Daisypath Anniversary tickers

aww, birds :)

Monday, June 28, 2010

Shahera Zahari





Dear Cousie, i miss you too :-) You know what ? Nina & I plan to have cousins hangout. So here I am, inviting you though you are far far awaaaaay ;D Pergi pujuk ayah shera suruh datang sini. Cakap auntie fatimah nak bawak pusing-pusing. & cakap fatin rindu shera :D




Take care, cousie :-)

Monday, June 21, 2010













Happy 6 monthversarry, sayang ^_^

Saturday, June 19, 2010

Norfarani Norazmi


heyhihello


Okay ni tengah semangat nak update blog sebelum start sekolah ! :D

Haritu pada hari Khamis bertarikh 17 June, merupakan birthday kakak sulungku yang bernama Norfarani Norazmi. ( ayat skema -.- )

Kitorang sambut masa dah malam malam sebab petang tuu semua penat, balik dari Cherating :D So beli kek Chocolate Indulgence from Secret Recipe, rasanya dah biasa setiap birthday beli kek ni ;P huahua.

Kaklong dapat hadiah gempak punya (!) daripada mama. Mama bagi kaklong hadiah birthday : kereta Viva warna OREN ! Hamboi, hamek youu. Terus dapat kereta sebijik :D Aku bagi hadiah baju putih jenis knitted, sebab dia ada banyak sangat shawl warna warna and design, so senang pakai dengan baju tu. Lagipun baju tu sweet ! * kaklong, nanti kalau dah tak muat baju tu bagi aku ! HAHAHA BURUK SIKU BETUL -___-

Macam biasa nyanyi lagu birthday, pasti si sofea yang PALING teruja sambil tepuk tangan dan senyum sampai telinga :D

Anyway kaklong, HAPPY BIRTHDAY :D Kau dah tua, nanti grad pastu kerja pastu boleh belanja aku HARI HARI ! harapan sungguh. Ohye, cepatlah sikit tua. Lagi 5 tahun jea kan. Tangan aku dah gatal nak buat preparation kau kahwin ni HAHAHAHA. Selama ni asyik tolong cousin kita jea siapkan wedding dorang, lepas ni boleh aku siapkan wedding kakak aku sendiri bahahaha.

Pastikan kau tak pilih garden & warna merah atau biru sebab aku dah cop ! TEHEEE.




Friday, June 18, 2010

gigi ohh gigi T___T


heyhihello



Post Cherating kejap lagi ea, tehee :D

Okay so semalam lepas balik dari cherating, sampai BRP lebih kurang pukul 6.30 petang. Cepatcepat kemas barang & bawak masuk rumah. Terus pergi dentist dengan mama sebab takut klinik tutup.

Nasib baik masa sampai tu, klinik tak tutup lagi and dah takde pesakit (: So just fill in borang & tunggu. Barujea duduk, nama dah kena panggil -__- dengan segala rasa berani yang sememangnya takde, aku melangkah masuk ke bilik doktor. Eceh ayat gedik mintak penampar sungguh.

Serious, masa kecikkecik aku nangis taknak pergi klinik gigi sebab bunyi dia menggerunkan T___T

Mulamula ingat nak check jea, sebab haritu tetiba gigi ngilu gila. Lepastu, lelangit tetiba bengkak :O So doktor check punya check, dia kata kena buat.... ROOT CANAL :O Sebab dia kata tampalan yang aku pernah buat kat klinik lama dulu dah masuk dalam gila, so merosakkan gigi. So first, dia kena bukak tampalan tu.

Nasib baik dia bagi aku bius rasa sedap, kalau tak aku dah buekbuekbuek dah. & dia bagi 3 biji ubat o.0

Lepas dia bukak tampalan tu, memang serious dah dalam sangat. So doktor kata nak kena cabut gigi geraham aku :O Masa dia cabut tu, aku tak rasa nak nangis sebab ada bius. Tapi selama satu jam setengah lah jugak aku baring atas kerusi tu, doktor tu buat surgery gilagila :O

Kan doktor pakai sarung tangan kan, aku tengok sarung tangan dia penuh dengan darah :O

Lepastu dia kata ada complication lagi satu pulak o.0 urat gigi tu panjang, so masa nak cabut tu, dia terkoyakkan dinding sinus. So akhirnya, aku dapat 3 jahitan dekat gigi geraham. Erk hello. TIGA.

First time aku tengok orang jahit gigi xD

Lepastu dia suruh aku kumur-kumur. Mulut dah la kebas gila, kumur-kumur pun tak rasa apa. So air asyik tumpah jea. Penuh darah dalam sink, takut aku tengok :O

Then dia explain dkat aku & mama panjang lebar. Dari A-Z. Lagi 10 hari kena datang balik untuk buka jahitan. Harhar. Please, cepatla masa berlalu.

Oh sempat snap 1 gambar je. Sebab terlalu asyik tengok darah HAHAHA


nampak tak ada gigi tuu ?


















tapi kan, rasa awesome pulak sebab tak pernah kena jahit kat mulut& tak pernah kena jahit lagi seumur hidup :D

Saturday, June 12, 2010

Aww :(

heyhihello (:



Peeps, sorry for the no updates lately. And i do miss you bloggie. Its just that, im busy + life's going like a roller coaster so far. Oh wait, blame tumblr for making me addicted xD

Aku serious taktahu nak tulis apa dah kat blog.

Lately, selalu dapat masalah. New Bestfriend, cheers. And since asyik ade masalah jea, aku macam dah feelingless. Macam... sebati ? You know, that feeling. So bila orang sakitkan hati aku, aku memang akan rasa sakit hati or kecewa, cuma tak terbawak-bawak. And aku serious akan terus jadi sarkastik tahap babeng.

Aku taktahu kenapa, mungkin cara ni merupakan penawar buat aku masa dulu. Sekarang tak.

Oh aku menyampah betul dengan orang yang berkawan hanya sekadar pada nama. Kalau nak kawan, buatla cara nak kawan. Jangan main tikam belakang. Agaknya masa kecik-kecik tak puas kot main tikam dua puluh sen pastu dapat cincin tuhh ,

Haaa. Esok balik kampung sampai hari ahad sebab kakak sedara kahwin. Habis, gemukla lagi wahai cik fatinsuraya.



Alah bencilah. update pun takde idea. Bye nak dating dengan encik bantal & katil.










Cikgu, imissyousomuch :'(