Daisypath Anniversary tickers

aww, birds :)

Sunday, October 31, 2010

Ya Allah Yang Maha Mendengar

Salam.




Dan berilah berita gembira bagi orang-orang yang bersabar. - Al-Baqarah, 155.


" Ya Allah Ya Tuhanku yang Maha Mendengar, Kau dengarlah rintihan hati hambaMu ini. Kau bantulah hambaMu yang benar-benar memerlukanMu. Jika seberat ini dugaan yang Engkau berikan kepadaku, Kau tabahkan lah hatiku dan Kau kuatkan lah semangatku, agar aku mampu untuk menghadapi cabaranMu. Engkau bantulah hambaMu yang teraniaya, Kau permudahkan lah jalanku untuk mencapai kejayaan, Ya Allah. Ya Allah, hanya kepadaMu aku bersujud dan hanya kepadaMu aku memohon pertolongan. Kau bantulah hambaMu yang berada dalam kesusahan ini, Engkau tunjukkan lah aku jalan yang lurus."


Amin Ya Rabbal-Alamin.

Saturday, October 30, 2010

Kemaafan

Assalamualaikum.

Jawab ea , ta dapat dosa. Hehe.

Tajuk explains everything. Yeahs, kemaafan.


Satu perkataan yang sangat mudah, dan simple. Mungkin mudah bagi sesetengah orang untuk lakukan, tapi kebanyakkannya susah.

Korang, aku tk tahulah korang baca ni ke tak. Tapi anyway aku tulis jelah. To those yang terlibat, and yang melibatkan aku sekali, you guys are forgiven. Yeah, memang aku marah and bengang, memang aku kecewa sebab korang libatkan aku. Tapi siapa aku untuk menghukum ? Tak, aku tk layak. Korang tk perfect, aku pun tak perfect. Semua manusia buat kesalahan kan. Again, korang memang dah dimaafkan.

Cuma tolong aku mintk, jangan letak harapan tinggi untuk aku layan korang macam kawan kawan dulu. Tolong jangan terlalu berharap aku akan kembalikan moments happy kita semua tu dulu. Yeah, aku sayang korang, memang sayang. Banyak benda kita semua dah share. Daripada aktiviti sekolah hingga lah ke aktiviti luar sekolah, banyak aku habiskan masa dengan korang semua.

Tapi disebabkan kawan makan kawan, memang aku susah.. Sorry.

Satu hari nanti, insyaAllah semua akan kembali normal. Sabar lah. Memang susah sangat aku nak terima semua ni ? Nak tahu sebab apa ? Baca apa yang aku hantar dekat tikus ( sorry, tknak guna nama betul ) and dekat kecik comel.



' yeah, semua sedih. memang SEMUA. tapi let me repeat, bukan ke aku patutnya sedih sangat and malu gila ? sebab aku cuma bawak phone. aku tk meniru, in any of the papers. kesalahan : bawak phone. tapi aku dicop oleh satu sekolah, sama meniru mcm korg. semua yg tanya aku mesti ckp , ' aku dengar cite kau kantoi hp meniru masa exam. citelah ! '. bayangkan apa perasaan aku ? Aku dihukum dan dituduh dan difitnah, atas kesalahan yang aku tk buat. yang aku takde kena mengena langsung. aku gaduh dengan mak aku, sebab benda ni. mak aku cakap, tak pernah dalam sejarah ada anak dia meniru or paper kena rampas. memang memalukan nama sendiri and keluarga. APA AKU RASA SEBAGAI ANAK ? YG MEMANG KESALAHAN TU AKU TK BUAT ? tpi aku TERPAKSA tanggung sekali sama macam korang. Sedangkan aku TAK MENIRU. Oh apa pulak aku rasa ? Jangan nak semua benda main assume. Tk semestinya sangkaan kita tepat. Aku malu. malu dengan semua budak2 rk, budak2 sekolah, cikgu2 and infact, family aku sendiri. AKU RASA HINA. Tapi wajarkah aku rasa mcm tu, atas kesalahan yang aku sendiri tk buat ? Korang mmg tkkan paham perasaan aku. SEBAB AKU TK BUAT ! tapi aku terpaksa tanggung sama macam ORANG YANG BUAT. SAMA ! Apa perasaan aku ? '


Dahlah, aku pun dah no comment. Tapi sejujurnya aku cakap kat sini, lepas ni aku defend diri aku. Susah aku nak bina balik kepercayaan aku. Bukan tk boleh tapi takes time. Anything korang perlukan bantuan aku, cakap jelah. InsyaAllah aku cuba bantu seboleh mungkin.

