Daisypath Anniversary tickers

aww, birds :)

Friday, July 8, 2011

Plain friday

Assalamualaikum :)

Jumaat, jumaat, kena turun hari jumaaaaat ~ *terencat akal*


Pegi sekolah macam biasa, badmood zzz. Mata pun bengkak zzz. Lagi teruk dari mata panda rasanya muehehe.

Belajar sejarah macam biasa. Mengantuk, sangat mengantuk. Tiba tiba tersedar dah habis bab 6. I was like, tafish ? o____________O aku langsung tktau sejarah bab 6 ni pasal apa, tajuk pun aku tk tahu haha. Yang aku tahu ada kena mengena dengan sabah sarawak and thats it. Weh, apakah ? Fatin, bila kau nak sedar yang PMR tinggal 87 hari sahaja lagi ? T______________T aku boleh jadi gila macam ni.

Belajar geografi macam biasa. Lagi 10 minit nak habis geo, tiba tiba ada latihan kebakaran -______- At first memang tk perasan langsung, tiba tiba ramai gila orang lari lari lepastu jerit " Kebakaran! Kebakaran! " ala ala Usop Wilcha gitu, nak benor lah gediknya di situ kan. Haha.

Maka kami pun segera keluar kelas dan meniru gaya Kebakaran ala ala Usop Wilcha hihi.

Turun dengan penuh gaya dan segala catwalk nya, jalan sempoi je pergi tapak perhimpunan. Sangat malas okay -_____- Dah lah panas ish ish nasib baik vitamin, buat kulitku lebih cantik dah sihat gitu OKAY SILA PERGI MUNTAH CEPAT.

PJ lepas tu. As usual, MESTI main bola tampar for the girls. & mesti ada few yang akan lari round padang. Kali ni aku decide untuk lari round padang, shoeless hihi :3 Senang sikit nak lari. Biasanya lari dengan anis syafiqah, hajar & yamyam tapi tadi aku tinggalkan diorang. Lari 1 round then hajar kejar lepastu aku tinggalkan dia dekat second round x) Oh masa lari tu hajar tanya,

fatin, hajar

fatin, kau nak lepaskan stress ke ?
err yeaaaaaah. macam mana kau tahu ?
aku tengok kau, aku dah boleh agak. nampaknya aku makin memahami kau, hehe.

Jalan sekejap lepastu sambung lari lagi. Lari dan lari dan lari dan lari. Surprisingly, aku tk penat. & aku puas hati, sangat puas. Lepastu continue jalan dengan anis & hajar. Tiba tiba anis pulak tanya, " wei fatin, kau stress ke ? kenapa ? pasal fawwaz ke ? " Wahaha aku rasa macam agak lawak, sejak bila pulak lah kan kawan kawan aku jadi ahli nujum pak belalang ? Hebat gitu.

Lepastu join dorang main bola tampar. Memang aktiviti paling best pada hari jumaat (Y) Kalau tk gelak sampai pecah perut memang tk sah la kan ? haha ayat nak hiperbola je. Azni buat lawak of the year, serious sakit perut aku gelaaaaaak! Dah lah semua orang pukul bola macam pijak semut pun tak mati. Hajiqah asyik elak elak bola sampai semua rasa nak bagi kaki free dekat dia. Muehehe.

Rehaaaaaat & makan banyak banyak. Peduli hape, perut aku.

Lepas rehat ada buat ujian tilawah dekat surau. Alaaaah baca berapa ayat je. Lepas turn aku, aku terus tidur dekat yamyam sambil dengar mereka mereka semua bergossip. Muehehe biasalah, kami dah jarang sit together in a group kan. Sampai tk cukup masa nak bercerita haha.

1 period science dekat lab. File pink aku hilang masa kitorang pergi surau T________T Macam nak gila aku mencari, nasib baik tk melalak. Dah la ada macam macam benda dalam tu, paling penting ada surat fawwaz hekhek. Rupa-rupanya budak kelas 3C terambik, phew -.-

Balik sempat buat konsert dengan nisaa nyanyi lagu cobra starship. Awh so 2009 :') I miss my early teenager moments! Hahaha.


Till then, xx




No comments: