Daisypath Anniversary tickers

aww, birds :)

Monday, April 25, 2011

Camping - Day 2

Salam :)


Sooooo kitorang terbangun pukul 5.30. Tak mandi sebab around 2.30 tadi kan dah mandi :) Terus cuci cuci muka sikit & terus pergi surau untuk solat subuh. Masuk surau je tengok tengok ramai gila budak lelaki tengah tidur terbaring kat dalam surau. Woi penat gila ke apa kan hahaha. Even girls pun ada yang tidur cuma lebih sopan, tidur duduk haha. Terus letak telekung kat saf depan dengan anis & others then pergi ambil wudhu'.

Rasanya bob ke akif yang azankan. Solat lebih kurang pukul 6 mcm tu, then ada ceramah sikit. Lepas solat terus pegi Dewan Makan untuk sarapan :) Nasi lemak for sarapan wohooooo. Tapi since aku dah kurang makan nasi, aku ambik suku je nasi tu. Abang bagi lauk tu pun tegur, ' aik, adik ni diet ke ? :p '. Hahaha bior ler aku makan banyak mana pun. Tu pun malas nak makan tpi mengenangkan its going to be a long daaaaaay, baik makan haha.

Lepas makan terus pergi dewan. Um um um kitorang buat apa eh ? :S AAAAA TAK INGAT.

Oh oh tk lupa pasal senaman/aerobic yang kitorang buat pagi tu. Sumpah comel! Abang nemo yang conduct kan hihi. Nak mati comel tahu? Kitorang dah lebih kurang macam berjoget. Lagu melayu, english, korea, india semua adaaaa (Y) Ada yang kitorang buat dangdut, ada yang kitorang berlapyou-lapyou haha, ada yang kitorang bergoyang kepala & ada jugak yang nobody nobody but chu tuuuu :P Huargh gila comel semua orang menari! Aku dengan mariam + few girls yang lain semangat gila, kitorang ambik line last sekali lepastu joget gila semangat, sebab takde sape tengok kan haha. Ibu ( puan hamidah ) pun semangat gila join! Lepastu puan see pulak join. Hahaha sumpah tk boleh tahan! Abang nemo + cikgu cikgu + boys & girls + gelek melampau = kecomelan tahan melampau punya dewa yang tk boleh dinyatakan. Hahahahaha okay melampau hiperbola.

Okay skip skip skip everything else. Lets talk about dynamic games.

Kitorang kena main games ni ikut group yang telah ditetapkan, group 13 dengan group aku bergabung yeaaaay ! (Y) ada 8 checkpoint. Setiap satu checkpoint ada game yang berbeza-beza. & setiap satu checkpoint ada nama untuk setiap game, nama yang mewakili nilai nilai murni lah. Macam patuh, berkorban, berkerjasama and stuff. So kitorang kitorang start dengan checkpoint 7, then naik checkpoint 8 & seterusnya.

Checkpoint 7 ialah checkpoint uncle bob, uncle yang comel tu (Y) haha. So kitorang kena move in two lines, boys and girls. Ada pelbagai jenis bentuk atas tanah : segi tiga, petak & bulat. Yang bulat, hanya dua kaki boleh masuk, yang segi tiga hanya tiga kaki boleh masuk and yang petak hanya 4 kaki boleh masuk. So, kitorang dah bincang bincang semua, kitorang akan gerak in partners of two. Tapi semua kena gerak serentak. So bila orang depan lompat, orang belakang kena lompat sekali.

At first memang macam susah gila. Ada yang terkeluar kaki, ada yang tk berjaya lompat, ada pulak yang terputus tangan. Oh lupa cakap, game ni kena gerak serentak sambil pegang tangan, tk boleh terlepas. Kalau terlepas, kena mula balik. Dengar macam susah tapi sumpah best haha. After few times of trying, baru berjaya! Alhamdulillah :D Tu pun semua dah mengah mengah & berpeluh haha. Uncle bob lah suka gila kacau, ada je bunyi bunyi belakang yang dia suka menyelit haha :p

Lepastu terus pergi rehat sekejap 15 minit. Ada dapat air teh and kuih. Dah rehat, terus pergi dekat checkpoint kak limah :D Bukan hantu kak limah balik rumah ye, bak kata akak tu :p Hahaha. Kalini kitorang semua kena biar ketua berdiri kat tengah dalam gelung hula hoop tu, and ahli kumpulan semua kena ikat kain kat mata jadi buta and pegang dekat tali sekeliling gelung tu. Kena jalan ikut satu bulatan kat situ tanpa gelung terkena ketua. So ketua lah yang kena bagi direction semua. Game ni agak best sebab mata tutup kan & kena dengar arahan je so boleh macam tidur tidur ayam sikit hahaha. Okay teruk gila kau fatin, bila nak fokus ni ? Ish ish.

Lepastu kitorang pergi dekat checkpoint abang akram if tk silap :) Fuhhhhhh kali serious shit checkpoint dia susah! Dia ikat tali ikut few portions dekat tengah tengah pokok buluh, setiap ahli kumpulan kena participate tapi sorang sorang kena masuk. Orang yang masuk tu kena tutup mata then kena ahli kumpulan yang lain bagi arah, angkat kaki arah mana & berapa tinggi kena angkat & berapa jauh kena langkah kaki & bila nak kena stop jalan & kat mana nak pusing and stuff haha. Setiap sorang ada 3 nyawa je, kalau terkena tali tu, 1 nyawa mati. So aku yang go first and kak ainur yang bagi direction, aku mati hahaha.

Second yang masuk is aiman rasanya, ketua kumpulan :) Kali ni asyrul yang guide dia. Alhamdulillah, lepas dengan mudah gila :D Lepas aiman, terus azim form 2 yang junior tu masuk. Kalini pun asyrul yang guide and dia lepas jugak, yeaaaaaay :D Rasanya kitorang bertiga je kot sempat masuk sebelum masa dah habis. Haha kalini dapat markah yang teruk xD Setiap satu checkpoint akan dapat markah per 100.

Lepastu terus pergi checkpoint abang ni, tk ingat nama tpi dia abang sengal sebab dari first day dia suka buat lawak gila gila. memang tk pernah kering gusi lah kalau dengan dia haha. Game ni, kitorang diberi 3 botol coke yang besar tu, diletak dalam line petak yang agak luas and diberi satu paip yang ditutup satu lubang. Dekat paip tu ada tali tali untuk dipegang. So setiap sorang kena pegang HUJUNG TALI and isi air dalam paip tu, and cuba penuhkan setiap botol yang ada.

Mula-mula memang semua orang terkial kial. kitorang ramai ramai bukak kasut and masuk dalam pool yang ada kat situ, pegang tali kat paip tu and try isikan, memang lah susahkan ? Lepas beberapa kali cuba pun tk boleh jugak. Tetiba abang tu kata, boleh lah pegang paip tu kalau nak isi air! Kitorang semua terus cam eeeee apasal lah tk bagitahu awal awal, kan senang haha. Dah lah kitorang masuk kolam tu banyak kali, abang tu pun geleng kepala je cakap kitorang saja nak main air xD Hihihi perangai budak budak kan semua :')

Lepastu kitorang terus pergi checkpoint dekat tepi stadium. Ini checkpoint abang sengal jugak, dengan along sekali haha :D Game kalini dinamakan game caterpillar. Kitorang kena ikat kaki semua orang dalam group dalam satu line, then lompat dalam bentuk bentuk atas tanah tu. Tk boleh jatuh, tk boleh terkeluar. Perempuan pertama dalam line dengan lelaki terakhir dalam line disambungkan dengan belon yang diikat dengan tali, ada dua cabang so sorang kena pegang satu cabang.

Kitorang ambik masa yang agak lama nak ikat kaki masing masing. Sampai kat tengah tu, macam ada complication sikit so kitorang kena pilih, nak start over atau kena penalti. Semua orang pilih penalti, which is salah sorang kena blindfold. & nak tahu tak, along pilih AKU -_______-" At first aku macam apa ni asal tetiba gelap kan, baru perasan along yang tutup mata aku. Bila aku tanya kenapa pilih aku? Along cakap, ' ada aku kesah ? ' terus semua gelak sebab itu memang tagline dia. Hahahaha sabo jela :p Nasib baik dah macam abang je semua kat sana :)

Lepas games semua, kitorang berkumpul kat depan dewan kecik, area tapak perkhemahan. Masa tu macam hujan renyai tapi takde tanda tanda pun semua akan berteduh haha. Dengar taklimat sikit dalam hujan & tunggu hujan berhenti. Lepas berhenti, abang abang tu cakap kitorang dibenarkan untuk mandi pool yang ada kat situ sebab takut esok hujan, tk boleh pulak mandi sungai kan. Since ada dua pool, so lelaki & perempuan semua diasingkan daripada mandi dalam satu pool :) And since both pools ada slide, memang berlemak lah semua orang punya kegembiraan haha. Lemak berkrim gitu :p

Tapi aku dengan haziqah and few others tk mandi. Sebab malas haha nanti nak asingkan baju kotor semua lagi. Bukannya ada washing machine ke apa situ kan haha. Tuala basah pun aku dah rimas sebab nanti habis khemah berbau -.- Hoho okay, agak cerewet disitu.

Lepas semua dah mandi pool and dah bersihkan diri, kitorang terus pergi solat maghrib & isya' dekat surau. Dinner kat Dewan Makan macam biasa :) Tapi aku tk makan sebab takde selera haha. Boleh sempat aku tidur lagi kat situ. Serious aku cakap, aku tidur everywhere. Kat Dewan Makan, kat surau, tengah tunggu turn untuk toilet, tengah dengar taklimat and banyak lagi. Bersepah tempat aku tidur ayam haha. Teruk gila kau fatin, berapa lama dah tk pergi camp ? Weheeee.

Malam tu kitorang duduk kat dewan. Kena duduk ikut groups, and kena buat presentation. Kitorang diberi dua kertas mahjong, satu kena buat mind map pasal apa yang kitorang dapat dari nightwalk and satu lagi conclusion daripada dynamis games siang tu :) Lepastu abang-abang fasi tu ajar buat Break Claps.

Dia ajar dari break 1 sampai break 7. & kitorang ditugaskan untuk buat break 8 & 9, and kena present sekali masa bentangkan mindmaps. Masa ambik giliran, group aku dapat giliran ke 13 so dapat bentang esok yeaaaay :D yang bentang malam tu cuma group 1 sampai 8 :) Kitorang buat kerja sambil lewa je kot malam tu sebab semua dah penat kan haha.

& tk ingat lah malam tu ke atau siang, tapi kitorang ada buat sesi menyanyi. Mengeluarkan bakat terpendam gitu, wahaha okay pelik. Mula-mula kitorang nyanyi Lagu Teman, since dia lagu melayu & sumpah tk pernah dengar langsung, so macam terkial-kial nyanyi. Tapi lagu & rentak dia best so kitorang macam bersemangat nyanyi :D Second song is Hold My Hand. Lagu ni sumpah touching sob sob. Tengah tengah nyanyi tiba tiba dorang macam berkumpul, rupa-rupanya anak Pak Hashim dah banjir kat tengah tu. Alolololo :') Terus aku pergi peluk dia. Boleh nampak gila muka semua perempuan yang lain & aku tengah tahan nangis bila zie nangis. Haha apa niiiiii, sayang korang gila nak mati tahu ? xoxo <3

Around 11 something kitorang dah habis aktiviti dalam dewan. Tetiba abang semua cakap ada satu lagi night aktiviti, which is night orienteering. Okay maigod rindu gila nak orienteering ! Last aku orienteering pun masa darjah 5, pergi bertanding dekat Melaka wohhooo :') Nasib baik aku still ingat cara-cara nak gunakan semua alat haha. So kitorang diberi compass and bearing, pergi cari tempat yang telah ditetapkan and ambik code. Tak semua join sebab kitorang buat cepat biar cepat habis so boleh terus tidur. Around 12 something ke 1 something, terus habis group kitorang punya and terus semua lari balik khemah haha.

Aku tk ingat aku mandi ke tak malam ni ? hahaha rasanya tak mandi hihi. terus tukar seluar & tidur sebab dah penat gila. Rasanya ramai jugak kot tk mandi ? Memang semua terus kedebush tidur tk ingat dunia. & malam ni anis tk tidur khemah kitorang sebab dia demam so dia tk larat, dia dah tidur dulu lagi awal :( Kitorang pulak tidur berempat je dalam khemah, haziqah yang tk boleh tidur tu dengan baik hatinya pergi kipaskan kitorang semua. So memang lagi cepat lah tidur kan ? Hihi.

So for the third day, akan sambung untuk next post :) Penat dah taip ni hihi. See you later, till then ! xx

No comments: