang langgang sangat, but then it turned out okay, Alhamdulillah :) Lepas dah habis semua presentation, kitorang kena lalu again kat jambatan gantung tu haha, and pergi berkumpul dekat dewan kecik area tapak perkhemahan, kitorang diberi air sebotol & kuih kuih. Since aku tk makan kuih koci * rasanya macamtu kot eja dia xD * aku mintk tolong hezrin untuk tukarkan dengan karipap satu lagi, hihi
So kitorang gerak naik hutan lebih kurang pukul 10 pagi. Bagi perempuan dari group 1 sampai 16 jalan dulu baru lelaki jalan ikut group. Ehem ehem, ladies first hihi. Since hari siang kan, so memang boleh nampak jalan. Kalini takde jatuh jatuh dah hihi. Oh & kali ni kitorang ikut jalan lain, tk ikut jalan sama macam masa night walk tu.
Bila dah sampai dalam tu, kitorang stop rest dekat satu laluan sungai tu, then ada abang fasi tu cerita pasal cara-cara nak hidup kat hutan, macam mana nak survive and stuff. Dapat tempat duduk first class wohooo. Ada few peeps pergi refill air botol dekat sungai tu then abang firdaus dengki dia pergi celup kaki dalam sungai tu haha. Semua terus jerit marah marah, serious best gila (Y)
Lepas dengar taklimat, terus continue perjalanan. Jungle Trekking kalini memang sumpah best, dapat tengok banyak gila jenis pokok & daun dalam hutan tu. Ada satu jenis daun tu memang banyak gila duri duri halus dekat daun tu, serious terkejut. & ada satu jenis batang pokok ni berduri macam duri landak haha comel gila. Masa nak turun agak slow sebab jalam sempit & macam curam. Then orang-orang depan semua jerit suruh masukkan seluar dalam stoking kalau taknak kena pacat, haha.
Around 11 something, kitorang stop sekejap & abang tu suruh buat kraf bunga. Guna lah semua jenis daun dan sumber alam yang ada kat situ, and create kraf bunga. Random groups, anyone boleh join. So geng kitorang create bunga guna daun daun and cantik gila kot, bagi aku lah haha. Macam unik :)
Lepas dah siap semua kraf, kitorang kena bawak turun bunga tu semua biar selamat sampai bawah. Berjaya sampai bawah around 12, Alhamdulillah :) Duduk bawah panas tu lebih kurang 15 minit, semua macam cacing kepanasan haha. Tetiba abang tu kata, kitorang semua dibenarkan untuk mandi sungai lebih kurang 15 minit :D Lelaki mandi area bawah and perempuan mandi area atas. Pergh apa lagi kan, melompat lah semua terus lari pergi sungai haha.
Tapi aku, zie and few others tk mandi sungai pun sebab macam 15 minit and sekejap sangat, mana nak kemas barang lagi, nak uruskan baju basah pulak haha ayooo tkmau lah kan. Terus balik khemah, rehat kejap sebab taktahan panas gila. Terus tukar baju merah, baju rk yang kitorang dapat untuk majlis penutup. Kemas kemas beg and make sure semuanya okay, terus gerak pergi letak beg dekat dewan besar and masuk dewan untuk majlis penutup.
Puan Norha tk datang so Ustad Amin ganti. Kitorang buat persembahan break clap yang diketuai oleh Zackrey untuk Ustad Amin hehe. Lepastu puan hamidah macam joking around cakap kitorang best sangat duduk sana sampai tknak balik so boleh buat lagi kem macamtu, terus semua orang tepuk tangan haha. Lepastu ada sesi penyampaian hamper, setiap satu group dapat satu hamper :) Group aku dapat hamper Prihatin, haha gila random kan.
Lepas sesi agihkan hamper antara ahli kumpulan, family RK semua berkumpul dekat luar untuk sesi ambil gambar :') Aku dengan muka-muka biasa masuk belakang sekali lepastu kitorang angkat tangan tinggi tinggi and kacau orang hahaa. Ingatkan nak melompat tapi since orang yang ambik gambar tk bagitahu pun bila nak snap, so tkkan kitorang tetiba nak melompat kan haha. Tapi memang semua kat belakang semua jenis otak ting tong, weheee :D
Lepas dah letak semua beg dalam bas, terus naik bas and duduk kat tempat sama. Tapi kalini an-nisaa dengan anis dekat sebelah weheee :D Biar bas baru keluar dari Nur Laman Bestari, masing masing dah pegang phone untuk tunggu coverage full. Bila coverage full, muka masing masing ceria gila macam baru lepas dapat durian runtuh. Hahaha gila comel semua orang.
Rasanya lepas 20 minit bertolak, ramai gila muka dah lentok & mata dah kuyu. Ramai gila tu termasuk aku lah kan, haha. Tk kira lah posisi apa pun, walau duduk sekalipun, memang lentok habis! Rasanya hampir semua ahli bas tu tidur, tk sure ada yang berdengkur ke tak hahaha.
Sampai sekolah lebih kurang pukul 4, bila dah sampai semua bangun muka terpisat-pisat, mata masing masing merah & nampak sangat muka semua orang penat gila haha. Nasib je takde yang meleleh air liur basi xD Dah lah waktu tu hujan, sejuk, memang ramai lah yang malas nak bangun. Turun terus keluarkan beg and lepak dekat kantin ramai ramai sambil tunggu parents masing masing.
Nasib baik mama baik hati mahu jemput hihi. Haziqah tumpang kat rumah aku till 7. Sampai rumah terus kemas-kemas diri and online, melepaskan gian masing-masing haha. Tetiba zie perasan kaki dia berdarah, ada dua kesan darah & lebam. Kitorang suspect kena pacat tapi tk confirm so tunjuk kat mak aku & mak aku cakap memang pacat haha. Muka zie dah nak nangis, haha kalau aku kena pun aku nangis. Letak minyak gamat bagai untuk bagi darah stop. Lepas dah online, boleh pulak kitorang berdua tertidur, memang sungguh qada' tidur yang tk mencukupi haha. Terjaga around 7 sebab mak zie dah sampai.
Then aku terus naik bilik & tertidur, nasib baik diri ni cuti kalau tk memang terbabas segala solat. Tetiba mama kejutkan suruh mandi sebab nak bawak sofea si kecik ni pergi McD. Dalam keadaan ngantuk tu aku mandi jugak sebab perut pun dah lapar haha. Dekat McD tu, boleh pulak aku tertidur sekejap kan -.- Sumpah malu, nasib baik masa tu dorang tengah order makanan haha.
Balik rumah around 9 something terus tertidur sampai esoooook pagi. Memang seriously penat gila. Okay lepasni akan continue post conclusion & songs & pictures hihi. Sungguh bersemangat pulak kau update blog kan ? Haha till then, xx
No comments:
Post a Comment