hari sabtu haritu pegi midvalley.
dengan mama and kaklong.
ade exhbition business.
kitorang tolong aa.
hari jumaat along and hafiz.
hari sabtu kitorang bertiga.
sampai pagi tuu, parking masih banyak kosong.
so terus masuk exhibition tuu.
then mama ajak turun bawah, nak jumpa kawan mama jap.
ade bersepah gilaa cutie monsters kat situu.
patung aa ! but sangat sangat laa comelnye.
comel jea kan patung patung die ?
eh eh rasenye the models lagi comel. haha :P
then kawan mama sampai. mama ajak makan kat mc'd, near cinema tuu.
terjadi laa pulak satu kisah ny :P
bak kata norfarani norazmi,
ade sorang laki ny lalu sebelah meja makan kitorang.
cari2 tempat duduk. die pandang2 kaklong.
then die duduk meja depan kitorang, mengadap kaklong.
and laki tuu pun pandang2 jee.
so aku pun pusing laa untk meng-usha laki tersebut. ( ceh ! )
memang cute pn.
but sorry laa..
gmbr tuu buatkan die nampak tk berape cute.
haha senget ! ;)
and ignore muka ku yang terlalu besar yea.
kakak aku aa, pegi zoom semata-mata nak gmbr laki tuu :P
then balik exhibition.
tolong mama edar flyers suma2.
then ade satu side ny, untuk wedding punye exhibition jee.
so aku and kaklong pegii la usha.
otw masuk tuu,
die bagi free nescafe laa, kertas perfume tu la, and deodorant & lipgloss nivea free.
haha.
so kitorang ramai2 buat berjuta juta kali ulang alik trip.
banyak aa kitorang dapat weh.
hahaa. even nivea for man pun die bagi. aku sambar jee, untk abgngah (:
then die kate bleh pegi tevus free sample untk kertas perfume tuu,
kat metrojaya, jusco atau the gardens.
kitorang pegii metrojaya je, malas pegi jauh2.
but woman punye dh habis, guy jee tinggal.
then balik exhibition. buat kerja. ronda2 amek barang free.
haha penuh weh satu handbag aku full of those things jee.
then ade satu bahagian ny, bleh sign bagi yang hadir.
anyone bleh, so aku and akak aku sign laa.
lepas tuu ade jumpa sorang ny tulis benda ny
haha sempat je lagi weh.
memang penuh aa tempat tuu dgn signs.
and kak latta promote hbl lagi, siap bagi number phone if nak contact.
haha, business business :)
then around 5 something, orang dah tak rmai sgt.
so aku decided nak pegi mph.
saje nak usha usha novel. lame weh tk beli.
rindu pulak.
ingat nak pinjam kak anis, tpi asyik lupaa je nak mintak
ehe (:
sampai mph, aku jumpa buku ny.
yang memang superb awesome !
aku memang yang dh tak berbalut and aku baca.
duduk kat tepii tu je and bace. haha.
bapak sumpah memang tak terkata aku cakap bestnye.
tapi sempat bace sampai bab 13 jea, mama panggil balik :(
tuu la novel nye.
sape sape yang ade novel tuu, aku merayu sangat sangat weh,
aku nak pinjam, please please please ? * puppy dog eyes*
oh oh ini sinopsis cerita ituu :)
Sinopsis: Zahara Inas, Edrina Julia dan Iman Syukriah dilahirkan pada bulan yang sama tetapi menerima takdir yang berbeza-beza. Warna-warna cinta mereka juga tidak sejernih titisan embun.
Zahara yang pernah dikecewakan lantas mengunci jendela hati, tidak mahu bayu cinta berhembus lalu meniupkan taufan duka. Baginya hidup ini tetap berputar tanpa insan bernama lelaki. Namun sampai bila?
Setiap cinta Edrina tidak pernah kesampaian. Oleh itu dia akur pada percaturan keluarga, menerima Taj sebagai suami walau tiada perasaan cinta di jiwa. Malangnya, Taj sisipkan duri hingga tercalar pedih hatinya.
Istana cinta yang Iman bina bersama Huzir memekar bunga-bunga sayang bersama si cahaya mata. Tetapi ada jua gelora berombak menggoncang badai. Hanya pada cinta yang ikhlas mereka berpaut. Teguhkah cinta itu?
Ahh... Sukarnya mengungkapkan kata cinta. Tatkala ucapan cinta dilafazkan, bisa bergetar jiwa dan bergelora perasaan. Kalimah sakti ini jika mudah meniti di bibir, mudah juga dipersendakan. Lantas, tegakah insan-insan ini berhadapan dengan kemelut cinta masing-masing? Dalam benci, ada sayang. Akan ketemukah kebahagiaan yang didambakan?
kalau korang peminat novel macam nie,
sinopsis die dah menggambarkan.
ohmai, please laa sape yang ade novel ni ! (:
then kemas2 untuk balik.
penat aa ugak.
balik lepak aa weh (:
AKIBAT mabuk bercinta, Erin & Ariff bertekad mengakhiri perhubungan mereka dengan ikatan perkahwinan. Hangatnya darah muda menjadikan mereka tidak memikirkan darjat dan usia masing-masing yang masih terlalu mentah dalam melayari bahtera rumah tangga. Dan akibatnya, sebaik kedua-duanya melangkah ke gerbang perkahwinan, rumah tangga mereka berantakan kerana kurangnya persefahaman sesama mereka. Krisis demi krisis berlaku hanya kerana perkara-perkara remeh hingga akhirnya membawa kepada perpisahan.
Berbulan lamanya Ariff menghilang tanpa pesan. Tiada isteri yang menemani dan berkongsi suka dukanya. Dia hanya pulang apabila mendapat tahu keadaan isterinya yang sarat mengandung. Sekali lagi kesabarannya teruji apabila terpaksa berdepan dengan caci-maki mertuanya bila dituduh suami yang tidak bertanggungjawab dan mementingkan diri.
Sebagai lelaki, Ariff mempunyai dua pilihan. Mengenepikan maruah dan egonya demi sebuah kehidupan rumah tangga yang bahagia ataupun melupakan terus alam indah berkeluarga yang terlalu banyak likunya.
and sekarang tengah bace novel tuu. syurga di hati.
okayy laa. agak hebat cerita die :)
sinopsis die memang biasa bace, but this is diff.
lelaki ariff tuu, memang superb baik :)
okayy okayy.
adios amigos peeps ;)
4 comments:
oit,,
cilok semua gamba yg aku amik,,
=p
dah ade edit, amek aa.
dunia dah maju, zaman dah berubah, kene think out of the box.
haha ;)
haha,,
tu maknanya kau MALAS nk edit gmba,,
baru taw aku nie memang super PEMALAS ? :D
Post a Comment