Daisypath Anniversary tickers

aww, birds :)

Saturday, January 7, 2012

That moment when happiness is totally yours

Assalamualaikum! :)


Hehehehehehe ni post yang tertangguh sebenarnya. Dah lama nak buat tapi malas. Eh bukan malas sebenarnya, kurang rajin. Malas tu negatif, kurang rajin tu tak negatif tapi kurang positif. Haha faham faham la sendiri.


So anyways, 22 Disember 2011, TAHUN LEPAS, ialah tarikh keluarnya result PMR :) Tk payah cerita la cuak masa hari sebelum sebelum tu. Memang betul orang kata, tidur tk lena mandi tk basah makan tak kenyang. Aku pun tktahu macam mana boleh mandi tk basah, dia mandi pakai pasir kot. Mandi tayammum kot.


Long story short, Alhamdulillah, 8A berada dalam genggaman! :') 3 tahun........3 tahun aku tunggu nak cakap benda ni. 3 tahun belajar hempas pulas untuk exam selama 5 hari & demi gred A. Special gila huruf A ni kan. Tapi berkat doa ibu bapa, keluarga, & guru & usaha semua, Alhamdulillah impian tercapai :') 


& akhirnya berjaya buktikan dekat Pengetua serta ahli-ahli pentadbir bahawa kitorang mampu dapatkan 8A untuk banggakan sekolah tu. & akhirnya, maruah berjaya dinaikkan semula. Terima kasih untuk sesiapa yang selama ni kutuk kitorang pasal kes last year. Ops, burn.


Zillion terima kasih untuk semua yang doakan & ucapkan congrats!


Few rk-ians yang dapat straight A's




& btw, rasa terharu & bangga sangat, geng geng *konon* daripada darjah 6, yang sama sama dapat 5A masa UPSR dulu, semuanya dapat 8A untuk PMR jugak!!!! :'D Aku, haziqah, mariam & latifa :') tapi latifa dah masuk mrsm kat perak masa form 1 :)


Gambar masa upsr darjah 6 :')
Latifa, haziqah, mariam & aku!




Gambar masa PMR 2011 :')
Mariam, aku & haziqah! :D


Kredit gambar kepada Aunty Awesome!


Well, untuk candidates yang tk dapat straight A's tu, this is not the end of the world :) I mean, yang dapat straight untuk PMR tu tk semestinya excel untuk SPM. Dugaan Allah untuk kita lebih memperbetul diri kita. Mesti kita ada salah silap dekat mana mana. So cuba perbaiki :) Yang dapat straight A's ni pun dugaan Allah! Nak tengok, sejauh mana kita ni berusaha untuk berjaya & riak ke kita setelah kita mencapai kejayaan. Semua ni takdir-Nya :)


Konklusinya, *Lol macam karangan je*



  • 37 orang straight A's untuk kelas RK, daripada 48 orang! :') :') :')
  • 78 orang straight A's untuk calon PMR tahun 2011 !!!!
  • SMK Bukit Rahman Putra merupakan sekolah harian terbaik bagi daerah Gombak.
  • Rekod batch '96, SMKBRP merupakan rekod terbaik setakat ni! :D

Alhamdulillah, memang terlalu/amat/sangat bersyukur untuk kurniaan Allah SWT ni :') & batch '96 Bukit Rahman Putra dah berjaya pecahkan rekod, 66 orang dapat straight A's masa UPSR dulu & sekarang pun kitorang pecahkan rekod untuk PMR. So next target? 

SPM !

6 comments:

My Life My World said...

Hore Hore Hore ... Tahniah !!! Kekalkan cemerlang di SPM yer dear :)

Norfatin Suraya said...

Hehehe thank you aunty awesome! :D

amira faqihah said...

mabruk alaiki :)

Norfatin Suraya said...

syukran! :)

My Life My World said...

Eh! ada gak gambar dari blog aunty. Hehehe ...

Norfatin Suraya said...

Aunty jangan marah ehhh, kita dah bagi kredit tuuuuu :D