Korang, berdoalah untuk kejayaan kita berlima kays. Janganlah, cukuplah dengan semua selfish masing masing. Take care guys.

This is over the limit, I cant take it

Yo.

Okay aku dah tk kesah apa korang nak cakap, I'm gonna tell the truth.


Semua orang dah tahu, minggu ni minggu exam untuk form 1 & 2. And as usual, everytime exam besar, students sesi pagi kena turun sesi petang. So kitorang exam kat sesi petang for a week.

Hari rabu haritu, aku and few students lagi bawak phone. My intention of bringing phone is just because. But it is different for other students. We kept our phone in the store cos we somehow know, there might be spotchecks in the evening.

So yeah exams macam biasa. Agama & Science. Mula dengan sains paper 1, lepas sains paper 1, aku pergi solat dengan haziqah, if tk silap. Lepas habis solat, tengok tengok dorang dah bawak naik paper bag yang kitorang simpan phones tu. Aku cakap jangan, taknak amek but dorang amek jugak, so nak taknak kena lah jaga barang sendiri.

Masa sains paper 2, exam macam biasa.

Masa paper agama, aku macam tk sedap hati. Tapi jawab jelah macam biasa. Fushh paper agama susah -.- Oleh sebab tk dapat jawab, aku ingat nak pergi solat asar dulu, tenangkan hati mintak petunjuk. So yeah, aku pergi solat asar sorang-sorang.

Lepas solat asar, balik je kelas, tengok tengok phone budak budak lain dah kena rampas. Rupanya, dorang meniru. 3 orang yang meniru. Tiba tiba, sorang lagi kena sebab dia tengah dengar lagu, and budak belakang dia terpaksa bagitahu nama dia sebab dorang ada message sebelum tu, for paper sains.

Aku masa tu dah cuak dah. Yelah aku tk meniru tapi aku bawak phone. Tapi kitorang steady, jawab macam biasa. Tetiba after semua dah cool down, ada seorang hamba Allah ni, yang phone dia kena rampas jugak, entah apahal siot nak mati kot dengki dengan aku, dia pergi bagitahu cikgu yang report tu yang ada sorang lagi. Ustazah tanya siapa, so apa sebut nama aku.

Aku memang dah agak, mesti kawan makan kawan punya. Padahal aku tk terlibat.

Tapi takpe ah, aku redha je lah sebab aku memang bawak phone. Tapi yang paling bengang tuh, PAPER AGAMA KENA TARIK SEKALI, WALAUPUN AKU TAKDE BUAT KESALAHAN, AKU TIDAK MENIRU.

Apa perasaan korang kalau korang dihukum atas kesalahan yang korang tk buat ? Eee orang bodoh jelah tk marah.

I dont give a shit about that phone, cos i can somehow get a new one or whatever. Tapi paper agama tu, celah ceruk mana aku nak cari ? PERGH TIME TUH MEMANG AKU DAH SUMPAH PANAS MENCECAH SUHU MAKSIMA.

Sarang tebuan jangan dijolok, buruk padahnya kak.

The next day, pagi pagi lagi aku dah datang sekolah dengan parents, nak jumpa pengetua. Memula aku masuk sekali dengan parents, explain. Then pengetua suruh aku keluar, nak jumpa parents je. Lepastu parents keluar and balik, mama peluk aku and wish goodluck untuk paper petang tu, aku pulak masuk dalam jumpa pengetua.

Pengetua cakap nak jumpa kitorang semua, petang tu. So around 4, kitorang terus pergi jumpa pengetua. Fush lama dalam bilik pengetua.

Long story short, pengetua tk boleh buat any decision for now. Kena bincang dengan ustad amin, cikgu azman and ustazah khairiah. Mungkin, by 8 November dapat jawapan.

SO untuk semua orang yang taktahu the real cerita, THIS IS IT. Korang takyah buat perangai macam vavi pergi canang satu dunia cerita tk betul. TAHU TAK DOSA MEMFITNAH TU SAMA DENGAN DOSA MEMBUNUH ? Perangai jangan cam taik sangat, benci haku.

AKU TK MENIRU AND THATS IT. Jangan cabar ego aku, boleh sampai tahap maksima and korang bakal menyesal nanti. Baik baik boleh, melebihi batas jangan, macam aku cakap, sarang tebuan jangan dijolok, buruk padahnya.

Takyah nak cop aku sekali sebagai budak meniru, taktahu cerita betul shut up !





Setiap orang ada tahap kesabaran masing masing.

Wednesday, October 27, 2010

Wednesday, October 6, 2010

kahwin

Yo.




Situasi 1# : Dapur.



mama : kaklong, suraya cakap dia nak kahwin.
kaklong : haa ? wey aku pun tk kahwin lagi.
suraya : alah biarlah langkah bendul pun xD
kaklong : masalahnya kau memang bendul. haha. macam mana boleh cakap pasal kahwin ?
mama : entah, abah lah yang mulakan.
bibik : hahahaha.
mama : bibiknya kahwin umur berapa ?
bibik : saya ? saya kahwin nya umur 14.
suraya : haaa ! sesuai dah ni. HAHA
abang ngah : aku expect bibik cakap 19, tapi 14 pulak -.-
all : HAHAHAHAHAHA



Kahwin ? * Tampar pipi laju laju * Aku rasa kan, kalau aku kahwin muda, suami aku mempunyai kemungkinan untuk mati atas alasan kebuluran atau keracunan makanan xD HAHA

Tuesday, October 5, 2010

Lets make a move


Yo.

Hehe as usual, sorry lama tk update. Bukan malas bukan apa, tapi.. ahhhh entah. tapi bukan malas kay ! Haha nak jugak nafikan -.- macam macam nak post ni, especially pasal jom ceria dekat skbrp last sunday ! :D Tapi kena tunggu cik abang nabil imad balik from asrama lahh baru dapat pictures -.- dah ada gambar baru ada mood nak update sebab mestilah kena tunjuk muka comel kan tehehe okay gedik gila.

So anyway, aku tk tahu apa yang tk kena dengan aku, sawan kot huahua. TIBA TIBA, aku macam seriously in love in baking ^_^ confession : aku adalah orang yang paling jarang & susah nak masuk dapur -.- so bila aku tetiba naik gila baking ni, memang ada something wrong somewhere lah hehe.


Yesterday, aku sanggup bangun pagi pagi ( okay tak pagi sangat pun, pukul 10 -.- ) untuk pergi ke rumah makcik aku kat area kajang. nak tahu tak nak tahu tak aku pergi naik komuteeeer, sorang sorang tehee poyos gila aku ni.

Since mak aku busy and kakak aku tk sihat, aku amek keputusan untuk pergi sendiri naik komuter. At first takut nak tanya mama sebab takut mama marah hehe. Tapi surprisingly mama BAGIII. Yeahhs i love my mamahhh :D

So mhm naik train pukul 11, sampai around 12 kat stesyen UKM. Eh aku baru tahu yang komuter dah start buat pengasingan gerabak perempuan and lelaki. Haha lame gila aku, berapa lama tk naik komuter ni ? -.- eh eh tapi still ada guys yang masuk gerabak perempuan, maybe dorang tktahu kot O.O

Sampai sampai terus cari kereta acu & terus gerak pergi kedai bakery Yummie kot nama dia hahah entah tk tengok. Acu kata kat situ ada berlambak bahan & jenis jenis tepung untuk baking, sebab tu lah aku sanggup travel pergi jauh jauh hehe. So yeahs aku beli tepung untuk blueberry muffin 1 kilo & tepung untuk chocolate muffin 500 gram (:

Campur tolak tambah darab bahagi untuk semua total, ada rm 10 je baki from duit mama bagi aku T__T Tiket pergi balik from Sg. Buloh - UKM rm 10 tahu tak, mahal gila. Nasib baik I takde heart attack, you.

Gelimat.

So yeahs bila dah cukup bahan tu apa lagi kan ? MULAKAN EXPERIMENT ! Ceh experiment hapenye, nak bagi orang makan ni haha. Malam tu jugak aku buat blueberry muffin ! :D Tapi tapi masa buat blueberry muffin takde amek gambar, sebab terlalu excited ehehe. Tapi tapi ! gambar buat chocolate chip muffin tadi ada, hee.


Okay sorry for the quality, hehe. Alaaaaaah kerja simple, snap from webcam, save file & upload kat blogger. Senang kerja, hati ceria eh okay merepek.



Huahaha itu je pun nak update. Eh at least ada update kan kan kan ? :p






Nak pergi muncitkan perut bye.

Monday, October 4, 2010

PMR



GOODLUCK TO ALL 2010 PMR CANDIDATES ! :D
Do your best, you can do it !

Friday, October 1, 2010

Mandi hujan

Yo.


Hello ! Tehehe tengah happy ni :D

Hari ni mula cuti, sebab budak budak form 3 nak pmr. Eeee kenapa la mula cuti awal. Baru first day cuti, aku dah bosan tahap melampau -_________-

Disebabkan tahap kebosanan yang melampau lampau, tetiba aku terasa nak mandi hujan, nak pergi hiking, nak pegi shopping, nak pegi segala macam lah. Around 12 camtu, hujan tetiba turun lebat gila ! :D Aku dah happy ni , hee. Terus text mama tanya boleh mandi hujan ke tk, siap bagitahu lagi tade petir sebab nak yakinkan mama, hehe.

Terus offline and pecut macam ninja naik bilik & terus bersiap :D Masa keluar tu pukul 12.30, budak budak semua balik sekolah. Terjumpa dengan faris, ajak dia join sekali tapi dia cakap tanak minggu depan pmr. haha wohkie takpeee. then terserempak dengan daus, jalan lah dengan dia sampai rumah dia.

bila dah sampai rumah dia, mak dia takde kat rumah and pintu kunci, so kena tunggu mak dia balik. kitorang ingat nak jalan pegi sk, cari mak dia so daus bawak payung, walaupun he's totally wet -.- memang mereng lah kalau dah basah lencun tapi still nak pakai payung :p entah kenapa aku pun balik rumah pergi amek payung -______-

then kitorang jalan sampai hujung jalan je, tetiba nampak kereta mak dia. So patah lah balik haha buang karan betul. tapi masa on the way balik tu, kitorang dah tk pakai payung hehe gedik betul bawak payung. then daus balik rumah dia and aku terus straight pergi taman.

mandi hujan sorang sorang dekat taman, sedih betul :( masa tu memang tk tahan sangat sejuk dia, lepak kat pondok dekat dengan buaian. teringat apa jadi kat situ -.- sejak kes tu lah, beruk tu panggil aku biawak -__________- ciz, menggelikan ! hahaha.

eh aku sampai asyik pandang kiri kanan tau, mana tau kut kut ada lagi ke biawak yang nak menggatal dengan aku. HAHAHA

Tunggu kat situ sampai hujan berhenti. Sebab masa tu macam dah sejuk sangat tahap tk tahan, haha tu lah menggedik lagi nak mandi hujan. agak agak hujan tinggal gerimis je, terus gerak balik rumah bawak payung ! haha poyoss disitu. OHH masa jalan kat kelopak air tu, nampak ada banyak gila tadpoles ! comeeeel sebab kecik ;D

Sampai rumah terus cuci kaki and berlari naik bilik, nak mandiiiii. Haha alhamdulillah sekarang takde tanda tanda macam nak demam pun, hoyeahh boleh mandi hujan lagi ! ^_^





thanks rain for covering my tears.

Getting bored of the same girl is a guy's normal routine.



Hello October,
Please be nice.

You said, forever.

Yo.


This & this.

Saje buka blog tu, dah lama tk baca. Saja baca older post, sejak dari mula. Thanks tears for accompany me :')





i love you used to be our favourite sentence and 143 used to be our favourite number. miss you.