Daisypath Anniversary tickers

aww, birds :)

Monday, June 15, 2009

akak nurul farhana :'(

hey . ini mahu copy something.
tadi saje jalan2 bace post susu yang lame2.
then terjumpa ny.
i cried like heaven.

' Ayaaaaaaaa.

Akak nak cakap sikit. Awak. Janganlah fikir awak ni mendatang masalah kat orang. Padahal tak pun. Akak sorry gila gila yang kita dah tak rapat. Salah dua-dua. Awak dah kena ambik dengan senior lain. And akak selalu dengan orang lain.
Akak nak confess. Sebenarnya akak jealous gila tahap nak mati. Tapi akak biarkan. Sebab akak tau awak macam lagi suka senior lain. Awak selalu dengan diorang. And akak naik menyampah. Selama sebulan ni. Awak tak pernah hang out. Selalu sangat busy. Ye. Akak dah lama dah faham pasal situasi awak kat sekolah. Kawan kelas benci. Tahun lepas dah akak faham. Tapi. Awak tuduh akak tak memahami. Sakit hati tau tak. Dari Januari. Akak dah cuba. Taknak orang kutuk awak. But then awak tuduh akak macam tu. Sakit hati.
Yelah yelah. Akak sakit hati pun akak tetap sayang awak. You're something special to me. Maybe tak nampak. Tapi tu lah realiti. Akak paling kenal awak antara senior senior yang lain. Haih. Maybe awak tak caye. Tapi itu, akak yakin. Akak dah lama dah kenal awak. Dah tau dah macam mana nak jaga hati.

Aya. Tu sekadar luahan hati.
Hey. Akak nak awak tau. Yang akak sayang awak. Apa apa pun yang terjadi. Awak still adik akak.
Akak suka tengok awak happy. Lompat sini lompat sana. Macam katak.
Bila awak sedih. Akak rasa bersalah.
Sebab tak jaga awak betul betul.
Maybe awak still marah, tapi, akak tak kisah.
Fatin. I love you sangat sangat. Akak taknak awak pergi. Tapi kena accept jugak.
Awaklah sorang sorang adik akak yang faham akak. Yang selalu ambik berat pasal akak.
Akak sorry sangat sebab sakitkan hati awak.
Buat awak sedih.
Buat awak marah.
Kadang kadang akak marah awak, tapi tu tandanya sayang kan?
:)
Norfatin Suraya. Kalau awak pergi nanti, akak akan ingat awak sampai bila bila.
Akak takkan lupakan awak.


I'll always love you.
:) '



tengok ? sedih kan ?
aku bace balik tadi , secara auto air mata mengalir laju di pipiku. 
aku teringat bertapa kejamnye aku. menuduh kakak angkat ku yang paling memahami ku.
yang telah bersama dgn aku , lebih lama dari semua kakak angkat yang lain.
yang ada bersama aku,lindungi aku, ketika aku disakiti.
ketika aku difitnah oleh hariz. ketika kawan-kawan lain mengutuk diriku .
ketika aku bergaduh.bersedih.marah. dan GEMBIRA !
dia adalah orang pertama yang akan ku khabarkan semua berita.
die lah bahu ketika ku bersedih. die juga lah seperti senyuman dan gelak tawa yang menghiasi bibirku ketika ku sedang bergembira. dia adalah , separuh dari diriku.
die tidak pernah berhenti menyayangiku. dia tidak pernah berhenti menasihatiku. die , ahh , speechless.
memang, aku mengaku salah diriku. kerana aku melupakan dirinya, dan berlari kepada orang lain.
aku meninggalkannya terkapai-kapai seorang diri tanpa sebarang penjelasan.
tetapi dihadiahkan pula tuduhan yang tidak berasas. yang tidak masuk akal.
yeah , aku layak mendapat perkataan kejam. 
akak, orang mintk maaf atas semunyaaaa. orang taw , hanya sekadar satu perkataan dan empat huruf, tidak akan menyembuhkan luka di hati, apatah lagi parut yang tertinggal. tapi itulah yang ingin orang katakan, seperti akak, kasih syg orang tidak dapat orang tunjukkan , sebab orang pn ta reti nak tunjuk. tapi kite berdua tahu, akan kasih sayang yang sentiasa tersemat di lubuk hati. yang telah dipahat untuk selama-lamanya. kite berdua sedar, kita mempunyai kehidupan masing-masing, tapi kita berdua juga sedar, kasih sayang kita tidak pernah dan tidak akan mempunyai tarikh luput. oleh kerana itu , di sini , orang ingin mengucapkan bahawa, orang sentiasa sayang akak sampai bila-bila. tidak akan pernah terdetik di hati untuk berhenti menyayangi kamu. terima kasih Nurul Farhana :')



p/s = maaflah jika ada kesalahan apa-apa di atas. saya bukanlah orang sastera. setakat sikit boleh lahh. harap maaf ye :)
 

No comments: