Daisypath Anniversary tickers

aww, birds :)

Wednesday, July 13, 2011

Feeding the poor & homeless

Assalamualaikum :)

Sorry for the late update! Have been veryyyyyy busy. Penat sangat sampai demam :( Ni skip sekolah hari ni. Nak pergi sekolah cepat cepat, rindu sekolah :( Rindu nasi goreng acik kantin yang pedas tu muehehe.

So hari ahad malam yang lepas, aku dengan siblings aku join aktiviti PERTIWI Soup Kitchen, supply food to those poor & homeless people dekat KL. Kitorang gerak pergi Kota Damansara dulu, konvoi dengan kawan abang ngah, zuhri & kak nadia & nin, kitorang gerak pergi Bangsar sebab meeting point dia dekat situ. Alaa, depan Focus Light je :) Mesti ramai tahu tempat ni.

Around 9 macamtu bila semua orang dah ada and food van dah ready, kitorang konvoi ramai ramai pergi first point, dekat Jalan Sultan Ismail :) Masa tu memang aku dengan kaklong dah cuak sebab ini first time kitorang, abang ngah dah pernah pergi sebelum ni. Dah la kitorang barely know anyone there, takut lah dorang tk friendly ke apa ke kan :S But tettttt! I was wrong! They were veryyyyy friendly :') Eventhough aku paling muda and paling budak kat situ hehe, dorang treat sama je. Tiada pilih kasih dong, tugas dibahagikan sama rata.

First stop is at Jalan Sultan Ismail, belakang Tune hotel :) aku jaga bahagian air. So semua orang orang yang takde duit, miskin atau homeless ni akan beratur in lines untuk ambik makanan dari food van kitorang. First line memang selalunya diutamakan para wanita dulu. Dorang akan bergerak ambik air dulu, lepastu pergi ambik makanan and semua dessert selepas tu. Ada lagi satu bahagian sebelah food van pulak ialah bahagian untuk refill air bagi sesiapa yang ada botol.

Next stop is at Kotaraya. Yang ini kitorang stop betul betul tepi jalan, tepi trafik light je. Rasanya sebelah mcd kot masa tu ? Memang dah ramai gila lah beratur. Untuk stop kali ni, aku jaga bahagian makanan :') Sebab kak nadia tanya if aku nak try give out the food, sebab dia kata nanti akan rasa lebih connected to those people. & yes, memang betul rasa connected :') Whenever they thank me, i feel so appreciated. As if aku dah tolong dorang to survive one more night. It was a great feeling that i love, Alhamdulillah

& third stop is at Masjid India. Kat sini tk ramai sangat orang, biasanya satu line je :) Tapi dekat sini part paling sedih.. Sebab dekat sini pun aku jaga bahagian makanan jugak, then masa tu around 4 orang je lagi nak habis line, we're out of food :( So it was so sad to tell 'em that everything is finish. Serious, sedih sangat. I can barely tell them that we're out of food, orang lain yang cakapkan. At times memang kita ada banyak makanan tapi it depends jugak kata at the first few stops dah ramai sangat orang, then the last stop memang tinggal sikit la :(

Bermacam jenis orang & bangsa aku jumpa. Ada yang tua, yang muda, yang jenis perangai itu ini, yang bawak baby pun adaaaaaa. Bila kita dah buat macamni, baru la kita sedar di mana kita memijak di bumi ni. Betapa beruntungnya kita masih mempunyai keselesaan yang mencukupi. Berbanding dengan dorang yang kena beratur untuk mendapat makanan just to survive for another day. Astaghfirullah..

So masa habis dekat masjid india tu dah around 11 pm. & biasanya memang lepas habis tu, dorang semua akan pegi minum dekat bangsar sebab masing masing dah penat & belum dinner, and biasanya mesti ada discuss few things. So aku, kaklong dengan abang ngah decided to join. Kitorang balik berkumpul dekat Light Focus then baru gerak pergi makan dekat Nirwana. Makan makan cerita cerita, kitorang gerak balik rumah pukul 12 macamtu and sampai rumah around 1.

It was very tiring, it was. Menggigil jugak tangan sebab banyak kerja menggunakan tangan. But then i dont mind, niat kita ikhlas nak tolong so jangan nak banyak complain lah kan :)

Anyone yang nak join, memang dialu-alukan sangaaaaaaaat! We need more volunteers :D Aktiviti ni dijalankan setiap ahad, isnin, rabu & jumaat. Semuanya malam :) Kalau nak join, do contact me and tell. Kita boleh konvoi sama sama ke apa ke kan. Or ada yang nak turut bagi sumbangan makanan atau makanan, APA JENIS MAKANAN SEKALIPUN, MEMANG SANGAT SANGAT DIALUKAN :') Apa salahnya kalau kita tk boleh menghadirkan diri untuk memberi bantuan, kita beri bantuan dari segi lain kan ? :)


Till then, xxx



p/s : dah berapa lama post ni tersimpan dalam draft hehe.

No comments: