Daisypath Anniversary tickers

aww, birds :)

Sunday, October 19, 2014

#YayaInTheKitchen



#YayaInTheKitchen? Okay poyo gila but whatever hahaha. So anyways, today is Sunday and yes as usual, it is cooking day! Usually mum would be the only one cooking delicious dishes and we'll be the one helping, but since I am on my sem break for two freaking months and I thought, might as well use the time I have now to learn how to cook traditional malay dishes, because I've been spending my time in the kitchen for baking only.

& yep, I cooked chicken kurma along with kacang buncis & tauhu jepun. I DID IT *fireworks*


Orang kata dah ada ilmu jangan la kedekut, ye idok? Haaa meh nak share resepi lauk ayam kurma & sayur kacang buncis tauhu jepun.


 So bahan bahan yang digunakan:

  • Ayam
  • 1/2 kg santan
  • Daun kari (dua batang//mengikut citarasa sendiri)
  • bawang putih & bawang merah siap kisar
  • 3 biji kentang
  • Kayu manis, bunga cengkih, jintan, buah pelaga
  • Serbuk kurma
  • Minyak
  • Air masak





Cara cara memasak ayam kurma:


  1. Panaskan minyak, kemudian masukkan kesemua daun kari yang nak dipakai.
  2. Tumis kayu manis, bunga cengkih, biji pelaga & jintan.
  3. Lepas tu, masukkan dua sudu bawang putih dan dua sudu bawang merah. Tumis sampai naik aroma.
  4. Kemudian, masukkan 6 sudu serbuk kurma ke dalam mangkuk dan campurkan dengan air. Kacau hingga sebati.
  5. Bila dah pasti aroma dah naik, masukkan campuran serbuk kurma tadi ke dalam periuk. Gaulkan dan pastikan takde yang terkumpul.
  6. Masukkan ayam sebanyak mana nak, nak masuk dua ekor pun boleh :p
  7. Masukkan kentang yang telah dipotong empat.
  8. Masukkan santan. Ni takde sukatan yang pasti, mengikut citarasa masing masing juga. Kalau suka pekat, lebihkan lah santan. Kalau suka cair, kurangkan santan.
  9. Gaulkan sehingga sebati, kemudian tambah air dalam 1 gelas setengah/2 gelas.
  10. Tambah garam secukup rasa! Kalau rasa lauk tu tawar leweh, tambah lagi garam.
  11. Tunggu je sehingga masak/kentang lembut/ayam fully masak! Settle! 

Sungguh aku tak pernah rasa senang macam ni masak ayam kurma. Kahkah.

Okay sekarang, bahagian sayur pulak! Yum yum lapar pulak rasanya tengok masakan sendiri. Ngehehe maaf, takde unsur riak disitu :>



Bahan bahan yang diperlukan:


  • Kacang buncis
  • 2 paket tauhu jepun
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang merah
  • Cili besar
  • Sos tiram

Cara cara memasak:

  1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih dan bawang merah.
  2. Agak agak dah coklat kekuningan, masukkan cili.
  3. Lepastu, terus masukkan sayur kacang buncis & tutup menggunakan penutup periuk. Proses ni untuk layurkan sayur tapi aku tutup sekejap je, sebab taknak sayur tu layur sangat. Crunchy crunchy sikit lagi sedap yums.
  4. Masukkan lebih kurang 2 sudu sos tiram.
  5. Gaulkan bagi sebati, tambah garam secukup rasa juga! Tapi ni tak sebanyak lauk ayam kurma la hehe.
  6. Dalam kuali lain, goreng dua paket tauhu jepun tadi sampai kulit dia nampak rangup. Lepastu asingkan dalam pinggan. Tunggu sejuk, terus potong potong mengikut saiz/bentuk yang disukai.
  7. Tutup api, transfer sayur tadi ke dalam mangkuk lauk. Lepastu susun lah tauhu jepun atas sayur tu ala ala MasterChef dapur sendiri hehehe. Siap! :>










Alhamdulillah, settle dua lauk simple. Lepas ni kalau kebulur kat rumah, takyah risau dah hehe. Alright, tunggu ahad minggu depan pula untuk next session of #YayaInTheKitchen! Minggu depan kita masak nasi ayam pulak okay ;)

No comments: