Daisypath Anniversary tickers

aww, birds :)

Wednesday, April 27, 2011

Camping - Conclusion

Salam :)

So overall, lepas dah pergi kem ni untuk 3 hari 2 malam dengan manusia manusia yang tercinta, memang i had so much fun :') Terlalu sangat sampai tktahu macam mana nak explain. Banyak sangat pengalaman dah dapat daripada kem ni. Pengalaman general ataupun personal, semua ada. Semua jenis emosi bercampur dalam kem ni.

Bila night walk tu, barulah kita sedar, baru lah kita tahu untuk menghargai apabila kita dah hampir kehilangan. Sebab tu masa night walk tu semua orang macam cakap yang sayang itu ini sebab kita takut perkara yang tk diingini terjadi dekat sesiapa pun masa malam tu. Malam tu, semua ego jatuh berkecai.

Kita berkerjasama untuk terus harungi jalan hutan yang kita tak nampak dalam gelap tu, masing masing berpegangan and tk boleh lepaskan sebab takut nanti ada yang hilang atau tertinggal. Dalam hutan tu, semua orang macam adib beradik. Masing masing risaukan keselamatan semua orang, tk kira lah orang yang kita kenal ataupun tidak. Alhamdulillah Ya Allah, terima kasih kerana memberikan kami peluang untuk merasai perasaan yang hebat seperti itu :')

Even masa dynamic games pun, semua orang bersatu padu untuk menghabiskan aktiviti di checkpoint masing masing and berkerjasama untuk pastikan semuanya berjaya. Bergerak dalam satu kumpulan. Sama juga masa dalam khemah, masing masing sebelum tidur mesti pastikan ahli khemah cukup, and pastikan keselamatan masing masing. Pastikan khemah tutup supaya takde binatang masuk, and kunci jam supaya dapat bangun ramai-ramai, takde yang tertinggal atau bangun lambat.

Tak ke semua tu menunjukkan kasih sayang ?


Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah atas kebahagiaan yang telah Engkau kurniakan kepada kami :')

No comments: